Pinda Perlembagaan Syaratkan Pm Mesti Seorang Islam


harakahdaily.net
March 17, 2025
KUALA LUMPUR: Mohd Syahir Che Sulaiman berpandangan bahawa cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun adalah perkara yang terbuka untuk dibincangkan

Ahli Parlimen Bachok itu bagaimanapun menegaskan, lebih penting dibincangkan juga adalah untuk memperuntukkan ketetapan di dalam Perlembagaan bahawa syarat dilantik ke jawatan Perdana Menteri mestilah seorang yang beragama Islam.

Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS itu, buat masa ini, tiada peruntukan yang mewajibkan syarat ketetapan sedemikian di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ketetapan tersebut perlu wujud agar ianya selari dengan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus Perdana Menteri memahami dan mentadbir mengikut ajaran Islam.

Syahir turut menyangkal salah faham yang cuba dibawa oleh beberapa pimpinan PH dan DAP terhadap reaksi Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden yang juga Ahli Parlimen Alor Setar kepada cadangan tersebut.

Jelas beliau, Afnan yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) pada reaksi tersebut sebenarnya cuba menunjukkan sikap ‘Abang Besar’ DAP dalam menentukan dasar dan pendirian kerajaan hari ini.

“Ketua Pemuda (Afnan) sedang memberi mesej mengenai dominasi DAP ke atas Perdana Menteri (Dato’ Seri Anwar Ibrahim). Apa sahaja DAP cadang, PM terus setuju. Jadi, ini sebenarnya isu dan lebih besar dari cadangan (pindaan Perlembagan) itu.

“Adapun mengenai cadangan mengehadkan tempoh jawatan tersebut, ia wajar dibawa kepada perbincangan lebih luas. Bukan sahaja bincang mengenai tempoh, tetapi sudah masanya juga untuk menetapkan syarat kelayakan seorang Perdana Menteri itu.

“Mestilah dilantik seorang yang beragama Islam. Ini atas kewajaran dan atas keperluan bagi mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan,” ujar beliau.

Setiausaha Politik Presiden PAS itu turut menjelaskan bahawa keperluan ditetapkan syarat tersebut memandangkan lontaran mengenai lantikan ke jawatan tersebut pernah dihasratkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang untuk melihat Perdana Menteri dilantik dalam kalangan bukan-Melayu.

Katanya, Kit Siang mempertahankan kenyataan dibuat di Manchester, United Kingdom pada 29 November 2023 dalam program Impian Malaysia untuk melantik Perdana Menteri dalam kalangan bukan-Melayu itu sebagai tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun ujar Syahir, kenyataan tersebut menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan laporan polis dibuat ke atas tokoh politik itu, sekali gus menuntut ketidakpuasan hati atau perdebatan kepada perkara itu diperjelaskan.

Oleh itu kemuka beliau, bagi mengelakkan perdebatan, ketidakpuasan hati dan polemik berterusan, serta pentingnya satu status atau kedudukan yang terjamin, maka pindaan dengan menetapkan syarat tersebut mestilah diadakan secara muktamad di dalam Perlembagaan.

Bahawa tegasnya, Perdana Menteri yang dilantik mestilah seorang beragama Islam, selari dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan agar ia dapat mempertahankan peruntukan tersebut. 
– HARAKAHDAILY 17/3/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/pinda-perlembagaan-syaratkan-pm-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Compound On Era Fm Operator Isn T Oppressing Islam Says Fahmi

Compound On Era Fm Operator Isn T Oppressing Islam Says Fahmi

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 191 hits
Government spokesman Fahmi Fadzil said those who twisted the facts had committed slander with malicious intent the quantum of the compound issued to Maestra Broadcast took into account the fact that it was not an individual but a company th...
Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Lakonan Janna Nick Izzue Islam

Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Lakonan Janna Nick Izzue Islam

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 310 hits
Saat Hilang Tong Gas MuSaksikan telefilem Saat Hilang Tong Gas Mu lakonan Janna Nick dan Izzue Islam pada 8 Mac ini Sabtu pukul 10 malam di TV3 Judul Saat Hilang Tong Gas Mu saathilangtonggasmuWaktu Siaran Sabtu 8 Mac 2025 10 malamRangkaian...
Dr M Tutup Gisbh Hancurkan Perniagaan Melayu Islam

Dr M Tutup Gisbh Hancurkan Perniagaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 175 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 15 2025 4 44 PMBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan tindakan kerajaan dalam menangani isu GISB Holdings Sdn Bhd yang disifatkannya sebagai membunuh perniagaan Melayu Islam Menurut Mahathir...
Cara Tukar Duit Raya Guna Aplikasi Bank Islam Tak Payah Beratur Panjang

Cara Tukar Duit Raya Guna Aplikasi Bank Islam Tak Payah Beratur Panjang

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 247 hits
Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank Tak perlu beratu...
Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 234 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan kunjungan hormat sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra Putrajaya pada 11 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPU...
Noor Farida Ketuk Pintu Jam 3 00 Pagi Kerana Khalwat Bertentangan Dengan Islam

Noor Farida Ketuk Pintu Jam 3 00 Pagi Kerana Khalwat Bertentangan Dengan Islam

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 244 hits
Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kumpulan bekas penjawat awam G25 pula mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang undang syariah Antara yang ...
Islam Wajib Dimuliakan Walaupun Dihina

Islam Wajib Dimuliakan Walaupun Dihina

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 172 hits
harakahdaily netMarch 17 2025TELAH menggerakkan Tuanku Sultan Pahang untuk menyatakan titah secara terbuka apabila kini tersebar beberapa kenyataan dan tindakan yang berani secara terang terangan menghina Islam agama yang dimuliakan oleh Al...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Tok Wan Nasi Berlauk Nasi Lemak Barakah