Pinjam Wang Dari Bank Negara Tidak Perlu Cetak Wang



Cadangan mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat ketika ekonomi negara merosot sebagaimana diutarakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dianggap idea mengarut oleh majoriti rakyat.
Banyak yang berkomentar sekiranya idea tersebut dilaksanakan maka matawang Ringgit Malaysia akan merudum nilainya dan mungkin senasib dengan matawang negara Afrika, Zimbabwe yang tidak bernilai selepas inflasi naik berlipat kali ganda.
Bagi mantan Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob terdapat kaedah yang lebih praktikal ketika negara perlu menggerakkan roda ekonomi menghadapi pandemik Covid 19 seperti hari ini.
Katanya, BNM boleh meminjamkan wang kepada kerajaan untuk tempoh setahun dan kerajaan melaksanakan polisi inflationary financing atau “pembiayaan melalui inflasi” dalam melawan pusingan ekonomi yang menurun atau “counter-cyclical measure.”
“Di dalam ilmu ekonomi ada konsep yang dinamakan sebagai inflationary financing. Kaedah ini membolehkan pemerintah berbelanja lebih besar melebihi kemampuan kewangannya dengan membenarkan kadar inflasi lebih tinggi di dalam ekonomi dari kadar yang sebenarnya.
“Sekiranya kadar inflasi di dalam sesebuah ekonomi itu rendah, hampir kepada zero atau di bawah zero, di sana ada ruang untuk pemerintah melaksanakan kaedah berkenaan.
“Pembiayaan kaedah ini bukan semestinya bermakna Bank Negara Malaysia mencetak wang. Cukup sekadar BNM meminjamkan wang kepada pemerintah.
“Apabila BNM meminjamkan wang kepada pemerintah, itu ertinya pemerintah membiayai perbelanjaannya secara mencetak wang. Ini memang pernah dilakukan oleh kerajaan Malaysia tetapi tidak kerap dan ia mesti dibayar balik sebelum belanjawan bagi tahun yang akan datang bermula,” katanya dipetik.
Bagaimanapun, kata Dr Rosli, jika kaedah itu dilaksanakan Kerajaan Perikatan Nasional perlu benar-benar fokus kepada menjana peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan kepada rakyat dan juga pemulihan ekonomi negara, bukan sebaliknya membazirkan dana untuk aktiviti yang tidak produktif.
“Kaedah “inflationary financing” boleh dilaksanakan tetapi ianya mesti dilakukan secara berhemah dan patuh kepada disiplin kewangan yang yang berkaitan amalan ini.
“Yang penting dana itu harus digunakan untuk membiayai projek-projek yang produktif dan menjana peluang pekerjaan, meningkatan pendapatan serta menambah pengeluaran barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi.
“Kita tidak boleh berterusan melihat lebih banyak kedai, kompleks beli belah, kilang, hotel dan seumpamanya tutup. Akibatnya ramai orang hilang pekerjaan dan hilang pendapatan.
“Ini hanya akan menyebabkan kemerosotan ekonomi yang lebih teruk dan berpanjangan. Kita seru pembuat polisi supaya fokus kepada memberi peluang kepada ekonomi untuk bernafas. Jika tidak, kita hanya boleh menjangkakan bencana ekonomi yang semakin buruk di masa hadapan,” katanya.
Idea mencetak wang menjadi perdebatan baru-baru ini selepas Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November lalu mendapat kritikan pakar-pakar ekonomi sebagai tidak bersungguh-sungguh meransang ekonomi.
Bagaimanapun idea mencetak wang itu sendiri tidak popular dalam kalangan Ahli Parlimen komponen Perikatan Nasional, khususnya Umno yang melihat negara akan menghadapi masalah lebih besar berkaitan kenaikan harga barangan, lebih-lebih lagi jika wang yang dicetak itu diberikan kepada rakyat melalui skim bantuan tunai kerajaan dan diumumkan sehingga berlaku kenaikan harga mendadak.
Dalam sejarah ekonomi moden, mencetak wang hanya berjaya dilakukan di Amerika Syarikat kerana matawang dollar negara itu digunakan dalam perdagangan dunia dan sangat bernilai.
Manakala tindakan Zimbabwe mencetak wang kertas pada awal 2000 menyebabkan inflasi melambung kepada 89.7 juta sextillion persen (89,700,000,000,000,000,000,000) pada 2008 sehingga makanan asasi tidak mampu dibeli dengan wang gaji penduduknya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30720

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 440 hits
Seorang ahli ekonomi menolak cadangan seorang timbalan menteri agar Bank Negara mencetak dan mengedarkan wang kepada golongan bawah 40 untuk meningkatkan kemampuan perbelanjaan mereka dengan menyifatkan idea itu sebagai naif Dalam temu bual...
Cetak Wang Idea Berani Dan Di Luar Kotak

Cetak Wang Idea Berani Dan Di Luar Kotak

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 282 hits
PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi menyokong idea seorang timbalan menteri yang mencadangkan bank pusat mencetak dan mengedarkan wang tunai kepada orang ramai dengan berkata ia adalah idea berani dan di luar kotak Bercakap kepada FMT penge...
Jho Low Dakwa Hanya Pinjam Wang 1mdb Al Jazeera Buktikan Bosskurr Memang Kawaq

Jho Low Dakwa Hanya Pinjam Wang 1mdb Al Jazeera Buktikan Bosskurr Memang Kawaq

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 338 hits
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi mastermind dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon den...
Cetak Wang Kertas Lebih Banyak Untuk Diagihkan Kepada Rakyat Wan Fayhsal

Cetak Wang Kertas Lebih Banyak Untuk Diagihkan Kepada Rakyat Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 381 hits
Cetak wang bukan penyelesaian buat ekonomi Malaysia Bekas ketua pegawai eksekutif PNB Jalil Rasheed menolak idea supaya mencetak wang untuk membantu merancakkan ekonomi Ini susulan cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal...
Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 605 hits
Mana Gabenor Bank Negara dan CEO KWSP nak letak muka tanya MT UmnoMALAYSIA DATELINESelepas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz memenuhi dua tuntutan utama dalam Belanjawan 2021 pemimpin Umno meletakkan kesalahan kepada Gabenor...
Bekas Pegawai Perbendaharaan Tolak Idea Cetak Wang

Bekas Pegawai Perbendaharaan Tolak Idea Cetak Wang

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 316 hits
Dalam temu bual di radio Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal berkata Bank Negara boleh mencetak dan mengagihkan wang kepada golongan miskin bagi membantu perbelanjaan mereka PETALING JAYA Bekas ketua setiausaha Kementerian Ke...
Jho Low Percaya Tidak Lakukan Kesalahan Dakwa Hanya Pinjam Wang 1mdb

Jho Low Percaya Tidak Lakukan Kesalahan Dakwa Hanya Pinjam Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 362 hits
Astro AwaniJho Low yang menjadi mastermind dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB Gambar fail KUALA LUMPUR Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi ...
Loan Moratorium Those In Need Will Get Help Says Bank Negara Governor

Loan Moratorium Those In Need Will Get Help Says Bank Negara Governor

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 361 hits
Everyone who has been affected by the pandemic will receive help Bank Negara Malaysia governor Nor Shamsiah Mohd Yunus said quashing misconceptions that are being circulated on targeted repayment assistance The common misconception is that ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar