Piala Fa Selangor Fc Dihukum Beraksi Tanpa Penyokong Denda Rm100 000 Fam


Piala FA: Selangor FC Dihukum Beraksi Tanpa Penyokong, Denda RM100,000 – FAM
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Selangor FC menerima padah dihukum bermain tanpa penonton susulan insiden ‘panas’ melibatkan kelakuan penyokong pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2025-26 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada 29 Okt lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Baljit Singh Sidhu berkata skuad Gergasi Merah akan beraksi di stadium kosong pada aksi separuh akhir kedua Piala FA musim ini menentang Sabah FC pada 30 Nov ini dan perlawanan sulung mereka di gelanggang sendiri bagi saingan sama musim berikutnya.
Baljit berkata Selangor, yang mara ke separuh akhir musim ini hasil kemenangan dengan agregat 6-3, juga didenda RM100,000 akibat kesalahan berulang menurut Artikel 42, Perenggan 1 Kod Tatatertib FAM.
“Selangor FC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baljit berkata juara lima kali itu didapati bersalah melanggar Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM bagi pertuduhan 1, 2, 3 dan 4 serta melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM bagi Pertuduhan 5.
Menurut pertuduhan 1, Baljit berkata penyokong Selangor melakukan pembakaran mercun dan dianggarkan sebanyak dua kali letupan mercun telah dilihat dan didengari, yang dibaling ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan.
Beliau berkata bagi pertuduhan 2, penyokong tuan rumah merosakkan dan melontarkan bangku tempat duduk penonton dan membaling botol air ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada dua orang penyokong lawan. “Pertuduhan 3, dari tempat duduk orang kenamaan, seorang VVIP dari pihak Selangor FC telah membaling bekas minuman plastik berisi air ke arah keluarga pemain pasukan Negeri Sembilan FC.
“Pertuduhan 4, penyokong Selangor FC telah melakukan provokasi yang mengakibatkan kekecohan di antara kedua-dua penyokong di tempat duduk penyokong,” katanya.
Beliau berkata Selangor didapati gagal mematuhi obligasi penganjuran perlawanan seperti terkandung dalam pertuduhan 5, antaranya mematuhi dan melaksanakan undang-undang keselamatan sedia ada termasuk daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa selain memastikan pihak berkuasa tempatan dimaklumkan dan bekerjasama dengan mereka secara aktif serta efektif.
Sumber: BERNAMA
The post Piala FA: Selangor FC Dihukum Beraksi Tanpa Penyokong, Denda RM100,000 – FAM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/15/piala-fa-selangor-fc-dihukum-beraksi-tanpa-penyokong-denda-rm100000-fam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Peribadi Lebih Rm100 000 Wajib Jalani Modul Pendidikan Kewangan Mulai 2027

Pinjaman Peribadi Lebih Rm100 000 Wajib Jalani Modul Pendidikan Kewangan Mulai 2027

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 163 hits
Mulai 1 Januari 2027 sesiapa yang nak mohon pembiayaan peribadi melebihi RM100 000 akan diwajibkan untuk menjalani Modul Pendidikan Kewangan selama 15 minit Ini merupakan sebahagian daripada polisi baharu Bank Negara Malaysia Modul ini diba...
Wm Senibong Raises Rm100 000 In Support Of People With Autism In Johor Bahru

Wm Senibong Raises Rm100 000 In Support Of People With Autism In Johor Bahru

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 133 hits
A wave of hope and community spirit swept through Johor Bahru as WM Senibong successfully raised RM100 000 through its Walk for Hope Charity Walkathon held in support of individuals with autism The event brought together families friends an...
Selangor Fc To File Appeal Over Fam Penalty

Selangor Fc To File Appeal Over Fam Penalty

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 164 hits
The club denies its supporters were responsible for crowd violence at the Oct 29 match at MBPJ Stadium Selangor FC was fined RM100 000 and ordered to play behind closed doors on Saturday after the FAM disciplinary committee ruled that their...
1 1 000 Top 86 By Mireya Tm69 Xyz 18 2026

1 1 000 Top 86 By Mireya Tm69 Xyz 18 2026

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 208 hits
Read Time 5 Minute 31 Second Temmax69 Auto Auto Auto Temmax69 Auto Auto 50 100 300 500 PGSLOT 1 10 PG Mahjong Ways 20 100 850 Treasure of Aztec Fortune Tiger Lucky Neko Wild Bandito pgslot 30 pgslot Auto 2000 Android iOS 24 2025 2025 temmax...
Awas Penyeluk Saku Bukit Bintang Sakau Rm10 000 Ketika Lintas Jalan

Awas Penyeluk Saku Bukit Bintang Sakau Rm10 000 Ketika Lintas Jalan

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 206 hits
HALISYA ISMA ZULKURNAINTangkap layar video tular seorang lelaki dipercayai menyeluk saku dan mencuri dompet milik seorang wanita di kawasan Bukit Bintang berhampiran lampu isyarat Lot 10 PETALING JAYA Seorang wanita meluahkan rasa kesal sel...
Rm300 000 Masuk Akaun Secara Tersilap Tindakan Pekerja Kilang Ini Mengejutkan Ramai

Rm300 000 Masuk Akaun Secara Tersilap Tindakan Pekerja Kilang Ini Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 152 hits
RM300 000 Masuk Akaun Secara Tersilap Tindakan Pekerja Kilang Ini Mengejutkan Ramai Seorang pekerja kilang di Khanty Mansiysk Rusia berdepan tindakan saman daripada majikannya selepas enggan memulangkan wang berjumlah lebih 7 juta rubel yan...
Risiko Berat Menanti Fifa Boleh Gandakan Hukuman Jika Fam Kalah Di Cas Hannah Yeoh

Risiko Berat Menanti Fifa Boleh Gandakan Hukuman Jika Fam Kalah Di Cas Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 168 hits
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberi peringatan tegas bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa boleh menaikkan lagi denda dan tempoh penggantungan sekiranya rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia tidak berjaya di Mahkamah Timbang Tara ...
Instant Citizenship Lasting Shame Fam Govt Laid Bare

Instant Citizenship Lasting Shame Fam Govt Laid Bare

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 129 hits
Here comes another one worse than the other one waltz me around again Willie The above opening lyric from the 1906 song Waltz Me Around Again Willie by Will D Cobb and Ren Shields which was popularised for its catchy tune and simple lyrics ...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti