Pimpinan Anak Muda Gta Desak Rofaie Menjadi Calon Kerusi Parlimen Temerloh


 

TEMERLOH - Kepimpinan muda Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) Pahang mendesak supaya Penyelaras GTA Parlimen Temerloh, Dato' Mohd Rofaie Hamdan dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Desakan itu selepas timbul desas-desus nama Pengerusi GTA Pahang, Hj Aminuddin Yahaya disebut-sebut sebagai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen tersebut pada PRU15 ini.
Ketua Pemuda Pejuang Muda Negeri Pahang, Mohamad Faiz Dzulkifli, 30 menegaskan beliau tidak akan teragak-agak meletakkan jawatan jika desakan tersebut tidak mendapat perhatian pucuk pimpinan parti.
"Saya ada mendengar pucuk pimpinan mahu meletakkan calon lain selain daripada Mohd Rofaie. Jika ini berlaku, saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya dalam parti, dan tidak akan memberi sokongan sepanjang kempen kepada calon yang bertanding.
"Ini kerana kami sudah bosan dengan calon-calon dari luar kerana mereka tiada semasa kami (orang Temerloh) susah. Tiada ketika Temerloh dilanda banjir sebanyak dua kali mahupun semasa kami memulihkan ekonomi Temerloh pada fasa Covid-19," katanya lagi.
Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar sempena Majlis Solidariti Anak Muda untuk P088 Temerloh, di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, sekiranya pucuk pimpinan gagal untuk mendengar suara akar umbi dalam parti, tidak mustahil mereka juga gagal untuk mendengar suara rakyat.
"Sekiranya Mohd Rofaie tidak dicalonkan, kami akan menarik diri dan tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan GTA di Parlimen Temerloh," tegas Faiz lagi.
Nada sama turut disuarakan oleh Ketua Pemuda GTA Pahang, Mohd Firdaus Hassan Shah, 21 juga lantang menolak calon lain dan nekad mengundurkan diri andai hasrat mereka tidak dipenuhi.
Ujar Firdaus, jika Mohd Rofaie dicalonkan, mereka akan memberi sokongan penuh dan akan memastikan kemenangan di kerusi Parlimen Temerloh.
"Saya lihat, kalau kita calonkan orang luar, mereka tidak akan turun padang ke peringkat akar umbi, tidak bantu anak-anak muda di sini. Jadi, kami mahukan anak jati Temerloh sebagai pemimpin kami di sini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pejuang GTA Parlimen Temerloh, Abu Bakar Mohd Husain memberitahu, semua anak muda di bawah Parlimen Temerloh menyatakan sokongan kepada Mohd Rofaie malah mereka juga bakal menjadi penggerak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Temerloh kelak.
"Kami memohon agar calon bagi Parlimen Temerloh adalah Mohd Rofaie kerana beliau telah bersama kami merasai jerit perih dengan kami selama dua tahun untuk melaksanakan segala amanah serta tugas yang berkaitan dengan masyarakat di sini.
"Bagi saya, calon yang kita kemukakan ini adalah yang terbaik yang mampu membawa hasrat kemenangan untuk Pejuang dalam arus politik hari ini," ujarnya.
Bagi Mohd Rofaie pula, beliau menghargai dan terharu atas sokongan anak-anak muda terhadapnya.
"Sememangnya kita faham PRU15 ini sangat getir dan mengharapkan sokongan anak muda sebagai benteng hadapan untuk berdepan kemungkinan empat penjuru nanti.
"Biarpun tidak ada keputusan muktamad siapa yang menjadi calon dan diserahkan pada pucuk pimpinan untuk yang terbaik, kita harap dapat sokongan padu semua pihak nanti," tambah beliau. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/pimpinan-anak-muda-gta-desak-anak-jati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Pkr Dan Dap Kedah Tonjol Anak Muda Kerusi Parlimen Pru15

Amanah Pkr Dan Dap Kedah Tonjol Anak Muda Kerusi Parlimen Pru15

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 251 hits
Pengumuman calon calon Pakatan Harapan negeri Kedah di Laguna Merbok menyaksikan AMANAH menampilkan muka baru Muaz Abdullah yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH kawasan Padang Terap sebagai calon bagi kerusi Parlimen Padang Terap Manakal
Senarai Calon Kerusi Parlimen Dun Pn

Senarai Calon Kerusi Parlimen Dun Pn

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 325 hits
Kuala Lumpur Berikut senarai bakal calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Umum ke 15 yang diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin PERLISP001 Padang Besar Rusydan RusmiP002 Kangar Zakri H...
Visi Anak Muda Diperjuangkan Calon Muda Di Tanjung Piai

Visi Anak Muda Diperjuangkan Calon Muda Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 117 hits
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Lim Wei Jiet tidak gentar untuk bertanding dalam PRU15 bagi membawakan visi anak muda dari segi peluang pekerjaan dan pembabitan dalam perniagaan SUBSCRIBE now As
Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15

Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 227 hits
Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15 boleh dilihat di mana penamaan calon bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara pada 5 November 2022 ini melibatkan sebanyak 22...
Senarai Calon Untuk Pru15 Bagi Kerusi Parlimen

Senarai Calon Untuk Pru15 Bagi Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 309 hits
Penamaan calon sudah dan kini adalah masanya calon calon yang bertanding akan berkempen dan melobi diri bagi dapatkan undian daripada pengundi yang berdaftar dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 kali ini Dalam tempoh 14 hari ini lah semua calon ak...
Parti Muda Senarai Calon Pru15 Latar Belakang Pimpinan Tertinggi

Parti Muda Senarai Calon Pru15 Latar Belakang Pimpinan Tertinggi

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 236 hits
Malaysia United Democratic Alliance atau Parti Ikatan Demokratik Malaysia merupakan sebuah gerakan politik berbilang bangsa yang memperjuangkan isu isu rakyat di dalam ruang lingkup perlembagaan Malaysia Parti yang berada di bawah pimpinan ...
Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

Susunan Calon Zahid Hamidi Walau Ada Ciri Keberanian Ramai Yakin Cuma Mampu Menang Kurang 40 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 170 hits
Daripada satu segi berdasarkan senarai calon calon BN yang diumumkan semalam ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang ber...
Pn Letak Calon Di Semua 222 Kerusi Parlimen

Pn Letak Calon Di Semua 222 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 177 hits
hmetro com myMUHYIDDIN bersalaman dengan Abdul Hadi FOTO Nik Abdullah Nik OmarKota Bharu Perikatan Nasional akan meletakkan calon di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk 27 kerusi yang dianggap kritikal pada Pilihan Raya Umu...
Senarai Calon Bn Kj Ke Sg Buloh Zafrul Di Kuala Selangor Pn Pulse Tanding 169 Kerusi Parlimen

Senarai Calon Bn Kj Ke Sg Buloh Zafrul Di Kuala Selangor Pn Pulse Tanding 169 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 117 hits
Chia Wan RouKUALA LUMPUR Teka teki nasib pemimpin Umno Negeri Sembilan Khairy Jamaluddin pada PRU15 terjawab malam tadi dengan Barisan Nasional mengumumkan bekas menteri kesihatan itu akan bertanding di Parlimen Sungai BulohSeperti dijangka...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke