Rm300 000 Masuk Akaun Secara Tersilap Tindakan Pekerja Kilang Ini Mengejutkan Ramai


RM300,000 Masuk Akaun Secara Tersilap, Tindakan Pekerja Kilang Ini Mengejutkan Ramai
Seorang pekerja kilang di Khanty-Mansiysk, Rusia berdepan tindakan saman daripada majikannya selepas enggan memulangkan wang berjumlah lebih 7 juta rubel (kira-kira RM363,590) yang tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya akibat ralat perisian.
Menurut portal Oddity Central, pekerja tersebut menerima notifikasi daripada aplikasi perbankannya dan mendapati terdapat jumlah luar biasa dalam akaunnya.
Selain bayaran cuti sebanyak 46,954 rubel (kira-kira RM2,438) yang sememangnya menjadi haknya, beliau turut menerima ‘bonus besar’ berjumlah 7,112,254 rubel.
Sebelum itu, terdapat khabar angin dalam kalangan pekerja bahawa kilang tersebut bakal memberikan gaji yang lumayan susulan prestasi kewangan syarikat yang memberangsangkan.
Namun begitu, beliau tidak tidak menyangka jumlah yang diterimanya begitu besar.
Bagaimanapun, kegembiraannya tidak bertahan lama apabila dia menerima beberapa panggilan daripada bahagian akaun syarikat yang memaklumkan bahawa wang tersebut dimasukkan secara tersilap dan perlu dipulangkan semula.
Selepas membuat carian di internet, pekerja tersebut membuat keputusan untuk tidak memulangkan wang yang diterima.
“Saya dapati jika ia merupakan ralat teknikal, terpulang kepada saya untuk memulangkannya, tetapi jika ia kesilapan pengebilan, saya diwajibkan untuk memulangkannya
“Kemudian, saya mengetahui ia adalah ralat teknikal dan memutuskan saya berhak mengekalkan wang itu,” kata beliau.

Satu tuntutan mahkamah difailkan terhadap pekerja itu Menurut dokumen mahkamah yang dikemukakan oleh majikannya, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membayar gaji 34 pekerja di cawangan lain. Namun, akibat ralat perisian, ia tersilap dipindahkan kepada beliau dan perlu memulangkannya.
Bagi membela diri, pekerja itu mendakwa dana tersebut diterima atas nama syarikat, bukan cawangan tertentu dan disenaraikan sebagai “gaji” dalam pesanan pembayaran, maka dia berhak mengekalkannya.
Oddity Central melaporkan pekerja itu mendakwa permintaan syarikat untuk memulangkan wang itu akhirnya bertukar menjadi ugutan, sehingga dia menggunakan kekayaannya yang baru ditemui untuk membeli kereta baharu dan berpindah ke bandar lain bersama keluarga.
Sewaktu beliau dan keluarganya dalam perjalanan ke rumah baharu, satu tuntutan mahkamah difailkan terhadap beliau serta akaun banknya dibekukan.
“Satu aduan difailkan terhadap saya, mendakwa saya bekerjasama dengan seorang akauntan dan melakukan sejenis penipuan ekonomi,” katanya.
Bagaimanapun, majikannya tidak berputus asa selepas beliau menerima secara tidak sengaja bayaran sebanyak 7 juta rubel dan enggan memulangkannya.
Pekerja terbabit bawa kes ke Mahkamah Agung Kes ini menjadi berlarutan apabila mahkamah peringkat pertama dan mahkamah rayuan memihak kepada majikan, menegaskan bahawa tiada pembayaran tertunggak yang perlu dibayar kepada Rychagov dan wang 7 juta rubel itu tidak dianggap sebagai gaji.
Jadi, pekerja itu diwajibkan memulangkan jumlah tersebut. Beliau kemudiannya membuat rayuan, namun keputusan asal tetap dikekalkan.
Difahamkan, beliau turut membawa kes ini ke Mahkamah Agung dan permohonannya diterima untuk pertimbangan.
Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa dirinya berhak ke atas wang tersebut dan tidak bercadang untuk memulangkannya.
“Akaun bank saya menerima deposit sebanyak 45,000 rubel untuk bayaran cuti bulan Januari dan 7,112,000 rubel untuk gaji bulan Disember
“Gaji Disember telah dikreditkan dan terdapat khabar angin mengenai gaji ke-13 yang besar, menunjukkan operasi kilang berjalan lancar,” katanya lagi.
BACA: Abai Zayn Rayyan: Ismanira Fail Notis Rayuan Sumber: Oddity Central
The post RM300,000 Masuk Akaun Secara Tersilap, Tindakan Pekerja Kilang Ini Mengejutkan Ramai appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/03/rm300000-masuk-akaun-secara-tersilap-tindakan-pekerja-kilang-ini-mengejutkan-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tnb Diperintahkan Bayar Rm30 000 Kepada Pekerja Kilang

Tnb Diperintahkan Bayar Rm30 000 Kepada Pekerja Kilang

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 194 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Sesyen Klang semalam menolak saman kedua Tenaga Nasional Bhd terhadap seorang pekerja kilang atas dakwaan mengubah suai meter elektrik dan memerintahkan syarikat utiliti itu membayar jumlah keseluruhan RM...
Rhb Ambil Tindakan Tegas Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan

Rhb Ambil Tindakan Tegas Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 197 hits
RHB Ambil Tindakan Tegas Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan RHB Banking Group memaklumkan bahawa kakitangannya yang terlibat dalam isu tular di media sosial tidak lagi bekerja di syarikat perbankan itu berkuat kuasa 31 Oktober Menerus...
Bersekutu Bersatu Pula Bergolak Rm100 000 Cukup Untuk Hentikan Tindakan Lembaga Disiplin

Bersekutu Bersatu Pula Bergolak Rm100 000 Cukup Untuk Hentikan Tindakan Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 250 hits
K PRAGALATHOctober 16 2025Ketua Bersekutu Bersatu Bangi K Vasantha Kumar mempersoal sumbangan tunai RM100 000 oleh naib ketua Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan kepada bendahari parti Datuk Seri Rina Harun di hadapan presiden Bersatu Tan Sri...
Kilang Kilang Pakaian Sedang Kepanasan Penyelesaian Mudah Ini Dapat Memastikan Keselamatan Pekerja

Kilang Kilang Pakaian Sedang Kepanasan Penyelesaian Mudah Ini Dapat Memastikan Keselamatan Pekerja

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 205 hits
Pekerja pakaian menghadapi beberapa keadaan kerja yang paling tidak menentu di dunia dan semakin berisiko daripada tekanan haba melampau yang disebabkan oleh perubahan iklim Satu kajian baharu yang diketuai oleh Universiti Sydney mendedahka...
Amazon Dilapor Bakal Buang 30 000 Pekerja Pejabat

Amazon Dilapor Bakal Buang 30 000 Pekerja Pejabat

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 180 hits
Gergasi e dagang dan teknologi Amazon dilaporkan akan memberhentikan puluhan ribu pekerja pejabat bagi mengurangkan kos di tengah tengah peningkatan pelaburan syarikat itu dalam bidang kecerdasan buatan menurut laporan media Amerika Syarika...
Ketegangan Diplomatik China Marah Belanda Akibat Tindakan Nexperia

Ketegangan Diplomatik China Marah Belanda Akibat Tindakan Nexperia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 156 hits
Isu Nexperia masih belum menunjukkan tanda penyelesaian China marah terhadap Belanda kerana mendakwa kerajaan Belanda tidak menunjukkan kesungguhan dalam menyelesaikan isu pengambilalihan syarikat pembuat cip tersebut Nexperia dulunya dimil...
Karpet Di Kilang Kena Gigit

Karpet Di Kilang Kena Gigit

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan petang Hari Isnin lalu karpet di pintu surau kena gigit dengan tikus Dua hari cuti boleh pula dia buat kerja Mengadu dengan anak bos katanya tak boleh buat apa dengan tikus Sudah ditangkap tetapi ada lagi Depan pintu sur...
Fam Terima Keputusan Fifa Teliti Tindakan Susulan Pemangku Presiden

Fam Terima Keputusan Fifa Teliti Tindakan Susulan Pemangku Presiden

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 148 hits
FAM Terima Keputusan FIFA Teliti Tindakan Susulan Pemangku Presiden KUALA LUMPUR 3 Nov Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa hari ini yang menolak rayuan berhubun...
Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 254 hits
Haspaizi ZainSaifuddin Abdullah memberi gambaran kemungkinan lebih 19 daripada 25 ahli parlimen yang Bersatu tidak bersetuju dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen termasuk Timbalan Presiden Hamzah Zainudin Ini ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali