Pil Perancang Ramai Wanita Selalu Salah Anggap Tak Kenal Dah Kena Pangkah


Biasanya kegunaan pil perancang selalu dikaitkan dengan mama-mama yang masih belum bersedia hendak menerima dan menambah anak, lebih dekat lagi dengan kaum ibu yang ada jarak anak dekat-dekat. Jadi mereka pilih ambil pil perancang untuk mengelak daripada hamil dalam masa terdekat.
Kredit foto: Freepik Bagaimanapun pil perancang ini bukan sahaja boleh diambil oleh mama-mama sahaja. Wanita yang masih bujang juga boleh mengambilnya.  Berikut penggunaan pil perancang.
Kegunaan lain pil peracang ialah: 1- Untuk mengawal simptom sebelum haid yang teruk/PMS.
2- Untuk mengawal haid yang banyak (heavy bleeding) dan juga haid yang panjang sampai lebih seminggu.
3- Untuk mengatur kitaran haid yang tidak teratur.
4- Untuk mengawal senggugut yang kronik.
5- Sebagai sebahagian rawatan jerawat yang teruk.
6- Mengurangkan risiko kanser rahim, ovari dan colorektal.
Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap Pil perancang mempunyai hormon. Ia berfungsi dengan mengawal atur hormon wanita. Jadi kalau anda hendak ambil pil perancang untuk tujuan selain merancang keluarga, jumpa doktor anda. Perlu berbincang secara bersemuka. Ada situasi tertentu memelerukan anda untuk menjalani ujian seperti ujian darah dan ultrasound sistem peranakan.
Apa jua ubat dan kaedah rawatan mesti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol pun boleh ada kesan sampingan yang buruk. Doktor yang merawat yg bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudaratkan pesakit (benefit outweigh risk).
Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun ada apa-apa conflict of interest.
Kredit foto: Freepik Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks. Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit.
Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko utk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yang berterusan.
Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’ Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul? Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang.
Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini ini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.Bagi mereka yang ada masalah breast benign (tidak berbahaya) seperti fibroadenoma atau sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan pil perancang tanpa was-was. Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang. Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara ( diri sendiri yang kena kanser ) – TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang.
Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO dapat 3 jenis kanser – KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR. Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%. Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang ada mutasi gene BRCA 1 / 2 yg ada kena mengena dengan kanser yg diwarisi.
Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi. Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yg menyebabkan kanser payudara dan serviks.
Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks – iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan takde ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim.
Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika dah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.
Bagaimanapun, wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan ( COCP ), sila guna kaedah perancangan keluarga yang lain:
✅Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama
✅Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas
✅Ada migraine dengan aura
✅BMI 35 dan ke atas
✅Tekanan darah tinggi > 160/100
✅Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung
✅Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)
✅Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour)
✅Strok
✅Melalui pembedahan yg memakan masa yg lama menyebabkan pesakit tak bergerak-gerak
✅Sedang mengalami kanser payu dara atau ada sejarah kanser payu dara (diri sendiri)
Kredit foto: Freepik Setiap pesakit yang hendak mengambil pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli online atau dapatkan pil perancang di farmasi semata mata.
Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan – untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali.
Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, kena guna cara lain. Satu lagi kalau guna pil perancang TAK PAYAH ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan untuk makan pil.
Cerita ‘hantu’ yang mengatakan pil perancang dgn risiko kanser serviks dan kanser payudara TAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dengan 2 kanser ini kerana perkaitan ini melibatkan pil perancang yang terdahulu dan tidak digunakan lagi pada masa sekarang.
Kelebihan pil perancang mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, kanser rahim dan kanser usus sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan dalam menentukan baik buruk sesuatu ubat atau kaedah perancangan keluarga itu.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Kredit foto top image: Freepik
The post Pil Perancang, Ramai Wanita Selalu Salah Anggap, Tak Kenal Dah Kena ‘Pangkah’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pil-perancang-ramai-wanita-selalu-salah-anggap-tak-kenal-dah-kena-pangkah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Selalu Sakit Belakang Bila Datang Period Doktor Ini Kongsi Penyebabnya

Wanita Selalu Sakit Belakang Bila Datang Period Doktor Ini Kongsi Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 229 hits
Setiap kali period ada ramai yang mengalami masalah seperti rasa tidak selesa di bahagian abdomen rasa kembung perut dan sakit kepala bagi sesetengah wanita Selain rasa sakit di bahagian bawah perut ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan...
Mak Selalu Beli Hadiah Untuk Menantu Peluk Diaorang Bila Aku Mintak Nak Peluk Ni Yang Dapat

Mak Selalu Beli Hadiah Untuk Menantu Peluk Diaorang Bila Aku Mintak Nak Peluk Ni Yang Dapat

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 163 hits
Kawan panggil aku Hannah sebab kedengaran fancy walaupun bukan nama sebenar berumur 26 tahun sedang pursuing master sambil bekerja gomen from selangor Sekadar menggunakan medium ini untuk meluah Aku merupakan anak kedua daripada 3 adik bera...
Akhirnya Terjawab Persoalan Kenapa Iklan Jam Selalu Tunjuk Waktu 10 10

Akhirnya Terjawab Persoalan Kenapa Iklan Jam Selalu Tunjuk Waktu 10 10

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 236 hits
Rasanya tidak ramai yang menyedari bahawa jam yang dipasarkan di kedai mahupun dalam talian kebanyakannya memaparkan jarum berada pada masa 10 10 Pun begitu itulah hakikat yang perlu diterima oleh orang ramai kerana ianya telah ditetapkan s...
Wanita Dakwa Dihamilkan Aktor Muda Berhenti Berpura Pura

Wanita Dakwa Dihamilkan Aktor Muda Berhenti Berpura Pura

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 338 hits
Sejak semalam kecoh mengenai seorang wanita yang mendakwa dihamilkan seorang aktor muda popular sehingga menjadi perhatian aplikasi TikTok Wanita itu dipercayai baru mencipta satu akaun bagi mendedahkan perbuatan aktor tersebut dan mencerit...
Wanita Maut Kereta Dipandu Putus Dua

Wanita Maut Kereta Dipandu Putus Dua

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 201 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myKERETA mangsa putus dua selepas berlanggar dengan pacuan empat roda FOTO Ihsan Polis Baling Wanita maut apabila kereta dipandunya terputus dua selepas berlanggar dengan pacuan empat roda di Jalan Kampung Buk...
Sup Fungus Jika Diamalkan Selalu Kulit Jadi Anjal Glowing Awet Muda

Sup Fungus Jika Diamalkan Selalu Kulit Jadi Anjal Glowing Awet Muda

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 207 hits
Sup fungus memang elok diamalkan bukan hanya untuk kecantikan sahaja tetapi juga kesihatan Biasanya ramai kaum Cina mengamalkan sup ini Sup fungus juga ada dalam minuman sarang burung yang dijual di pasaran Penjagaan dalaman juga amat penti...
Patutlah Emak Selalu Pesan Bila Dia Dah Tiada Nanti Jangan La Tak Balik Kampung Rupanya Ini Sebabnya

Patutlah Emak Selalu Pesan Bila Dia Dah Tiada Nanti Jangan La Tak Balik Kampung Rupanya Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 191 hits
Assalam dan hi semua Aku Rose Mawar pernah menulis confession disini Terima Kasih sekiranya confession kali ini disiarkan Ramai yang komen kata Kakak kakak ipar ku bagus Kat sini aku nak cerita mengenai kakak ipar aku yang sulung Aku ada 2 ...
Duda Tumbuk Tendang Anak Mengaku Tak Salah Miliki Parang

Duda Tumbuk Tendang Anak Mengaku Tak Salah Miliki Parang

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 109 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang duda yang ditahan selepas menumbuk anak kandungnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas kesalahan memiliki senjata berbahaya Mohamad Zairi Mohamad Nawi 37 membuat pengakuan...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita