Pinggan Mangkuk Viral Bercorak Tidak Selamat Digunakan
Assalamualaikum & Hi Semua!
Pinggan mangkuk viral tidak selamat?
Salam sejahtera. Bagi peminat pinggan mangkuk viral bercorak, pinggan vintage dan sebagainya, pernahkah anda tertanya-tanya adakah pinggan itu selamat digunakan? Apakah ia tidak memberi kesan sampingan disebalik kreativiti dan keunikan yang ada padanya?
Bagaimana jika pinggan mangkuk viral yang anda gunakan selamat ini sebenarnya tidak selamat digunakan? Pernahkah anda terfikir? Oleh itu, berhati-hatilah kerana ia mungkin tidak selamat digunakan sebagai kegunaan harian. Sebaliknya jika ianya sekadar untuk dijadikan hiasan sahaja mungkin tidak mengapa.
Untuk info selanjutnya, mari ikuti apa kata Public Health Malaysia mengenai isu ini.
Pinggan Mangkuk Viral Bercorak Tidak Selamat Digunakan?
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah⚠️ Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
⚠️ Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
⚠️ Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
⚠️ Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
⚠️ Pinggan dengan pelbagai bentuk
.
Pinggan yang selamat adalah✔️ Pinggan berwarna putih tanpa corak
✔️ Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
.
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya
- Elakkan meletakkan makanan panas
- Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
- Jangan simpan makanan terlalu lama
- Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah
- Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor
- Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil.
Semoga info ini bermanfaat. Terima kasih.
Kredit : Public Health Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nadhiewueen.blogspot.com/2021/05/pinggan-mangkuk-viral-bercorak-tidak.html