Phone Hilang Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda


Phone hilang? Jika anda pernah kehilangan handphone disebabkan oleh kecuaian atau kecurian, maka anda mungkin senasib dengan saya. Phone saya telah tercicir daripada poket saya disebabkan oleh kecuaian saya sendiri ketika menunggang motosikal. Pakailah lagi seluar pendek, habis jatuh di atas jalan tar dan diambil orang. Mujur saya boleh trace balik lokasi telefon bimbit saya.
MACAM MANA BOLEH HILANG? SKIP KE BAHAGIAN MUAT TURUN JIKA TIDAK MAHU MEMBACA CERITA
Pagi itu saya terbangun awal sekitar jam 5 pagi. Kebetulan pula saya terbangun disebabkan lapar. Bila dah lapar di Jam 5 pagi, saya fikir ini masa yang sesuai untuk mencari makanan diluar sana. Maka bersarapan la kita di awal pagi kerana kebiasaannya saya akan bersarapan pada jam 7 pagi. Tapi pagi ini awal pula.
Keluarnya saya daripada rumah, saya lihat tempat biasa saya membeli nasi lemak tidak buka lagi. Saya fikir mungkin akak ini buka sekitar jam 6.30pagi, maka saya terpaksa menggunakan motosikal untuk bergerak keluar. Carilah saya kedai yang menjual nasi lemak.
Usai keluar, saya ternampak satu kedai yang menjual sarapan pagi. Saya pun apa lagi, saya berhenti dan terus membeli nasi lemak sotong untuk alas perut sebelum bergerak ke office. Sambil-sambil berurus niaga, saya berbuallah dengan akak penjual nasi lemak ini macam seolah-olah dah lama kenal.
Saya: Akak sorang ke pagi ni?
Akak: Ha’ah dik. Abang dia pergi pasar kejap.
Saya: Owh ye ke, saya orang baru kat sini kak. Saya nak tanya kak, pasar di mana?
Akak : Eh pasar dekat je, betul2 dekat pekan Sungai besi. Adik lalu je boleh nampak.
Saya: Owh ye ke. Baik-baik2. Saya singgah kejap la ke sana.
Sesudah dapat nasi lemak Bersama milo ais (awal pagi tu beli milo ais), saya pun menunggang motosikal terus bergegas ke pasar. Masa itu telefon bimbit saya selamat je. Sampai la nak balik.
Bila saya sudah balik di parking motosikal, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Poket begitu ringan nak nipis. Aduh, mana handphone ni?
MEMANG PHONE HILANG LA TU Ah sah!! Tak lain tak bukan memang tercicir la ni. Saya dengan sepantas kilat menaiki motosikal dan pergi ke laluan yang saya lalui tadi untuk mencari phone saya. Malangnya saya tak jumpa. Dua kali saya lalu dan keputusannya masih sama.  Hampa rasanya.
Memandangkan saya panik, perkara pertama yang saya lakukan adalah dengan balik ke rumah semula dan pinjam telefon bimbit housemate. Saya call phone saya yang hilang tu. 2 ke 3 kali saya call tak berangkat. Mujurlah nasib saya baik, kali ketiga saya call ada juga orang yang angkat. Memang sah ada orang ambil. Laju buat kerja.
Dengan sopan saya menerangkan tentang keadaan yang sedang berlaku dan bagaimana kita boleh berjumpa untuk selesaikan masalah ini. Saya berfikiran positif kerana saya percaya masih ada ramai lagi orang baik di luar sana.
Ketika saya berurusan dengan si pengambil telefon itu, suara bising bunyi angin menyebabkan saya kurang jelas dengan setiap percakapannya. Barangkali, dia sedang menunggang motor ketika bercakap dengan saya.
Yang pasti, beliau mahu beri kerjasama dengan saya untuk memulangkan telefon. Cuma keadaan tu agak mengirap sikit la. Location tak ada, landmark pun tak tau. Maka saya mula buat kerja saya dengan muat turun aplikasi penjejak phone yang hilang. (untuk android sahaja)
1. MUAT TURUN APLIKASI PENGESAN Jika anda kehilangan telefon bimbit dan ingin mengesannya, perkara pertama yang  anda perlu buat ialah memuat turun aplikasi “Google Find my device” yang dibangun oleh Google LLC di Google Playstore. Saya pun buat benda yang sama, saya pinjam telefon bimbit housemate saya untuk mengesan lokasi telefon bimbit saya. Maklumlah bual bicara bersama si pengambil telefon bimbit saya tu kurang jelas, maka saya terpaksa ambil alternatif lain dengan mencari sendiri telefon bimbit itu. Ini sebagai jaminan kepada diri saya untuk memastikan telefon bimbit saya selamat. Jadi muat turun la dulu.
Pautan: Google Find My Device

Ini paparan muka depan aplikasi
Selesai muat turun, gambar di atas ini merupakan paparan muka depan aplikasi. Kebiasaannya jika anda pemilik telefon bimbit yang anda gunakan, anda tidak perlu log masuk as guest, continue sahaja. Akan tetapi disebabkan anda kehilangan telefon bimbit anda, maka anda perlu “sign in as guest” untuk mulakan misi pencarian telefon bimbit tersebut. jadi sila sign in.

Sila masukkan email dan password diruangan yang disediakan. Selepas tekan submit, aplikasi ini akan meminta permission daripada anda untuk mengakses peranti yang digunakan. Ini bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakses GPS yang digunakan sekarang. Pastikan anda menekan setuju. Sebaik sahaja anda menekan setuju, maka anda akan dapat page seperti dibawah ini.

Ini antara muka aplikasi find my device yang boleh digunakan untuk mencari telefon bimbit anda menggunakan GPS. Antara perkara yang dipaparkan ialah lokasi, jenis phone, keadaan bateri, penyedia perkhidmatan dan bantuan lain. Berikut pula merupakan perincian yang mungkin serba sedikit membantu anda.
PERINCIAN PENGGUNAAN Ikon berwarna hijau Icon berwarna hijau itu menunjukkan dimana lokasi telefon bimbit anda. Jika ia bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain, ini bermakna telefon bimbit anda telah diambil orang lain.
Ikon berwarna biru Ikon ini menunjuk dimana lokasi anda berada.
Google Map Jika anda ingin mengejar atau ingin mengikuti jejak telefon bimbit ini menggunakan GPS, maka anda boleh klik di ikon google map untuk memulakan urusan pencarian.
Jenis telefon bimbit Adakalanya satu email didaftarkan untuk lebih daripada satu peranti. Jadi mereka menyediakan perincian maklumat mengenai phone yang disyaki dicuri untuk rujukan anda.
Play Sound Jangan bunyikan butang “play sound” ini ketika telefon bimbit anda jauh daripada anda kerana bimbang mereka dapat mengesan yang anda sebenarnya sedang menjejaki mereka. Maka saya bimbang anda akan kehilangan jejak kerana telefon bimbit akan dimatikan.
Secure Device Anda boleh lock telefon bimbit anda disertai dengan mesej sekali kepada mereka supaya dapat bantu untuk mendapatkan kembali peranti tersebut. Lock ini hanya sekadar memberi bantuan keselamatan tambahan kepada maklumat anda. Incase tak dapat maklum balas, fungsi ini sedikit sebanyak membantu.
Erase Device Jejak sudah, lock sudah, harapan sudah tiada, maka fungsi ini sangat penting untuk dilakukan iaitu reset telefon bimbit anda agar maklumat-maklumat penting seperti gambar, no telefon, ewallet, dan maklumat peribadi lain terhapus sama sekali.
KELEMAHAN FIND MY DEVICE Selepas mengetahui tentang cara untuk menggunakannya, sekarang kita ketahui juga beberapa kelemahan aplikasi ini walaupun ianya dihasilkan Google.
Kurang Accurate Saya pun tak faham kenapa aplikasi ini adakalanya tidak accurate di saat cemas walaupun anda pakai peranti flagship iaitu kelas tertinggi bagi sesuatu jenama. Walhal jika anda menggunakan Google Map atau Waze, elok je gunanya. Tapi kalau nak mengesan telefon bimbit yang hilang, kurang tepat. Macam pengalaman saya, kedudukan device saya lari lebih kurang 100 meter. Tapi masih lagi berada didalam radius tersebut.
Keluar notification pemberitahuan Saya tak kisah pun tentang notification ini keluar untuk memberitahu kepada saya tentang lokasi telefon saya. Cuma bagitau la pada saya. Yang bagitau pada phone yang hilang tu buat apa. Ini dah la telefon bimbit kita hilang dan dimiliki oleh stranger, dia siap keluar notification “Find My Device located this device” kat telefon yang hilang seolah-olah memberitahu kepada  si tukang jumpa atau tukang curi ini untuk tahu bahawa telefon bimbit ini sedang ditrace. Apa kejadahnya benda tu.
Baik itu sahaja kelemahan buat masa ini.
KEADAAN PHONE YANG HILANG Berikut pula keadaan phone saya yang hilang. Alhamdulillah bro tu memulangkan semula phone saya ini. Cuma saya perlu ambil sendiri phone ini daripadanya kerana dia terpaksa membuka kedai untuk sarapan pagi. Jadi nak tak nak saya kena jumpa juga.
Ini keadaan phone saya selepas dijumpai.

Bahagian depan phone ini retak akibat jatuh di atas jalan tar. Mujurlah tempered glass ini tebal. Jadi yang retak itu tempered glass, bukannya screen.

Belakang pula calar teruk. Memang mengurangkan terus value handphone ini. Tapi tidak mengapalah, yang paling penting adalah isi dalam ini. Saya simpan ewallet didalam ini. Kebetulan pula saya tak setkan password secara individu bagi setiap aplikasi ini. Ewallet seperti Boost dan kiplepay saya boleh recover lagi, ewallet bitcoin memang harapan la. Saya pakai cold wallet dalam tu. Handphone hilang, duit pun hilang.
Jadi itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
The post Phone Hilang? Ini Tip Mudah Mengesan Peranti Anda appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/mengesan-phone-hilang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan

Tip Mudah Bangun Awal Pagi Yang Boleh Diamalkan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 403 hits
Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit Kenyataan ini benar Namun ianya tidak bermakna kece...
Tip Mudah Packing Barang Travel Dan Pakaian Yang Wajib Anda Bawa

Tip Mudah Packing Barang Travel Dan Pakaian Yang Wajib Anda Bawa

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 493 hits
Tip Mudah Packing Barang Travel Dan Pakaian Yang Wajib Anda Bawa Bermula minggu ini musim cuti sekolah bermula dan pastinya ramai yang merancang untuk pergi berjalan jalan makan angin dan melancong Bagi seorang lelaki biasanya tak perlu pen...
Anak Selalu Demam Selepas Suntikan Imunisasi Doktor Kongsi Tip Mudah Boleh Buat

Anak Selalu Demam Selepas Suntikan Imunisasi Doktor Kongsi Tip Mudah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 309 hits
Anak berusia lima bulan Dia sering demam selepas menerima suntikan imunisasi Adakah hal ini normal Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan bayi atau kanak kanak demam selepas menerima suntikan ini Jawapan Suntikan imunisasi yang diberik...
Cara Mudah Buat Coco Jar Dengan Dua Bahan Sahaja

Cara Mudah Buat Coco Jar Dengan Dua Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 723 hits
Adik balik cuti hujung minggu ke rumah bawa balik sebalang koko jar sebagai kudapannya Dia beli di kampus RM10 sebalang pastu macam tak puas makan Kak Long apa lagi pi la search kat IG Khairung Aming feveret dia tu tengok cara nak buat coco...
Ma Ruf Amin Paparkan Visi Misi Anak Bisa Kuliah Ibu Bisa Belanja Mudah Dapat Kerja

Ma Ruf Amin Paparkan Visi Misi Anak Bisa Kuliah Ibu Bisa Belanja Mudah Dapat Kerja

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 293 hits
Ma ruf Amin mengatakan dalam bidang kesehatan Jokowi Ma ruf akan melanjutkan program Jaminan Kesehatan Nasional dan Program Keluarga Harapan yang telah dijalan di masa kepemimpinan Jokowi Jusuf Kalla Menurut dia program pendidikan dengan me...
Melayu Islam Perlu Berpecah Supaya Mudah Dap Merompak Menjarah Dan Kemudian Lari Ke Luar Negara Bawa Harta Rampasan

Melayu Islam Perlu Berpecah Supaya Mudah Dap Merompak Menjarah Dan Kemudian Lari Ke Luar Negara Bawa Harta Rampasan

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 606 hits
Dia kata PRK kali ini tidak boleh bagi UMNO menang sebab mesti bagi UMNO lenyap Dia kata kalau PAS dan UMNO bekerjasama habislah kita Jika PAS dan UMNO bekerjasama mereka ada 70 undi orang Melayu UMNO 40 tambah PAS 30 Jikalau Kita dapat und...
Mudah Ibu Ini Biasakan Anak Bertudung Sejak Kecil Caranya Bagi Pujian Pelbagaikan Corak Comel

Mudah Ibu Ini Biasakan Anak Bertudung Sejak Kecil Caranya Bagi Pujian Pelbagaikan Corak Comel

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 255 hits
Biasakan anak bertudung sejak kecil lagi mudah berbanding kita nak memaksanya bila dah besar Walaupun tak diwajibkan lagi untuk anak kecil apa salahnya kita membiasakannya supaya mereka rasa seronok Tip dari Puan ini yang mendidik dua anak ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation