Pinjaman Perniagaan 2021 Pembiayaan Untuk Memulakan Bisnes


PINJAMAN PERNIAGAAN 2021:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES

 
Anda usahawan yang ingin memulakan bisnes dan perlukan pinjaman perniagaan tahun 2021 daripada pihak bank?
Selain pinjaman MARA dan pinjaman TEKUN, bank-bank tempatan juga menyediakan kemudahan kewangan untuk peniaga kecil dan usahawan.
PINJAMAN PERNIAGAAN RHB BANK 2021
CARA BUAT PINJAMAN PERNIAGAAN RHB SME
Klik sini: https://smebanking.rhbgroup.com
Terdapat beberapa kategori pinjaman yang disediakan. Anda boleh pilih berdasarkan kepada perniagaan anda.
SME Online Financing
CIRI-CIRI SME Online Financing
Jenis pinjaman perniagaan dari bank ini adalah sesuai untuk bisnes atau perniagaan kecil-kecilan yang baru menapak. Perjanjian pinjaman ini boleh dipersetujui sehingga ke 7 tahun. Selain itu, tiada cagaran dikenakan. Anda akan dibiaya sehingga ke RM1 juta. SYARAT MEMOHON PINJAMAN SME ONLINE FINANCING
Antara syarat untuk memohon pinjaman ini termasuklah bisnes anda mestilah sudah beroperasi minimum setahun. Selain itu, ahli-ahli dalam bisnes anda, terutamanya pengarah/pemegang saham (bagi syarikat), serta pemilik/rakan kongsi mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad. Bisnes yang boleh dimohon perjanjian pinjaman ini adalah terbuka kepada sektor barangan borong, barangan runcit, pembuatan, serta sektor perkhidmatan perniagaan. Pembayaran balik adalah dari 6 hingga 84 bulan. Anda juga hanya perlu apply secara online, dan anda akan menerima wang pinjaman anda dalam tempoh lima hari bekerja. Baca tentang PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2020: CARA BUAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-SEKTOR AWAM/SWASTA/PESARA KERAJAAN
BizPlus/i
Perjanjian pinjaman perniagaan dari bank ini terbuka hanya untuk perniagaan milikan tunggal, perniagaan secara perkongsian dan juga perniagaan Sdn Bhd.
Anda akan mendapat pembiayaan sehingga RM2.5 juta, dan boleh dipersetujui sehingga ke 7 tahun.
SYARAT MOHON PINJAMAN BizPlus/i
Syarat-syarat untuk perniagaan anda memohon pinjaman ini:
Perniagaan anda mestilah sudah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Perniagaan anda perlulah berdaftar di Malaysia. Perniagaan anda juga tidak boleh mempunyai rekod perbankan / pembiayaan yang buruk dengan mana-mana institusi kewangan. Pihak pengurusan (bagi Sdn Bhd) mestilah memiliki sekurang-kurangnya 51% daripada syer saham. Terdapat dua lagi kategori pinjaman yang disediakan oleh RHB Bank, iaitu BizPower SME Business Loan dan juga Commercial Business Loan untuk perniagaan besar yang sudah stabil dan mempunyai kewangn yang sangat kukuh.
PINJAMAN PERNIAGAAN BANK RAKYAT 2021
Bank Rakyat juga menyediakan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan melalui Skim Pembiayaan Mikro-i ME2.
CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i ME2
Klik sini: https://www.bankrakyat.com.my/c/perniagaan/skim_kerajaan/pembiayaan_mikro_i_me2-7
Skim ini menawarkan pembiayaan kepada pengusaha dan peniaga kecil yang menawarkan mikro enterpris dalam bentuk:
Modal pusingan – membiayai pembelian/pembayaran perkhidmatan atau stok yang berkaitan langsung dengan produk/perkhidmatan yang dijalankan.
Perbelanjaan kapital – membiayai pembelian aset tetap.
CIRI-CIRI SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i ME2
Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Tempoh pembiayaan juga adalah minimum 3 bulan, dan mampu dilanjutkan sehingga maksimum 5 tahun. Margin pembiayaan maksimum adalah 90% daripada modal pusingan dan/atau perbelanjaan kapital. Untuk perniagaan/bisnes kecil-kecilan selain daripada Sdn Bhd, anda tidak memerlukan sebarang penjamin. Kadar keuntungan ialah 5% setahun atas kadar rata (flat rate). Tiada bayaran proses. Cagaran tidak diperlukan. Bayaran Duti Setem perlu dibayar oleh pelanggan akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. Bagi pelanggan Syarikat Sdn Bhd, urusan stamping akan diuruskan oleh pihak peguam. Pembiayaan bertindih tidak dibenarkan. SYARAT KELAYAKAN MOHON SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-i ME2
Terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara langsung dan sepenuh masa. Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan adalah Pemilik Tunggal, Persendirian, Syarikat Sdn Bhd dan Perkongsian Sektor yang layak memohon adalah sektor Perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan, sektor perkhidmatan (kecuali perkhidmatan insurans dan kewangan), dan sektor pertanian (Produk Asas Tani). Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan syariah. Telah menjalankan perniagaan lebih dari 6 bulan dan menetap di dalam kawasan perniagaan. Telah mendapat sokongan SME Corp untuk memohon pembiayaan di Bank Rakyat. Mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat. Mempunyai rekod kredit yang bersih dan tidak disenaraihitamkan.  PINJAMAN PERNIAGAAN HONG LEONG BANK 2021
Hong Leong Bank memperkenalkan perkhidmatan pinjaman wang untuk perniagaan. Di bawah adalah ciri-ciri pembiayaan pinjaman ini:
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 50,000 Sehingga RM 400,000. Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun. Dijamin oleh skim yang dibiayai oleh kerajaan. Tiada cagaran dikenakan. SYARAT KELAYAKAN MOHON PINJAMAN PERNIAGAAN HONG LEONG BANK
Perniagaan atau bisnes anda mestilah milikan tunggal, perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang diklasifiskasi sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana di bawah Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (NESDC) Syarikat yang dikawal atau dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berdaftar di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham. Perolehan Jualan Tahunan melebihi atau bersamaan dengan RM500,000 Perniagaan mestilah sudah beroperasi minimum 3 tahun. Memenuhi kriteria kelayakan CGC. PINJAMAN PERNIAGAAN BSN 2021
Terdapat banyak jenis pinjaman perniagaan daripada BANK BSN,berikut adalah senarai jenis pinjaman yang sediakan:
BSN TemaNiaga (BSN Micro (Konvensional))
Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan/pembiayaan semula. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000. Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional). Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun.  BSN TemanMesra (BSN Micro (Konvensional))
Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000. Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional). Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun. BSN PKBC (BSN Micro (Konvensional)
Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina. Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000. Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional). Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP). Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan. Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF) (BSN Micro (Konvensional)
Kemudahan Automasi dan Digitalisasi atau Automation and Digitalisation Facility (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan. Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada. Pinjaman adalah sehingga RM250,000. Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) Agrofood Facility (AF) (BSN Micro (Konvensional)
Agrofood Facility (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan. Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada. Pinjaman adalah sehingga RM250,000. Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) TemaNiaga-i Tawarruq (BSN Micro-i (Islamic)
Berlandaskan konsep syariah iaitu konsep Tawarruq yang terdiri daripada kontrak Ba’i Murabahah dan Wakalah menggunakan komoditi (aset pendasar) yang disediakan oleh penyedia komoditi yang diluluskan. Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan. Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000. Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5 tahun Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional). Sektor perniagaan dibuka hanya untuk runcit dan borong, pembuatan serta perkhidmatan. Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum selama 2 tahun. PKBC-i Murabahah (BSN Micro-i (Islamic)
Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina. Pinjaman ini menggunakan konsep Murahabah di mana transaksi jual beli untuk membiayai perolehan aset di mana kos dan margin keuntungan hendaklah diisytiharkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat. Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai perbelanjaan modal. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000. Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional). Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP). Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan. Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i (ADF) (BSN Micro-i (Islamic))
Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i atau Automation and Digitalisation Facility-i (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan. Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada. Pinjaman adalah sehingga RM50,000. Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) Agrofood Facility-i (AF) (BSN Micro-i (Islamic)
Agrofood Facility-i (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan. Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada. Pinjaman adalah sehingga RM50,000. Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) (BSN Micro-i (Islamic)
Pelancongan Pembiayaan PENJANA (PTF) adalah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk menyokong usahawan mikro dan PKS yang layak di sektor pelancongan dengan mengekalkan kemampuan mereka dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri dan tetap dapat bertahan selepas COVID-19. Pinjaman khas untuk modal kerja/perbelanjaan modal Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000. Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5.5 tahun, termasuklah 6 bulan pertama moratorium ansuran bulanan. Kelayakan adalah terbuka kepada usahawan yang perniagaannya berkaitan dengan pelancongan teras atau perniagaan yang mempunyai kaitan secara minoriti dengan pelancongan. Pemohon adalah bukan bukan penerima Kemudahan Khas / i (SRF / i) dan / atau BSN Mikro / i Kredit Prihatin dan / atau BSN Mikro / i Kredit PENJANA. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Semenanjung Malaysia, manakala untuk Sabah san Sarawak, mestilah berdaftar dengan pejabat berkuasa/daerah/MOTAC (untuk homestay di bawah tempat penginapan pelancong) / Perakuan Pendaftaran Pemegang Homestay Perniagaan telah beroperasi minimum selama 6 bulan.  
The post PINJAMAN PERNIAGAAN 2021:PEMBIAYAAN UNTUK MEMULAKAN BISNES appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/pinjaman-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Permohonan Pembiayaan Peribadi I Sektor Awam Swasta Pesara Kerajaan

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 2021 Permohonan Pembiayaan Peribadi I Sektor Awam Swasta Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 510 hits
PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT 2021 PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i SEKTOR AWAM SWASTA PESARA KERAJAAN Jika anda mempunyai keperluan untuk menggunakan wang anda boleh buat pinjaman peribadi Bank Rakyat 2021 Ada 3 jenis pinjaman peribadi Ban...
5516 Ppim Sokong Usahawan Muda Berjinak Dunia Perniagaan One News 27 03 2021

5516 Ppim Sokong Usahawan Muda Berjinak Dunia Perniagaan One News 27 03 2021

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 258 hits
Ramai usahawan bumiputera muda berjaya mampu dilahirkan jika mereka diberikan sokongan sewajarnya Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan yakin hasrat itu juga boleh direalisasikan dengan wujudnya ekosistem lebih kond...
B4u Group Of Companies Hanya Jalankan Perniagaan Atau Bisnes Yang Shariah Compliance

B4u Group Of Companies Hanya Jalankan Perniagaan Atau Bisnes Yang Shariah Compliance

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 420 hits
B4U Group of Companies Hanya Jalankan Perniagaan Atau Bisnes Yang Shariah ComplianceB4U Group of Companies hanya jalankan perniagaan pelaburan atau bisnes yang shariah compliance sahaja untuk memastikan syarikat mendapatkan sumber keuntunga...
Salina Official Teaser Di Pawagam 25 Mac 2021 Penunggang Agama Official Trailer Dipawagam 25 Mac 2021

Salina Official Teaser Di Pawagam 25 Mac 2021 Penunggang Agama Official Trailer Dipawagam 25 Mac 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 472 hits
SALINA OFFICIAL TEASER DI PAWAGAM 25 MAC 2021PENUNGGANG AGAMA OFFICIAL TRAILER DIPAWAGAM 25 MAC 2021
Tindakan Gantung Parlimen Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021

Tindakan Gantung Parlimen Bukanlah Idea Baik Sama Ada Pada Tahun 1969 Atau 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Langkah menggantung parlimen selama dua tahun ekoran ketegangan kaum pada 1969 bukanlah idea yang baik ketika itu justeru ia tidak wajar diulangi sekarang kata pakar perlembagaan Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ya...
5498 Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara Ppim 22 03 2021

5498 Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara Ppim 22 03 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 331 hits
Kunjungan hormat Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ke pejabat Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali di Putrajaya
2 Mp 5 Adun Tewas Dalam Pemilihan Dap Pulau Pinang 2021

2 Mp 5 Adun Tewas Dalam Pemilihan Dap Pulau Pinang 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 306 hits
Anak mendiang Karpal Singh Ramkarpal Singh dan Ketua Wanita Pakatan Harapan Pusat Chong Eng tewas dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2021 2024 Dalam keputusan yang diumumkan oleh Ketua Pengawas Pemilihan Wong May Ing...
Karnival Kerjaya Graduan 2021 Interview Secara Online Daftar Sekarang

Karnival Kerjaya Graduan 2021 Interview Secara Online Daftar Sekarang

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 780 hits
Graduan yang belum mempunyai pekerjaan atau yang ingin mendapatkan pengalaman yang berbeza daripada pekerjaan sebelum ini anda boleh mendaftarkan diri secara online di Karnival Kerjaya Graduan 2021 Interview yang akan dilakukan adalah secar...
Biasiswa Mybrainsc 2021

Biasiswa Mybrainsc 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 336 hits
Biasiswa MyBrainSc 2021 ini merupakan biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama ijazah sarjana dan juga ijazah kedoktoran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Permohonan biasiswa ini dibuka bermula 16 Mac 2021 sehingga ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um