Pindaan Akta 342 Didakwa Bersifat Drakonian Sinar Harian 03 03 2022


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 200 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersekutu mendakwa pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersifat drakonian, yakni lebih kejam daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, akta itu bukan sahaja menafikan hak rakyat untuk membela diri malah membabitkan nyawa diri dan ahli keluarga.
Menurutnya, lima peruntukan baharu dan lima pindaan dalam Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 342 itu dilihat keterlaluan dan bertentangan dengan hak asasi manusia.
“Yang paling dahsyat adalah Seksyen 21A yang memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pegawainya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang dirasakannya 'sakit' tanpa perlu pengesahan mana-mana pihak, lalu pesakit ini boleh dikuarantin.
“Kuasa pemusatan ini dibimbangi disalahgunakan atau dimanipulasi untuk tujuan politik dan kuasa. Ia sedang dibentangkan di Parlimen, yang akan menentukan nasib rakyat untuk masa depan,” katanya pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, hukuman penjara tujuh tahun jika melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sama seperti hukuman ke atas kesalahan Kanun Keseksaan seperti membunuh tanpa niat dan mendatangkan kecederaan dilihat amat melampau.
Tambahnya, denda sehingga RM100,000 amat menindas rakyat khususnya golongan marhaen.
“Rakyat yang gagal bayar denda RM1,000 pun sudah ramai masuk penjara, inikan pula jika dilaksanakan pindaan akta ini.
“Adakah pihak penjara setuju dengan ini sedangkan mereka memiliki banyak kes jenayah berat yang perlu ditempatkan? Bagi organisasi yang langgar SOP pula dikenakan sehingga RM2 juta, melampau,” tegas mereka.
Justeru, PPIM dan 200 NGO Bersekutu memohon kerajaan memberikan penjelasan dan justifikasi berhubung hal itu kerana jelas ia tidak selari dengan asas Perlembagaan di mana setiap rakyat memiliki hak dan kebebasan yang sama.
“Namun rakyat melihat asas negara berkenaan tidak digunapakai sejak pelbagai polisi mengelirukan ketika pelaksanaan SOP pencegahan pandemik Covid-19.
“Contoh mengelirukan adalah hendak masuk di negeri ini perlu tiga dos, berbeza pula dengan SOP negeri lain.
“Kekeliruan ini menyebabkan ramai dipenjarakan kerana gagal bayar denda. Inilah yang menjadi kegusaran awam dan menimbulkan kebimbangan rakyat jika diluluskan pindaan Akta 342, apa lagi hak rakyat yang tinggal di negara ini?
“Contoh rakyat diperbodohkan dengan perkataan 'tidak wajib' vaksin tetapi majikan, kedai makan, sekolah dan universiti paksa yang menyebabkan rakyat tiada pilihan melainkan menyerahkan diri mereka untuk divaksin.
Dalam kenyataan sama, menurutnya, vaksin berkenaan dilaporkan banyak memberi kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian.
Jelasnya, sebanyak 896 daripada 24,286 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) berkaitan dos penggalak diterima KKM setakat 15 Januari 2022.
"Seramai 18,000 doktor di seluruh dunia mengakui vaksin adalah senjata biologi yang boleh memberi kesan mudarat dalam jangka masa panjang.
“Sehubungan itu, PPIM terus menyeru rakyat jelata dan wakil rakyat yang dipilih untuk bangkit membantah pindaan Akta 342 agar tiada lagi yang tertindas hanya kerana diperbodohkan atas nama undang-undang,” tegasnya.


Artikel oleh: Sinar Harian
PINDAAN AKTA 342 DIDAKWA BERSIFAT DRAKONIAN

https://www.sinarharian.com.my/article/190930/KHAS/Covid-19/Pindaan-Akta-342-didakwa-bersifat-drakonian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/03/pindaan-akta-342-didakwa-bersifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Bersama Gabungan Ngo Kemuka Sebab Penolakan Pindaan Akta 342 Sinar Harian 28 02 2022

Ppim Bersama Gabungan Ngo Kemuka Sebab Penolakan Pindaan Akta 342 Sinar Harian 28 02 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 268 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan mengemukakan beberapa sebab penolakan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit antaranya surat persetujuan untuk vaksinasi tidak diberi...
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Gesa Pindaan Akta 342 Perlu Diteliti Semula Sin Chew Daily 04 03 2022

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Gesa Pindaan Akta 342 Perlu Diteliti Semula Sin Chew Daily 04 03 2022

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 242 hits
Artikel oleh Sin Chew Daily MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU BERSATU GESA PINDAAN AKTA 342 PERLU DITELITI SEMULA
Pindaan Akta 342 Lebih Zalim Dari Sosma Jahaberdeen Wacanakini 15 02 2022

Pindaan Akta 342 Lebih Zalim Dari Sosma Jahaberdeen Wacanakini 15 02 2022

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Pindaan Akta 342 dilihat mungkin lebih zalim daripada Akta Keselamatan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau dikenali SOSMA Peguam Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata Sekyen 21a dan 14a yang dipinda itu bersifat dra...
Penyerahan Notice Of Liability Akta 342 Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Ppim 25 02 2022

Penyerahan Notice Of Liability Akta 342 Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Ppim 25 02 2022

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 618 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menyerahkan Notice of Liability Akta 342 kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Akta 342 Keterlaluan Menindas Rakyat Huazong Wacanakini 28 02 2022

Akta 342 Keterlaluan Menindas Rakyat Huazong Wacanakini 28 02 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 221 hits
SERDANG Anak muda berusia 21 tahun yang sebelum ini sihat menyertai askar Wataniah malah bercita cita untuk berkhidmat untuk negara dalam bidang itu Mohd Rafiq Aiman dari Hulu Langat adalah pelajar semester lima Diploma Kejuruteraan Elektri...
Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 291 hits
Tuan Tuan saya mulakan nukilan Sabtu ini dengan angkat diri sedikit Yang berikut adalah sedikit catitan oleh sdra Fauzi Kadir tuanpunya blog Permadu yang berkata Kalaulah blog saya ini yang paling berpengaruh di Malaysia saya harap Tuan Tua...
Pengguna Tuntut Liputan Lebih Baik Dengan 5g Berita Harian 25 02 2022

Pengguna Tuntut Liputan Lebih Baik Dengan 5g Berita Harian 25 02 2022

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 174 hits
Kuala Lumpur Pengguna mahu semua isu berkaitan liputan lemah masalah rangkaian serta berkenaan caj perkhidmatan diselesaikan dengan baik selari dengan perluasan secara berperingkat kemudahan teknologi rangkaian generasi kelima Ini berikutan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan