Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh
Ni story masa bulan puasa yang lepas. Baru nak cerita kat blog, k.fiezz oiiii..Raya pun dah habis..haha..Maafin sis yang busy entah apa-apa ni..haha..Masa ni dah nak raya, adik k.fiezz yang bagi cadangan ajak berbuka puasa kat luar. So mr hubby & k.fiezz cari tempat yang selesa dan harga berpatutan. Cari punya cari, jumpa bufet ramadhan kat Hotel Excelsior Ipoh ni.
Harga bufet seorang RM70-RM80 / seorang..Hah tu lah tulis benda dah lama..Lupaaa..haha..Tapi harga bufet kat sini dalam kategori boleh lah dibayor dan berbaloi berbanding kalau di KL..Kat KL harga bufet semua dah cecah RM100 ke atas seorang..Itu yang tahun ni, kitaorang tak pi pun berbuka puasa kat hotel sebab harga semua, terjojol biji mata tengok..haha...Tapi ni dah kebetulan balik kampung kat Perak & tengok harga bufet reasonable okey lah onzzz...
MENU YANG ADA?Macam-macam ada..Makanan tempatan, pencuci mulut, makanan barat, aiskrim, buah-buahan..Sebut je..Complete..Pilih je ikut selera masing-masing...
K.fiezz macam biasa apa-apa cari nasi dulu..Lepas tu baru cari makanan lain..
Deretan menu pilihan untuk berbuka puasa..
Meja untuk pencuci mulut..
Si kecik tu dari rumah elokk segor biji mata..Masuk dalam keta mata pun layu..haha..Sampai hotel, dia Zzz dulu..
Dah amik menu pilihan masing-masing..Tunggu waktu berbuka je..hehe..
Masa berbuka ni, family k.fiezz & family mr hubby sekali..Tapi belah mr hubby seorang adik ipar & 2 biras k.fiezz tak joint. Jadi kitaorang yang ada je lah masa ni.
So sedap tak makan kat sini...Overall okey je menu-menu dia..Ada yang okey, ada yang tak. Tapi sedap ni subjektif..Nak tahu kena lah datang sendiri & cuba menu-menu yang ada..
Pssttt - Sebenarnya nak makan bufet kat hotel ni kena bawa yang kuat makan. Macam sis perut kecil. Makan sikit pun dah kekenyangan gilerrr..Ada seorang adik ipar k.fiezz joint sekali masa ni, bawak dia berbaloi..Dia memang makan ikut dengan harga bufet..haha..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/05/Bufet-Buka-Puasa-Kat-Hotel-Excelsior-Ipoh.html