Pengguna Tuntut Liputan Lebih Baik Dengan 5g Berita Harian 25 02 2022


 

Kuala Lumpur: Pengguna mahu semua isu berkaitan liputan lemah, masalah rangkaian serta berkenaan caj perkhidmatan diselesaikan dengan baik, selari dengan perluasan secara berperingkat kemudahan teknologi rangkaian generasi kelima (5G).
Ini berikutan, pengguna khususnya mereka yang mendiami kawasan bandar raya ketika ini masih lagi berdepan isu rangkaian dan liputan Internet lemah, seperti dialami penduduk pedalaman atau mereka yang jauh daripada infrastruktur telekomunikasi.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata isu rangkaian Internet yang tidak setimpal dengan bayaran dikenakan syarikat telekomunikasi adalah antara aduan paling kerap diterima pihaknya, terutama sepanjang pandemik COVID-19.
"Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana negara sedang mempersiapkan infrastruktur dan teknologi 5G, malah Internet juga kini menjadi utiliti asas yang digunakan secara meluas tanpa mengira peringkat usia.
"Rakyat juga memerlukan perkhidmatan yang boleh dipercayai, pantas dan pada harga munasabah kerana kerajaan sudah memperuntukkan berbilion ringgit untuk meningkatkan keupayaan telekomunikasi negara seiring jangka masa pelaksanaan 5G," katanya.
Justeru, beliau berkata, pelaksanaan 5G itu tidak seharusnya terus dipolitikkan kerana pengguna yang akan terkesan dan ketinggalan dari aspek teknologi jika liputan dan jurang antara bandar dengan bukan bandar bertambah luas.
"Kita boleh lihat perbezaan ketara rangkaian dalam kawasan bandar dan belum lagi dibandingkan dengan perkhidmatan diterima di luar bandar.
"Sebagai pengguna, kami berharap ada penjimatan kos terutama berkaitan pakej data yang ketika ini dikenakan dengan caj tinggi," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan orang tidak memahami apa sebenarnya dimaksudkan Rangkaian Dwi Pemborong (DWN), tetapi kehendak utama masyarakat adalah kualiti terbaik, harga berpatutan dan perkhidmatan yang berpihak kepada pengguna.
Katanya, perkara itu perlu dijelaskan dengan telus supaya rakyat tahu perkembangan pelaksanaan kemudahan 5G.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu menyelaraskan harganya supaya wujud persaingan sihat antara syarikat penyedia perkhidmatan," katanya.
Nadzim berkata, pada masa sama, syarikat telekomunikasi tidak perlu berpandangan mereka perlu mempunyai DWN sendiri, sebaliknya memanfaatkan kemudahan yang sudah dilaburkan oleh kerajaan.
"Pelaburan untuk pelaksanaan 5G ini menelan kos berbelas bilion ringgit dan tidak masuk akal untuk syarikat penyedia perkhidmatan berlumba-lumba membina menara pelancar kerana hal itu akan mengembalikan kos tinggi kepada pengguna," katanya.
Sementara itu, pendakwah teknologi, Adil Hidayat, 38, berkata badan pelaksana perlu menyelesaikan isu berkaitan Internet iaitu masalah isyarat lemah di kawasan yang sudah dilengkapi kemudahan 5G.
Selain itu, pihak terbabit juga perlu memastikan syarikat telekomunikasi memenuhi kriteria minimum perkhidmatan yang dijanjikan kepada pengguna.
"Masalah liputan lemah kian bertambah buruk apabila orang ramai bekerja dari rumah, pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian serta isu kuota.
"Kelajuan Internet merosot apabila ramai menggunakan kemudahan ini pada masa sama. Semua ini sepatutnya sudah lama diselesaikan kerana Internet adalah keperluan asas yang sepatutnya semakin stabil dari semasa ke semasa.
"Teknologi adalah satu perlumbaan, jika lambat, kita ketinggalan," katanya.
Beliau turut berpandangan, kualiti perkhidmatan seharusnya ditambah baik supaya pelaksanaan 5G itu mencapai sasaran dan pengguna dapat menikmati kemudahan infrastruktur telekomunikasi terbabit dengan optimum.
"Secara asasnya, pengguna inginkan kualiti perkhidmatan Internet yang selesa, dapat digunakan tanpa gangguan dan paling penting pada harga munasabah kerana ia adalah utiliti asas berbayar seperti air dan elektrik," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
PENGGUNA TUNTUT LIPUTAN LEBIH BAIK DENGAN 5G
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/926858/pengguna-tuntut-liputan-lebih-baik-dengan-5g


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/pengguna-tuntut-liputan-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biaya Haji 2022 Rp45 Juta Pks Harusnya Lebih Rasional Dan Terjangkau

Biaya Haji 2022 Rp45 Juta Pks Harusnya Lebih Rasional Dan Terjangkau

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 228 hits
Komisi VIII akan melakukan pendalaman lebih lanjut biaya haji tahun 2022 dalam rapat kerja dengan Kementerian Agama dalam waktu dekat
Muda Hanya Seperti Teratai Lebih Baik Ph Putuskan Saja Hubungan Dengannya

Muda Hanya Seperti Teratai Lebih Baik Ph Putuskan Saja Hubungan Dengannya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 232 hits
Apa yang sepatutnya harus dilakukan kepada Muda berikutan kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberi amaran kepada PKR bahawa akan berlaku pertembungan antara kedua dua parti jika rundingan pembahagian kerusi menemui kegagalan Mes...
Mencegah Kehadiran Penyakit Adalah Lebih Baik Dari Merawatnya

Mencegah Kehadiran Penyakit Adalah Lebih Baik Dari Merawatnya

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Hai Pembaca semua Setiap insan pasti inginkan This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Layanan Lebih Baik Di Singapura Berbanding Malaysia Duta Besar Indonesia

Pembantu Rumah Warga Indonesia Diberi Layanan Lebih Baik Di Singapura Berbanding Malaysia Duta Besar Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 224 hits
The ReporterDuta Besar Indonesia Hermono dalam temubualnya bersama Free Malaysia Today mendedahkan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia banyak menerima layanan buruk dari majikan berbanding di negara Singapura yang boleh dikatakan ham...
Lebih Baik Jadi Budak Sorong Seperti Di Sandakan Daripada Minta Sedekah

Lebih Baik Jadi Budak Sorong Seperti Di Sandakan Daripada Minta Sedekah

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 225 hits
SANDAKAN 23 Feb Beberapa budak sorong menunggu pengunjung pasar yang memerlukan perkhidmatan mereka di Pasar Umum Sandakan hari ini Perkhidmatan porter atau budak sorong di pasar Sandakan merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira kir...
Hiburan Laptop Mac Atau Windows Lebih Baik Ikuti Panduan Pakar Mengenai Pilihan Terbaik Mengikut Penggunaan

Hiburan Laptop Mac Atau Windows Lebih Baik Ikuti Panduan Pakar Mengenai Pilihan Terbaik Mengikut Penggunaan

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 198 hits
Pening untuk membeli komputer riba terbaik bagi kegunaan kerja atau sekadar pengunaan harian Pastinya anda akan membuat penyelidikan atau mencari info info berkaitan komputer riba yang diingini terlebih dahulu sebelum membelinya kerana terd...
Ppim Bersama Gabungan Ngo Kemuka Sebab Penolakan Pindaan Akta 342 Sinar Harian 28 02 2022

Ppim Bersama Gabungan Ngo Kemuka Sebab Penolakan Pindaan Akta 342 Sinar Harian 28 02 2022

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan mengemukakan beberapa sebab penolakan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit antaranya surat persetujuan untuk vaksinasi tidak diberi...
Jabar Tertinggi Sumbang 10 410 Kasus Covid 19 Harian Per 20 Februari 2022

Jabar Tertinggi Sumbang 10 410 Kasus Covid 19 Harian Per 20 Februari 2022

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 272 hits
Sementara 29 provinsi lainnya menyumbang kasus Covid 19 harian di bawah 2 000 Data ini dilaporkan Satuan Tugas Penanganan Covid 19 di Jakarta Minggu pukul 17 11 WIB
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash