Pinjaman Terbaik Untuk Perniagaan Anda Tanpa Cagaran Di Imsme


Memerlukan pinjaman dana perniagaan untuk memulakan perniagaan? Mungkin anda perlu membuat survey bank mana yang sesuai dengan kelayakan semasa anda. Di Malaysia ni, ada puluhan bank yang menawarkan pinjaman perniagaan untuk industry kecil dan sederhana (SME) tetapi memerlukan masa yang banyak untuk membuat survey. 
Tahukah anda, dengan membuat imSME anda lebih mudah mencari pilihan pembiayaan/pinjaman perniagaan PKS? 

Apa Itu imSME?
imSME ialah platform rujukan atas talian pertama di Malaysia bagi pembiayaan/ pinjaman PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)



imSME ialah singkatan untuk “Saya adalah mSME.” Perkataan “mSME” juga mewakili golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (lebih dikenali sebagai PKS di Malaysia.) PKS merangkumi semua sektor perniagaan yang mempunyai jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa yang tertentu. Pada asasnya, imSME merangkumi ciri-ciri PKS yang dinamik dan berdaya saing

Pelancaran imSME adalah selaras dengan perniagaan teras CGC yang bertujuan untuk membantu dan memudahkan golongan PKS dalam mendapatkan akses kepada pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan pembiayaan/ pinjaman yang ditawarkan oleh bank dan agensi yang terlibat

Melalui imSME, kami menghubungkan PKS Malaysia seperti anda dengan bank yang mengambil bahagian dan seterusnya memadankan keperluan perniagaan dan profil anda dengan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS yang bersesuaian. Dengan imSME, anda boleh mencari pilihan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS yang terbaik dan sesuai untuk perniagaan anda. Matlamat utama imSME adalah untuk membantu PKS Malaysia dalam pelbagai sektor untuk mendapatkan pembiayaan/ pinjaman yang diperlukan dengan lebih pantas dan mudah

Selain itu, CGC juga menubuhkan Pasukan Penasihat Kewangan imSME untuk menyemak profil PKS dan menyediakan kaunseling yang komprehensif mengenai kewangan dan juga bimbingan perniagaan. Pasukan penasihat yang berpengalaman memainkan peranan yang penting dalam membantu PKS untuk meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan pembiayaan/ pinjaman. Dengan kerjasama pakar-pakar daripada rakan kerjasama kami, program latihan yang bersesuaian akan disediakan atau dirujuk bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan PKS. Program latihan ini diharap dapat meningkatkan lagi peluang PKS dalam mendapatkan pembiayaan/ pinjaman

Ditubuhkan pada tahun 1972, CGC diberi mandat untuk membantu golongan PKS, terutamanya mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi ataupun yang tidak mempunyai cagaran dan tidak mempunyai rekod prestasi, untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada bank dengan memberikan perlindungan jaminan ke atas pembiayaan tersebut. Pemegang saham semasa CGC adalah Bank Negara Malaysia dan bank-bank komersial berlesen di Malaysia. Setakat ini, CGC telah mengeluarkan lebih daripada 445,000 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih daripada RM63 bilion


Mengapa Memilih imSME Untuk Platform Rujukan Pembiayaan/Pinjaman Perniagaan PKS?
#1 - Boleh Dipercayai: imSME ialah platform rujukan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS pertama di Malaysia, yang disokong oleh Bank Negara Malaysia dan bank-bank yang mengambil bahagian

Di imSME, kami komited sepenuhnya dalam melindungi privasi dan kerahsiaan maklumat peribadi pemohon pada setiap masa dengan menggunakan sistem kawalan yang maju. imSME ialah portal atas talian yang khusus dalam memudahkan proses pencarian anda, melalui pemadanan keperluan perniagaan anda dengan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS yang terbaik di Malaysia


#2 - Pasukan Penasihat Kewangan imSME: Kami mempunyai Pasukan Penasihat Kewangan imSME yang berdedikasi dalam menawarkan khidmat kaunseling kewangan dan bimbingan. Sebelum merujuk anda kepada program latihan yang disediakan oleh rakan kerjasama kami, penasihat kewangan yang berpengalaman akan sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam menyelesaikan sebarang masalah dan pertanyaan. Program latihan kami direka khusus untuk membawa usahawan ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya dan dikendalikan oleh pakar-pakar di dalam bidang ini


#3 - Mudah: Mendapatkan pembiayaan/ pinjaman perniagaan di Malaysia adalah mencabar, terutamanya bagi golongan yang baru sahaja memulakan perniagaan. Pencarian produk pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang paling sesuai untuk anda kini dapat dicari dan diakses dengan lebih mudah, menjimatkan masa, cekap dan berkesan. Anda hanya perlu mengikuti 4 langkah yang mudah sebelum anda dapat mencari pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang diperlukan


#4 - Akses Percuma: imSME ialah platform rujukan yang percuma bagi golongan PKS yang mencari pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang sesuai di Malaysia. Tiada sebarang yuran permohonan atau caj tersembunyi yang dikenakan. Oleh itu, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Di imSME, anda boleh menggunakan semua padanan pembiayaan/ pinjamana yang sedia ada, untuk mencari pembiayaan/ pinjaman yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Masih belum bersedia untuk bermula? Layari laman Soalan Lazim kami yang menyenaraikan banyak maklumat yang berfaedah; khas untuk membantu anda dalam memahami proses pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan imSME


Jenis Pembiayaan/ Pinjaman Perniagaan Ditawarkan imSME
Apakah itu pembiayaan/ pinjaman yang tidak bercagar

Pembiayaan/ pinjaman yang tidak bercagar adalah kemudahan yang ditawarkan kepada peminjam yang tidak mempunyai sebarang cagaran. Pembiayaan/ pinjaman tidak bercagar merupakan pilihan yang ideal untuk perusahan kecil yang tidak mempunyai sebarang cagaran. Walaupun cagaran fizikal seperti barangan peribadi, aset dan hartanah tidak diperlukan, pemohon dikehendaki memberikan jaminan peribadi ataupun jaminan bersama dan berasingan



Secara amnya, pembiayaan/ pinjaman yang tidak bercagar diluluskan berdasarkan kepada kepercayaan kredit, kedudukan kewangan, keupayaan dan rekod kredit pemohon. Sistem pengiraan berasaskan risiko memainkan peranan yang penting dalam proses permohonan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS. Ini kerana bank akan menggunakan informasi tersebut untuk menentukan kadar keuntungan/ faedah bagi pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS mengikut status kewangan terkini pemohon dan kemampuannya untuk membayar balik. Oleh itu, semakin rendah risiko yang ditanggung, semakin rendah kadar keuntungan/ faedah pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang akan dikenakan kepada pemohon


Pinjaman Perniagaan Tanpa Cagaran
Pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS tanpa memerlukan sebarang cagaran, disasarkan kepada PKS Malaysia dalam semua sektor ekonomi, daripada perniagaan yang baharu ditubuhkan kepada syarikat yang sedia ada. Di imSME, kami memadankan keperluan pembiayaan/ pinjaman perniagaan anda dengan produk yang tepat. Berikut adalah beberapa perkara utama yang perlu diambil kira agar platfom pemadanan atas talian kami; imSME, dapat membantu anda

#1 - Penarafan Kredit: Bagi memenuhi syarat untuk pembiayaan/ pinjaman perniagaan, bank akan menjalankan proses penilaian, terutamanya kepada kebolehpercayaan kredit pemohon. Faktor seperti rekod pembayaran, hutang semasa, rekod kredit dan jenis kredit yang digunakan mungkin akan menentukan kelayakan kredit pemohon. Oleh itu, pembayaran lewat dan amaun pinjaman tertunggak yang besar boleh memberi kesan yang negatif terhadap skor kredit pemohon seperti kadar faedah yang lebih tinggi atau kemungkinan besar pembiayaan/ pinjaman ditolak

#2 - Tahun dalam Perniagaan: imSME boleh digunakan untuk mencari pembiayaan/ pinjaman perniagaan di Malaysia, tanpa mengira sama ada syarikat itu berada di peringkat permulaan ataupun di peringkat pengembangan. Sesuatu perniagaan memerlukan jumlah pembiayaan dan pembayaran balik yang berbeza, sepanjang kitaran perniagaan mereka. Dengan memahami pertumbuhan perniagaan anda, kami dapat memastikan ketepatan pemadanan pinjaman yang ditawarkan. Sebagai bonus tambahan, anda akan dilayani dengan pelbagai padanan pembiayaan, sekiranya perniagaan anda merupakan entiti yang mantap dan telah lama beroperasi

#3 - Jenis Perniagaan: Jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perniagaan anda, untuk menikmati kadar keuntungan/ faedah pembiayaan/ pinjaman yang terbaik di Malaysia. Isikan jenis perniagaan, entiti, hasil dan jumlah jualan tahunan anda dan kalkulator pembiayaan/ pinjaman faedah perniagaan PKS kami akan menghitung semua pengiraan dan kerja penapisan untuk anda tanpa sebarang kerumitan. Sebaik sahaja kami tahu keperluan pembiayaan/ pinjaman anda, proses pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan terbaik untuk anda akan menjadi lebih mudah. Kadar yang ditawarkan pula boleh dibandingkan dengan kadar keuntungan/ faedah pinjaman semua bank utama di Malaysia. Sebagai tambahan, lebih banyak bank yang memahami perniagaan anda, lebih banyak kepercayaan yang boleh anda raih


imSME Bekerjasama Dengan 36 Bank



Kenapa tunggu? Mulakan pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS terbaik di Malaysia di imSME pada hari ini dan dapatkan pembiayaan/ pinjaman yang anda perlukan untuk perniagaan anda

Apply di imSME sekarang - Layari https://imsme.com.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2018/12/pinjaman-terbaik-untuk-perniagaan-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarpun Hidap Kanser Ia Tak Halang Ibu Muda Ini Beri Yang Terbaik Kepada Anaknya

Biarpun Hidap Kanser Ia Tak Halang Ibu Muda Ini Beri Yang Terbaik Kepada Anaknya

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 322 hits
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat seorang wanita Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak kedua Siti Mastura Fakriah Hj Yunos 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara Beliau mengakui berat hati menerima perkhaba...
Inilah Waktu Terbaik Untuk Melombakan Murai Batu

Inilah Waktu Terbaik Untuk Melombakan Murai Batu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 315 hits
Anda tentu sudah mengenal yang namanya Murai Batu bukan Ya salah satu jenis burung ocehan ini memang menjadi salah satu primadona di kelasnya Dengan memiliki bulu yang indah ekor yang cantik dan kualitas suara yang mumpuni membuat orang rel...
Menang Pemain Terbaik Serie A 2017 18 Icardi Tamatkan Dominasi Pemain Juventus

Menang Pemain Terbaik Serie A 2017 18 Icardi Tamatkan Dominasi Pemain Juventus

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 208 hits
Bintang Inter Milan Mauro Icardi menjadi pemain bukan dari Juventus yang pertama memenangi Anugerah Pemain Terbaik Serie A 2017 18 selepas Zlatan Ibrahimovic pada 2011 Zlatan ketika itu memenangi anugerah itu sebagai pemain AC Milan Sementa...
Bpjstk Banten Targetkan Duduki Peringkat 4 Kinerja Terbaik Di 2018

Bpjstk Banten Targetkan Duduki Peringkat 4 Kinerja Terbaik Di 2018

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 245 hits
BPJS Ketenagakerjaan Provinsi Banten terus mengejar posisi empat besar dalam kepesertaan BPJS TK pada tahun 2018 ini Sementara di tahun depan ditargetkan bisa berada di posisi 2 besar nasional
Himpunan Terbaik Tapak Erph Semua Mata Pelajaran Kssr Semakan Tahun 1

Himpunan Terbaik Tapak Erph Semua Mata Pelajaran Kssr Semakan Tahun 1

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1087 hits
Himpunan Terbaik Tapak eRPH Semua Mata pelajaran KSSR Semakan Tahun 1 Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah perkongsian terkini berkaitan tapak eRPH yang disediakan khas untuk warga pendidik sekalian muat turun Umum sedia makl...
8 Makanan Terbaik Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

8 Makanan Terbaik Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 613 hits
Ibu yang menyusukan anak perlu pastikan makanan yang diambil mengandungi khasiat yang bukan sahaja baik untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin tetapi juga untuk pastikan susu yang dihasilkan berkualiti untuk bayi Ini ada lapan makanan ...
Puasa Adalah Diet Yang Terbaik Pendedahan Doktor

Puasa Adalah Diet Yang Terbaik Pendedahan Doktor

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 308 hits
Puasa Adalah Diet Yang Terbaik Pendedahan Doktor Pernahkah anda mendengar berpuasa adalah sebahagian daripada diet yang baik Ya perkara ini telah dibuktikan oleh kenyataan Dr Siti Aniza Basir di laman Facebook dengan mengatakan Intermittent...
10 Jenama Shampoo Anti Kelemumur Terbaik Di Malaysia Yang Disyorkan Untuk Anda

10 Jenama Shampoo Anti Kelemumur Terbaik Di Malaysia Yang Disyorkan Untuk Anda

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 540 hits
Masalah kelemumur seringkali dihadapi tak kiralah oleh orang perempuan mahu pun lelaki Kalau pakai baju gelap kelemumur yang gugur tu pasti boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain Malah ada juga yang malu bila ditegur Bagi mengurangkan m...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health