Pihak Profesional Kini Dibenarkan Mengeluarkan Sijil Siap Dan Pematuhan Di Sabah


Joachim (kanan) menyampaikan Sijil Jawatankuasa Semakan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 2022 kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Stanley Chong sambil disaksikan Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Jamili Nais.- Foto NSTP/Ihsan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Sabah seragam undang-undang kecil bangunan setiap PBT KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengambil inisiatif menyeragamkan undang-undang kecil bangunan setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini melalui penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 2022. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata langkah itu bagi menangani masalah pembinaan struktur tanpa kelulusan PBT atau haram yang sering menjadi isu di kebanyakan daerah di negeri ini. Katanya, pewartaan UBBL 2022 itu bagi mengatasi ketidakselarasan atau ketidakseragaman pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang kecil bangunan yang berlaku di setiap PBT sebelum ini. Beliau berkata, undang-undang kecil bangunan yang ada di beberapa PBT juga sudah tidak relevan, sekali gus perlu ditukar dengan undang-undang kecil baharu dan seragam di semua PBT.

"Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah mengambil inisiatif melalui Jawatankuasa Semakan UBBL 2022 untuk meneliti dan mengkaji semula undang-undang kecil bangunan di setiap PBT agar relevan, terkini dan memenuhi kehendak semasa.

"Dengan adanya UBBL 2022 ini, semua PBT dapat menyelaraskan penggunaan undang-undang bangunan yang sama," katanya pada Majlis Pelancaran UBBL 2022, di sini, semalam.

Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, berkata, antara pindaan baharu dan penting dalam UBBL 2022 ialah berkaitan pengeluaran sijil siap dan pematuhan (CCC) oleh pihak profesional atau Principal Submitting Person (PSP) bagi menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (OC) yang dikeluarkan PBT sebelum ini.

Katanya, PSP adalah golongan profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera dan pelukis pelan berdaftar.

"Pengeluaran CCC oleh PSP adalah secara 'self certification' dan 'self regulation'. PBT boleh menggunakan kuasanya di bawah Undang-Undang Kecil 216(4) dan (5) UBBL 2022 untuk menjalankan pemeriksaan ketika pembinaan.

"Ia bagi memastikan bangunan dibina mematuhi pelan bangunan diluluskan. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, PBT boleh menahan pengeluaran CCC," katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, UBBL 2022 satu langkah positif ke arah penyesuaian amalan senibina dan kejuruteraan masa kini.

Selain itu, katanya UBBL 2022 juga memperuntukkan kuasa undang-undang lebih ketat dengan mengenakan kompaun tidak melebihi RM5,000 dan penalti tidak lebih RM100,000 terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah UBBL 2022.

SOURCE: BERITA HARIAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/05/pihak-profesional-kini-dibenarkan_62.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Pergi Zoo Negara Nak Tengok Haiwan Sekali Siap Ber Photoshoot Famili Untuk Kenangan

Tak Sangka Pergi Zoo Negara Nak Tengok Haiwan Sekali Siap Ber Photoshoot Famili Untuk Kenangan

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya korang dah masuk 17 Syawal baru nak update blog Maaf la sis beraya sakan kali nie sampai ke Thailand Memang banyak nak story nie Rasa penuh dah memori dalam telefon dan dalam otak nie Slow slow kita update ...
Anak Achey Buat Hal Lagi Kali Ini Ikut Ayahnya Solat Jumaat Siap Pakai Tudung Lagi Dna Pelawak Ni

Anak Achey Buat Hal Lagi Kali Ini Ikut Ayahnya Solat Jumaat Siap Pakai Tudung Lagi Dna Pelawak Ni

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 302 hits
Belum habis lagi dengan kejadian anak achey iaitu Tiara rambut tersekat di tiang gol Kali ini pula ikut ayahnya pergi solat jumaat paling penting awning tudung on point Sumber Tiktok Achey Tonton Aduhai Tiara memang ada DNA pelawak la Muka ...
Hiburan Didakwa Gugurkan Kandungan Shuhada Kecewa Difitnah Hafidz Takkanlah Saya Nak Buat Dah Siap Bagi Nama Uwais

Hiburan Didakwa Gugurkan Kandungan Shuhada Kecewa Difitnah Hafidz Takkanlah Saya Nak Buat Dah Siap Bagi Nama Uwais

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 328 hits
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa kecewa apabila suaminya memfitnah dirinya menggugurkan kandungan yang berusia 14 minggu Bukan itu sahaja Shuhada atau lebih mesra disapa Shu kesal apabila pro...
Hiburan Tular Kes Wanita Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki Siap Rakam Video S Ks Ini Kronologi Kejadian

Hiburan Tular Kes Wanita Amang Seksual Terhadap Anak Lelaki Siap Rakam Video S Ks Ini Kronologi Kejadian

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 860 hits
Berita tentang perbuatan amang seksual fizikal oleh seorang wanita terhadap anak remaja lelakinya mengejutkan ramai dan menjadi perbualan di media sosial baru baru ini Suspek berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan keji berkenaa...
Mohon Maaf Tak Dapat Besarkan Arif Bayi Ditinggalkan Dalam Kotak Siap Nota Terima Kasih

Mohon Maaf Tak Dapat Besarkan Arif Bayi Ditinggalkan Dalam Kotak Siap Nota Terima Kasih

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 257 hits
Sehelai nota yang ditinggalkan bersama seorang bayi menyentuh hati kita Hanya kerana desakan ekonomi yang tinggi sehingga bayi kecil ini menjadi mangsa ditinggalkan sendirian Bayi malang itu ditinggalkan dalam sebuah kotak namun lengkap ber...
Siap Siap Izin Pengelola Wisata Yang Getok Tarif Parkir Kendaraan Bakal Dicabut

Siap Siap Izin Pengelola Wisata Yang Getok Tarif Parkir Kendaraan Bakal Dicabut

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 162 hits
Dia pun meminta kepala dinas di setiap wilayah untuk memberi sanksi pencabutan izin terhadap pengelola wisata yang membiarkan praktik tersebut Terutama di lokasi destinasi wisata favorit selama masa liburan karena bisa menimbulkan iklim par...
Wanita Terima Wang Jumlah Rm670 Bf Transfer Duit Siap Mesej Pujuk Rayu

Wanita Terima Wang Jumlah Rm670 Bf Transfer Duit Siap Mesej Pujuk Rayu

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 483 hits
WANITA mana yang tidak cair apabila bertemu lelaki yang sanggup bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk mereka Maka tidak hairanlah perkongsian seorang wanita tentang teman lelakinya di TikTok baru baru ini mendapat lebih 1 1 juta to...
Himpunan Madani Jadi Kempen Politik Menjelang Prn Siap Serah Borang Ahli

Himpunan Madani Jadi Kempen Politik Menjelang Prn Siap Serah Borang Ahli

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 287 hits
PMX sepentas dengan anak muridnya Zahid Hamidi dalam program Himpunan Madani d Kedah baru baru ini Kerajaan campuran menggunakan platform program rasmi dalam Himpunan Madani di Kedah baru baru ini sebagai kempen politik menjelang enam Pilih...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph