Pinda Perlembagaan Bela Sekolah Vernakular


SEBENARNYA tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah adalah tidak perlu, seperti yang dinyatakan sebilangan pertubuhan pendidikan aliran Cina.

Ini kerana ia boleh diselesaikan secara bermusyawarah atas dasar kompromi melibatkan konsesi bersama, lebih-lebih lagi dengan penuh keikhlasan selain keinsafan daripada etnik Cina sendiri.

Namun, ia sudah terlambat sebab etnik Cina tidak pernah mahu sedar diri selain tidak tahu membawa diri di negara ini yang bertuan. Selama puluhan tahun, etnik Melayu sebagai tuan rumah memperlihat kesabaran yang cukup tinggi terhadap kerenah mereka yang rata-ratanya terdiri daripada kerakusan pada tahap menjijikkan pada kebanyakan waktu.

Sebenarnya etnik Melayu amat menyedari kerakusan ini. Akan tetapi sebagai kelompok baik hati, mereka bukan sahaja selalu bertimbang rasa, mereka juga cuba memenuhi seadanya kehendak tetamu yang bertandang.

Bagaimanapun, sifat baik etnik Melayu ini dianggap sebagai kelemahan, malah kebodohan dan selalu mahu dieksploitasi secukup-cukupnya oleh etnik Cina untuk keuntungan mereka. Ini bukan langsung tidak disedari oleh etnik Melayu. Tetapi budaya mereka yang tidak suka berkonfrontasi secara terbuka dan tetap terus-terusan membuat baik walaupun menyedari dikhianati, diambil kesempatan oleh etnik Cina dari segenap segi. Namun, semua ini ada hadnya dan kes mencabar di mahkamah ini adalah antara batasnya. Ini kerana ia sudah banyak sekali melampaui enggatnya.

Dalam pada itu, keberadaan sekolah vernakular bersifat de facto, iaitu telah wujud walaupun belum tentu lagi sah ataupun sebaliknya dari segi undang-undang.

Sehubungan ini, ia tidak juga bersifat de jure, yakni betul-betul boleh wujud dan dibenarkan undang-undang. Dengan tindakan mencabar ini, kedudukan sekolah vernakular akan akhirnya dimuktamadkan yang keputusannya boleh berbentuk tidak menyebelahi etnik bukan Melayu.

Oleh itu, ada kebimbangan oleh etnik Cina khususnya akan keputusan sedemikian. Dengan ini, mereka kini mahu isu keabsahahan ini diselesaikan melalui pemindaan perlembagaan untuk menjadikan sekolah vernakular itu bersifat de jure. Permintaan ini bukan sahaja memperlihat etnik Cina sudah mengaku kalah sesudah tidak yakin lagi terhadap keabsahan sekolah vernakular di sisi perundangan negara. Ia juga memperlihat mereka sudah terdesak sehingga sanggup ‘menjilat ludah sendiri’, iaitu tidak mahu menyelesaikannya di mahkamah lagi setelah berkeyakinan sebelum ini, tetapi secara rundingan di Parlimen pula.

Sebenarnya atas sifat baik hati etnik Melayu, sungguh banyak konsesi telah mereka berikan kepada etnik Cina khususnya sepanjang mereka mula bermastautin di sini.

Namun, atas sikap rakus yang tidak habis-habis itu, etnik Cina selalu mahu memperoleh apa-apa sahaja lebih daripada yang sepatutnya.

TUPAI
Permintaan untuk penyelesaian di Parlimen dan tidak di mahkamah boleh dikaitkan dengan filsafat peribahasa, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, iaitu sepintar mana sesuatu itu, pasti akan ada ketika ia langkah salah. Ini kerana keputusan mahkamah hanya bersifat sehala, iaitu sama ada menang ataupun sebaliknya sahaja.

Semua ini bergantung kepada fakta kes, khususnya perundangan negara tentang sistem pendidikan yang akan dihujahkan mengikut tafsiran masing-masing pihak.

Kebimbangan inilah yang menyebabkan etnik Cina khususnya mahu mengambil pendekatan baharu, iaitu tidak lagi diselesaikan di mahkamah yang tidak semestinya akan memihak kepada mereka. Tetapi di Parlimen pula yang masih boleh dicari jalan tengah dalam bentuk konsesi tertentu untuk kebaikan mereka.

Nasi sudah menjadi bubur, iaitu ia sudah terlambat kerana sikap rakus etnik Cina tidak mahu lagi dan tidak patut terus dikompromi etnik Melayu yang mahu penyelesaiannya mengikut saluran perundangan sebagai keadilannya. Natijahnya di sini, jangan sesekali kebaikan sesuatu pihak itu bukan sahaja tidak dihormati tetapi juga dipergunakan.

Sebenarnya ihsan etnik Melayu kepada etnik bukan Melayu banyak sekali, namun ia langsung tidak mahu dihargai sesetengah pihak. Ini kerana dengan adanya penyanjungan, etnik Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal, justeru pemilik negara ini. Bagi mereka, negara ini sama-sama diterokai pelbagai pihak sebagai perantau termasuklah etnik Melayu sendiri. Justeru, dasar kesamarataan harus diamalkan dalam segenap hal.

Ini dapat dilihat pada banyak tuntutan daripada mereka ini yang tanpa segan silu mahukan apa-apa sahaja dibahagikan secara begitu. Sikap begini tidak ubah penjajahan perantau yang mahu mengaburi garis pemisah antara penduduk asal dengan puak bukan asal dalam semua perkara. Antaranya termasuklah identiti dan kedaulatan negara. Ini dapat dilihat apabila puak bukan asal yang bermastautin di sini, cuba menegaskan naratif atas dalil kepelbagaian bahawa struktur negara ini tidak harus memihak kepada etnik Melayu sahaja.

Sebaliknya ia hendaklah kosmopolitan, yakni pelbagai pada segala sisi dan pada kadar sama rata pula. Malang sekali setelah enam dasawarsa pembentukan negara bangsa, kita masih gagal melahirkan warganegara yang mempunyai kesedaran nasional, iaitu perkongsian pemahaman kenegaraan yang sama tentang sejarah dan asas pembinaan negara, yakni ia memang bertuan. Ini hendaklah diiktiraf untuk dihargai dan bukan sebaliknya oleh puak bukan asal.

Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/pinda-perlembagaan-bela-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Relevankah Sekolah Vernakular

Masih Relevankah Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 324 hits
Masyarakat Malaysia semakin ingin memperluaskan jurang tetapi dalam masa yang sama sanggup berpura pura intim demi memenuhi kepentingan bangsa sendiri Sejak sekian lama mereka telah diasingkan melalui institusi pendidikan yang menjadi asas ...
Bn Mahu Pinda Perlembagaan Untuk Masukkan 5 Adun Lantikan

Bn Mahu Pinda Perlembagaan Untuk Masukkan 5 Adun Lantikan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 169 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 10 2021 2 33 PMPRN MELAKA BN hari ini membentangkan manifesto mereka dengan pelbagai tawaran termasuk meminda perlembagaan negeri itu untuk membolehkan lima wakil rakyat lantikan dibawa ke DUN Mengumumkan hal...
Mca Mic Dan Gerakan Antara Defendan Kes Sekolah Vernakular

Mca Mic Dan Gerakan Antara Defendan Kes Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 362 hits
Oleh FAZLI RADZI November 23 2021Tiga parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA MIC dan Gerakan antara 12 pihak defendan dalam kes mahkamah berkaitan keabsahan dan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan Pengerusi Pert...
Persediaan Baju Sekolah 2016 Mana Yang Murah

Persediaan Baju Sekolah 2016 Mana Yang Murah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 264 hits
Cuti sekolah baru habis 5 hari tapi kitorang dah sibuk sibuk readykan kelengkapan sekolah untuk tahun depan Maklumlah 4 orang ooii Lambat lambat karang sekelepuk terbang HahahaThe other day aku tweet dan WA group tanya tanya tentang kat man...
Kenapa Tak Digalakkan Kahwin Bulan Cuti Sekolah

Kenapa Tak Digalakkan Kahwin Bulan Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 269 hits
Ramai orang suka nak buat majlis kahwin pada masa cuti2 sekolah Lagi2 bulan 6 dengan cuti hujung tahun Masa tu meriah FB dan blo2 dengan jemputan2 walimatul urus kawan2 Sampai tak menang tanganlah nak pilih untuk pergi yang mana satu Tapi t...
Bapa Tunggu Anak Di Sekolah Cedera Parah Ditembak Lelaki

Bapa Tunggu Anak Di Sekolah Cedera Parah Ditembak Lelaki

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 172 hits
PETALING JAYA Seorang bapa yang sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah cedera di rusuk kirinya akibat ditembak beberapa lelaki di luar premis Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle Jalan Templer di Taman Gasing di sini hari ini Ketua Polis...
Dah Tamat Zaman Sekolah Rupanya

Dah Tamat Zaman Sekolah Rupanya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 373 hits
Assalamualaikum dan hai peeps Dah agak lama jugak aku tak update blog ni Bersawang dah hahah Tanggal 27 11 2013 merupakan hari aku ambil subjek terakhir untuk SPM dan jugak hari terakhir aku pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah aku ...
Kisah Kasut Sekolah 2016 Mana Yang Murah

Kisah Kasut Sekolah 2016 Mana Yang Murah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 216 hits
Bab2 pasal kasut sekolah ni memang ada banyak pilihan Nak apa Pallas Boleh cek online dulu kat pallas com my Bata pun ada FYI Bata sedang bagi FREE DELIVERY buat masa ni NO MINIMUM PURCHASE Menarik ke tak Ala pendek kata rambang la mata nak...
Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2021

Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 283 hits
Picture Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2021 Picture Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah 2021 Picture Cuti Perayaan 2021
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri

Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia