Pineapple Trifle With Choc Layer
Assalamualaikum...
Salam manis dan salam sayang buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung ke sini...selamat bersua di dapur maya...sri doakan semua teman-teman diberi kesihatan yang baik untuk menjalani rutin harian...bagi yang tak sihat tue...cepat-cepat makan ubat ye dan ingatlah bahawa setiap kesakitan yang kita rasai adalah penghapus dosa-dosa
Selamat menjamu selera bagi semua yang sedang menikmati hidangan tengahari...sri cuma lunch dgn 2 keping roti je...itu pun macam susah nak telan...tak ada selera pula hari nie...:(
Ok lah...hari nie sri nak kongsi resepi puding trifle nenas...sebenarnya kira N3 tertunda sebab sri buat minggu lepas tapi di sebabkan masalah internet yang tak dapat dielakkan sampai kita pun naik tenat juga la...hehehe...bila hubungi TM baru tahu bahawa sebahagian kawasan Butterworth mengalami masalah teknikal dan kawasan sri terlibat sama...kalau nak update guna tab...bercinta la sebab lambat bila nak upload gambar...:p
Sebelum nie sri pernah kongsikan resepi Biscuit Trifle dan kali nie kita ubah suai sikit...bagi yang mencuba sebagai manisan untuk makan malam nanti boleh lah cuba...bagi sri memang tak rugi...sedap sangat sebab sri suka rasa gandingan nenas, kastard, kek dan chocolate...macam atok astro kata, macam-macam ada...hehehe...sejuk je rasa anak tekak ni bila puding trifle menyelusuri masuk...apa lagi, jom semak (^^,)*
Bahan-bahan & Cara-cara:-
***pertama sekali kita masak agar-agar dahulu sebab kalau agar-agar panas nanti coklat akan cair...masa tuang agar-agar harus suam
Bahan-bahan:--*10gm agar-agar tali-*2 cawan air-*1 cawan jus nenas-*5 sdb gula-*pewarna kuning
***Satukan semua dan masak hingga agar-agar hancur...tapis...ketepikan dan boleh mula untuk langkah pertama
Lapisan Pertama-*marble butter cake - potong dadu kalau nak guna swiss roll pun ok juga...ikut pada selera masing-masing dan kalau rajin boleh buat kek sendiri...sri beli siap sebab nak sediakan untuk makan malam...dah tak sempat nak bakar kek...balik kerja pun dah lewat hari tue..:)
***letakkan kek tadi pada dasar bekas yang kita nak gunakan
Lapisan Kedua-*1 tin susu cair-*4 1/2 sdb tepung kastard-*5 @ 6 sdb gula-*2 cawan air
***Satukan kesemua bahan diatas dan kacau hingga semua sebati...masak diatas api yang sederhana...sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan berketul...kacau sehingga adunan pekat (bila senduk mula rasa berat untuk kacau)...tutup api dan ketepikan...kacau sekejap...kemudian tuang atas lapisan pertama tadi
Lapisan Ketiga-*100 ml susu cair / non-dairy whipping cream-*200 gm dark chocolate - potong dadu-*buah nenas - potong kiub
***panaskan susu cair / non-dairy whiiping cream hingga terbentuk buih dibahagian tepi periuk...tutup api dan alihkan...kemudian masukkan dark chocolate dan kacau hingga semua cair...sejukkan selama 10 minit...setelah itu tuang diatas lapisan kedua dan taburkan dengan kiub nenas
Lapisan Keempat***tuang agar-agar yang kita masak tadi diatas lapisan ketiga...sejukkan sebelum menghidang
SELAMAT MENCUBA (^_^)*
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rosrikitchen.blogspot.com/2012/12/pineapple-trifle-with-choc-layer.html