Pipiyapong Lepas Telefon Dirampas Sumber


Ramieza WahidDiterbitkan Hari ini 6:17 petang

Penulis kreatif dan penerbit buku, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong telah dilepaskan dengan jaminan polis, maklum sumber yang dekat dengan kes ini.

Pembebasan Pipiyapong dibuat kira-kira sejam selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkicau di Twitter menyatakan rasa kesal dengan berita tangkapan seorang penulis susulan “satu tweet mengenai anak raja".

Sumber memberitahu Malaysiakini, berkata Pipiyapong telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis selepas diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Pipiyapong, kata sumber telah dibebaskan sekitar jam 4.45 petang tadi di Balai Polis Tampoi Johor Bahru.

“Semalam dia (Pipiyapong) ditahan di Kuala Lipis Pahang dan dibawa ke Balai Polis Johor sekitar jam 11 malam.

“Pagi ini dia (Pipiyapong) dibawa ke mahkamah untuk proses tahan reman dan petang tadi baru dijalankan siasatan,” katanya.

'Akta sakit hati'

Berita penangkapan Pipiyapong telah dimuat naik oleh aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza melalui laman facebook peribadi beliau tengah hari tadi.

Fahmi yang terkenal dengan 'karikatur badut' juga mengkritik kerajaan sekarang supaya tidak mengikuti perangai kerajaan dahulu dengan menyekat pengguna media sosial.

Fahmi melalui hantaran itu juga berkata Pipiyapong berkemungkinan besar ditahan dibawah 'akta sakit hati' berkaitan ciapan mengenai seorang anak raja.

Dr Mahathir pada siri ciapan di Twitternya petang ini menjelaskan rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu dan menekankan kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi.
Kemudiannya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah istana Johor tiada kaitan dengan penahanan seorang penulis yang dikatakan mengkritik seorang putera raja.

Mengulas lanjut hal ini, sumber memaklumkan Pipiyapong ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 namun menyifatkan akta tersebut disalah guna.

“Akta Seksyen 233 tidak patut disalah guna.

“Ini kerana tiada kenyataan bertulis dikeluarkan oleh Pipiyapong yang boleh disabitkan atas Seksyen tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut sumber lagi, siasatan terhadap kes ini boleh dianggap remeh dan tiada keperluan untuk penulis itu ditahan semalaman.

Menurut sumber lagi, buat masa ini, tiada tindakan lebih lanjut dilihat untuk susulan kes Pipiyapong.

“Buat masa ini tiada apa-apa pertuduhan lagi, kami sedang menunggu keputusan dari pihak polis.

“Saudara Firdaus (Pipiyapong) juga telah memberi kerjasama sebaiknya dari awal ditahan sehingga dilepaskan,” katanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/pipiyapong-lepas-telefon-dirampas-sumber.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulut Biadap Cakap Telefon Sambil Memandu Ini Punca Pemandu Wanita Ditampar

Mulut Biadap Cakap Telefon Sambil Memandu Ini Punca Pemandu Wanita Ditampar

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 495 hits
Masih belum reda lagi berkenaan isu lelaki menampar seorang wanita gara2 tidak memberi tanda isyarat ketika menukar lorong Pada mulanya nbsp mencetuskan amarah akibat daripada tindakan lelaki itu mengasari pemandu wanita tersebut Namun kini...
Mengenali Perbezaan Sistem Pengecasan Pantas Pada Telefon Pintar

Mengenali Perbezaan Sistem Pengecasan Pantas Pada Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 388 hits
Saban hari teknologi pengecasan pantas semakin lama semakin hebat Tahukah anda yang terdapat banyak jenis sistem pengecasan pantas namun masing masing masih bergantung dengan satu piawaian Piawaian tersebut adalah daripada pihak USB IF Mari...
Tinggal Rm33 Je Peniaga Kerugian Rm56 479 Angkara Sindiket Penipuan Melalui Panggilan Telefon

Tinggal Rm33 Je Peniaga Kerugian Rm56 479 Angkara Sindiket Penipuan Melalui Panggilan Telefon

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 293 hits
Tinggal RM33 Je Peniaga Kerugian RM56 479 Angkara Sindiket Penipuan Melalui Panggilan Telefon Seorang peniaga kerugian RM56 479 akibat diugut bakal dipenjara seumur hidup kerana terbabit kes penggubahan wang haram berjumlah RM1 2 juta angka...
Video Saya Tak Nampak Dia Budak Maut Dilanggar Diseret 20 Meter Oleh Bapa Saudaranya Yang Sibuk Jawab Panggilan Telefon

Video Saya Tak Nampak Dia Budak Maut Dilanggar Diseret 20 Meter Oleh Bapa Saudaranya Yang Sibuk Jawab Panggilan Telefon

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 378 hits
Video Saya Tak Nampak Dia Budak maut dilanggar diseret 20 meter oleh bapa saudaranya yang sibuk jawab panggilan telefon Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 20 meter dalam kemalanga...
Idc Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Meningkat 50 Manakala Apple Merosot 30 Pada Suku Pertama 2019

Idc Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Meningkat 50 Manakala Apple Merosot 30 Pada Suku Pertama 2019

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 339 hits
Pihak IDC telah mengeluarkan angka anggaran pengeluaran telefon pintar pada suku pertama 2019 Huawei mengukuhkan sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia dengan menghasilkan 59 1 juta peranti Ini adalah pening...
Skrin Oneplus 7 Pro Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

Skrin Oneplus 7 Pro Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 343 hits
Siri OnePlus 7 bakal dilancarkan pada 14 Mei ini Apa yang menjadi tarikan adalah OnePlus 7 Pro kerana ia akan menggunakan teknologi skrin yang lebih pantas dan lancar Menurut ura ura OnePlus 7 Pro akan menggunakan skrin OLED QHD dan mempuny...
Nak Telefon Bagi Duit Panghantar Makanan Untuk Uber Eats Ditahan

Nak Telefon Bagi Duit Panghantar Makanan Untuk Uber Eats Ditahan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 294 hits
Nak Telefon Bagi Duit Panghantar Makanan Untuk Uber Eats Ditahan Seorang wanita Malaysia dituduh memeras sepasang suami isteri untuk wang sebanyak A 1 000 selepas mereka merayu di media sosial supaya telefon bimbit mengandungi gambar bayi m...
Telefon Energizer Dengan Bateri 18000 Mah Gagal Mencapai Sasaran Di Indiegogo

Telefon Energizer Dengan Bateri 18000 Mah Gagal Mencapai Sasaran Di Indiegogo

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 165 hits
Energizer Power Max P18K Pop telah berjaya mencuri perhatian ramai pada acara MWC 2019 atas rekaan peranti yang tebal dan membawa kapasiti bateri 18000 mAh Peranti ini sebenarnya telah ditawarkan pada laman Indiegogo pada sebelum ini namun ...
Latih Tubi Rumusan Telefon Pintar

Latih Tubi Rumusan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 764 hits
Soalan 1 Rumusan 30 markah Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak anak Panjangnya ...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest