Phytax Membantu Merawat Masalah Kencing Manis


Kencing manis atau Diabetes adalah keadaan di mana paras gula di dalam darah adalah lebih tinggi daripada paras normal. Insulin yang dihasilkan oleh pankreas menurunkan paras gula (glukosa) darah. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau sel badan tidak lagi peka dengan insulin (dikenali sebagai rintangan insulin).

Diabetes
Terdapat 2 Jenis Diabetes Jenis 1 dikenali sebagai Insulin-Dependent Diabetes Mellitus atau Diabetes awal remaja. Disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan insulin. Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Hampir 10% penghidap diabetes adalah dalam kategori jenis ini. 
Jenis 2 dikenali sebagai Non-Insulin-Dependent Diabetes Mellitus. 90-95% rakyat Malaysia menghidap Diabetes jenis ini. Disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin. Dikenali sebagai rintangan insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan.
Diabetes Jenis 2 
Angka pesakit diabetes jenis 2 meningkat dengan begitu drastik di zaman moden ini. Pada tahun 2019, dianggarkan terdapat lebih dari 3.9 juta orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Angka ini akan disusuli dengan pelbagai statistik penyakit-penyakit yang timbul akibat komplikasi diabetes seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya.


Diabetes Jenis 2
Diabetes jenis 2 adalah antara penyakit gaya hidup yang paling menggerunkan kerana ia datang dalam senyap dan boleh mencetus pelbagai komplikasi yang boleh menjejaskan kualiti hidup penderitanya.
Punca Diabetes 
Tidak hairanlah di Malaysia hampir separuh dari mereka tidak menyedari mereka mengalaminya. Sudah tentu di sini, selain dari mengawal tahap gula dan usaha untuk membalikkan diabetes, perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah pemulihan dalaman terhadap komplikasi diabetes yang telahpun berlaku pada sistem dan organ tubuh badan.

Faham & Lawan Diabetes
Tanda dan gejala diabetes adalah: ● Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria) 
● Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia) 
● Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia) 
● Urin mengandungi paras gula yang tinggi (Glycosuria) 
● Berat badan turun mendadak 
● Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki 
● Cepat penat dan lemah sepanjang masa 
● Mengalami rabun penglihatan 
● Luka lambat sembuh 
● Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit 
● Keradangan – lebihan insulin punca toksik dalam badan Oleh itu, bagi membalikkan dan menyembuhkan diabetes, perkara utama ialah harus komited untuk merubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ini terutamanya untuk menjaga pemakanan dan senaman yang harus dilakukan secara istiqomah. 
Berbalik kepada suplemen, Dr. Syid yakin peranannya amat penting dalam proses membaikpulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh anda untuk kembali pulih dari penyakit diabetes. Beliau telah meletakkan kepentingan fitonutrisi sebagai anugerah semulajadi yang boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi diabetes. 
Eskayvie PhytaX 
Dengan itu, Pengasas Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri telah menjalankan penyelidikan yang terperinci dan telah mengambil inisiatif utk membantu masyarakat dengan menghasilkan PhytaX utk membantu merawat masalah2 KENCING MANIS, darah tinggi, masalah jantung dan yang berkaitan dengan kandungan bahan semulajadi. 



Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

Antara kebaikan fitonutrisi adalah bertindak sebagai telomerase activator. Melalui Kajian Landmark Telomere Shortening yang memenangi Anugerah Nobel pada tahun 2009, kajian mendapati pemendekkan telomere (unit kecil DNA) pada kromosom manusia dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti Diabetes, penuaan pra-matang, kanser dan Alzheimer. 
Telomere shortening ialah teori yang dibentangkan oleh Dr Elizabeth Blackburn yang memenangi anugerah Nobel (Medical Physiology) pada tahun 2009 yang melibatkan 4,659 kajian saintifik yang didokumenkan melibatkan 734 saintis tersohor dari 13 buah negara. 
Telomere ialah penghujung (penutup) kromosom yang akan menjalani proses replikasi membentuk sel baru. Setiap kali proses ini berlaku telomere akan semakin pendek hinggalah ia pupus sama sekali menyebabkan DNA terurai. Keadaan ini boleh melemah dan mematikan sel. Ditambah dengan faktor luar seperti stres, toksin dan gaya hidup yang tidak sihat mempercepatkan proses pemendekkan telomere. 
Melalui revolusi dunia sains, pemendekkan telomere dapat diatasi melalui penghasilan enzim telomerase. Enzim ini bertindak mengunci pemendekkan telomere sekaligus memanjangkan semula telomere sedia ada. Tindakan mengunci ini akan mengekalkan kesihatan sel baru setiap kali berlakunya proses replikasi. Manakala tindakan memanjangkan telomere yang pendek pula akan mengembalikan sel sakit menjadi sel yang lebih sihat selepas berlakunya replikasi.



Eskayvie PhytaX

Ini adalah proses penyembuhan sel yang membolehkan penyakit dipulihkan kembali. Fitonutrisi adalah bahan didapati boleh merangsang perembesan telomerase (bertindak sebagai telomerase activator). Bahan yang bersifat telomerase activator adalah resveratrol dari biji anggur, epigallocatechin gallate dari daun teh hijau dan pycnogenol dari kulit pokok pain. Kombinasi nutrisi telomerase activator ini membantu melindungi DNA dari kerosakan, menyokong penghasilan DNA untuk menghasilkan sel sihat serta memulihkan sel-sel yang sakit. Ini membuktikan khasiat fitonutrisi ini memainkan peranan penting terutamanya bagi penghidap diabetes. 
Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya apabila usia semakin meningkat dan lebih lebih lagi jika anda sudah mengalami penyakit seperti diabetes. 
Walaupun ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan, beliau kurang bersetuju dengan saranan tersebut. 



Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

Ia mungkin benar jika kita hidup bebas pencemaran, sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat, segar dan bebas dari pencemaran terpaksa (seperti kandungan raksa dari ikan dan kandungan racun serangga dari sayuran dan buahan), berada pada usia muda yang mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top, memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia, dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 
Segala itu sebenarnya susah untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang banyak sangat pendedahan diri kepada makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif dan banyak lagi faktor yang sememangnya jauh dari model kehidupan yang menjayakan gaya hidup sihat. 
Tentang Eskayvie PhytaX 
PHYTAX diformulasikan dengan gabungan kuasa nutrien & antioksidan semulajadi TERKUAT di dunia. Phytax menggunakan proses teknologi nano bagi memberi penyerapan yang maksimum. PHYTAX diformulasikan dengan gabungan kuasa nutrien & antioksidan semulajadi TERKUAT di dunia. Phaytax menggunakan proses teknologi nano bagi memberi penyerapan yang maksimum. 
PhytaX ni diluluskan KKM dan diklasifikasi dibawah makanan interfasaupplement ubat oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan. Ada Sijil Halal Jakim. Dikilangkan oleh kilang berstatus GMP serta ada Sijil ISO 9001. 


Eskayvie Phytax
Kandungan Eskayvie PhytaX 
1)Durian Belanda – Anti Kanser & anti radang 
2)Kulit Pain – Menyokong kesihatan sendi 
3)Tomato – Menyokong kesihatan prostat 
4)Teh Hijau – Membakar lemak & pelangsingan badan 
5)Biji Anggur – Mengawal penyakit kemerosotan diri 
6)Astaxanthin – Awet muda & peremajaan 
7)Delima – Mengawal diabetes 
8)Roselle – Mengawal hipertensi 
9)Blueberry – Menyokong kesihatan mata & penglihatan 
10)Cranberry – Menyokong kesihatan saluran# kencing 
11)Acai Berry – Menyokong sistem imun 
12)Manggis – Menyihatkan sistem kardiovaskular & paras kolesterol
Kandungan Phytax
Kelebihan Eskayvie PhytaX  
1)Menstabilkan KENCING MANIS serta mencegah ia merebak 
2)Menstabilkan dan menurunkan TEKANAN DARAH TINGGI 
3)Merendahkan KOLESTROL dalam tubuh 
4)Menstabilkan tahap gula dlm darah 
5)Mencegah Salur darah yg tersumbat dan melindungi JANTUNG 
6)Mengatasi sakit SENDI 
7)Membantu memulihkan pesakit STROK dan banyak lagi masalah lain 
Siapa yang tak boleh ambil PhytaX? 
1)Wanita di peringkat awal kehamilan. Selepas trimester pertama, ianya dibolehkan jika berkeperluan. 2)Kanak-kanak <18 tahun kecuali memerlukan
3)Boleh makan dengan ubatan lain ke? Jarakkan selama 30 minit di antara pengambilan
Eskayvie Phytax
Cara pengambilan :- 
1) 25 ml sekali sehari sejurus sebelum sarapan 2) Bagi kes yang serius atau kronik, ambil 25ml 2 kali sehari (pagi dan malam) 3) Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka 4) Sila minum air yang mencukupi 
Testimoni 
Makan durian berlebihan mengakibatkan Usahawan ini hampir jalani rawatan dialisi 
4 tahun disahkan menghidap kencing manis, darah tinggi dan perlu mengambil ubat untuk masalah buah pinggang. Namun begitu, En Nazir masih tetap ambil mudah tentang penjagaan kesihatan beliau. Malah, beliau telah lama tidak membuat pemeriksaan kesihatan sehingga tidak mengetahui status kesihatan buah pinggang. 
Encik Nazir Hussin

Risau dengan keadaan ayah yang sering stres, cepat letih dan mudah penat setiap kali pulang dari kerja, anak kesayangan mengesyorkan En Nazir untuk mengikuti program Diabetic Challenge. Apa yang mengejutkan, bacaan gula darah En Nazir sewaktu saringan awal sebelum program bermula adalah sangat tinggi iaitu 23.5mmol/l. Manakala ujian darah pula menunjukkan bacaan GFR berada di tahap 3B. Jika tidak dikawal, En Nazir berisiko untuk memasang ‘tapak’ bagi menjalani rawatan dialisis.
Durian

Doktor menasihatkan En Nazir untuk menjaga pemakanan dan bersenam agar bacaan GFR tidak menjadi lebih teruk. Namun begitu, kecintaan terhadap pulut, durian, nasi dagang dan ais krim membuatkan En Nazir melanggar segala nasihat dan pesanan doktor. Inilah kesilapan yang beliau kesalkan sehingga menjadi penyebab kepada keadaan masalah buah pinggang beliau menjadi semakin kronik dan hampir perlu menjalani dialisis. 
Testimoni 

Setelah menyedari betapa gentingnya keadaan kesihatan beliau dan risiko yang bakal dihadapi, En Nazir bertekad untuk mulai menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Untuk membantu mengawal bacaan gula darah, anak beliau telah mengesyorkan untuk mencuba Eskayvie PhytaX sebagai suplemen tambahan. Rasa Eskayvie PhytaX yang enak dan sedikit masam seperti buah anggur memudahkan En Nazir untuk mengamalkannya setiap hari. Sepanjang hidup, inilah kali pertama En Nazir mengamalkan suplemen dan Eskayvie PhytaX adalah satu-satunya suplemen yang diambil. 
Keluarga En. Nazir

Terkejut melihat hasil bacaan gula darah berjaya turun di bawah 5.5 mmol/l selepas mengamalkan Eskayvie PhytaX, beliau turut ingin memperbaiki bacaan GFR agar berada di tahap yang terbaik dan tidak perlu menjalani dialisis. Meskipun En Nazir masih lagi menjadi hantu durian, tetapi kini beliau lebih berhati-hati dalam setiap pengambilan dan terus kekal aktif bersenam bersama sokongan suplemen yang telah membantu mengekalkan bacaan gula darah beliau di bawah 5.5mmol/l. 
Kini En Nazir berjoging setiap hari. Apa yang paling menggembirakan, En Nazir tidak lagi perlu makan apa-apa ubat dan terus mengamalkan Eskayvie PhytaX sebagai suplemen harian.Sokongan daripada anak dan isteri yang sentiasa peka dengan aktiviti En Nazir telah memberikan motivasi kuat untuk beliau terus menikmati kehidupan yang lebih bererti.
Oleh itu, bagi membalikkan dan menyembuhkan diabetes, perkara utama ialah harus komited untuk merubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ini terutamanya untuk menjaga pemakanan dan senaman yang harus dilakukan secara istiqomah. 
Promosi Eskayvie Phytax

Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie PhytaX. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang. 
BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eldarwena.com/2021/04/phytax-membantu-merawat-masalah-kencing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surah Yunus Merawat Gout Darah Tinggi Kencing Manis

Surah Yunus Merawat Gout Darah Tinggi Kencing Manis

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 404 hits
Surah Yunus Merawat Gout Darah Tinggi Kencing Manis Penyakit gout kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit tiga serangkai yang banyak dihidapi oleh rakyat negara ini Ketiga tiga penyakit ini memerlukan kos rawatan yang tinggi dan mema...
10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 803 hits
Sumber FB Dr Zubaidi 10 Tips Turun Gula Dalam Darah 1 Melakukan senaman Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin Dengan senaman juga
Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil Boleh Kawal Kencing Manis

Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil Boleh Kawal Kencing Manis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 588 hits
Sejak zaman nenek moyang kita lagi menekankan pennggunaan halba ini Tapi khasiat halba untuk wanita selalunya ditekankan selepas ibu melahirkan anak yakni ketika pantang Tahu tak khasiat halba untuk wanita hamil juga sangat penting Ia dapat...
Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis

Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 591 hits
Apakah Simptom Dan Komplikasi Penghidap Penyakit Kencing Manis Penyakit kencing manis yang sememangnya tidak mengira usia boleh terjadi apabila kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat Kencing manis atau istilah perubatannya diabetes mellitu...
S 039 Pura Ikrar Sokongan Padu Kepada Perjanjian Who Tangani Kencing Manis

S 039 Pura Ikrar Sokongan Padu Kepada Perjanjian Who Tangani Kencing Manis

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 317 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura mengikrarkan sokongan kuat kepada satu komitmen baru antarabangsa bagi menangani penyakit kencing manis Perjanjian Kencing Manis Sedunia atau Global Diabetes Compact itu dipelopori Pertubuhan
Bila Pula Pn Tawar Kerjasama Kepada Pkr Jawatan Kepada Anwar Anwar Kencing Lagi

Bila Pula Pn Tawar Kerjasama Kepada Pkr Jawatan Kepada Anwar Anwar Kencing Lagi

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 200 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan yang dia tidak akan menyertai golongan pengkhianat meskipun ditawarkan jawatan dalam kerajaan Dalam dialog anjuran Majlis Profesor Negara di Kajang hari ini Anwar ditanya kenapa dia tidak bekerjasama de...
Bila Cikgu Kencing Berdiri

Bila Cikgu Kencing Berdiri

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 322 hits
Selamat pagi cikgu Sungguh beradap Upin Ipin Memang pun itulah ucapan tanda hormat pada cikgu masa kecik kecik dulu Bila habis kelas kita pun ucapkan Terima kasih cikgu Kita ucapkan kuat kuat penuh semangat tanda kita mengiktiraf jasa dan k...
Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 312 hits
Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan bazar Ramadan dan Aidilfitri dua hari sebelum umat Islam mengerjakan ibadah puasa menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga di negeri itu Biarpun Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedikit pa...
Kenapa Air Kencing Tidak Berbau Walaupun Makan Petai

Kenapa Air Kencing Tidak Berbau Walaupun Makan Petai

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 554 hits
KENAPA AIR KENCING TIDAK BERBAU WALAUPUN MAKAN PETAI Makanan yang dimakan akan mengubah bau pada air kencing Asparagus petai jering dan bawang putih mengubah bau air kencing dan bau menyebabkan seluruh tanda berbau tidak menyenangkan Ini ke...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025