Bahan utama - satu pek perencah Nasi Briyani jenama Maggi. Satu pek ni dicadangkan untuk 4 orang (bersamaan 2 cawan beras), tapi selalu jugak saya buat untuk 6 orang (bersamaan 3 cawan beras) supaya rasa rempahnya berkurangan dan sesuai untuk anak kecil/orang tua
Bahan-bahan untuk Nasi Briyani :2 cawan beras basmathi (rendam ~15 minit)1 pek perencah nasi briyani Maggi dijadikan pesbawang besar potong daduhirisan isi ayamkismisbadam
Mula-mula kita On BAKE - CHICKEN untuk proses menumis. Masukkan sedikit minyak sapi (saya guna minyak masak biasa je), lepas minyak panas bolehlah tumis bawang besar. Kemudian masukkan hirisan ayam supaya ia digoreng sedikit kecut. Akhir sekali, masukkan pes Nasi Briyani Maggi. Tumis sehingga keluar minyak seperti dalam gambar
Masukkan pula beras, kacau seketika bersama bahan tumis tadi. Kemudian masukkan air, sukatan ikut je paras untuk 2 cawan beras yang ditandakan dalam periuk PPC ni. Masukkan kismis dan badam (jika ada), kacau sikit dan off BAKE.
Sekarang kita nak masak nasi pulak. Tutup periuk, tombol SEAL. On STEAM/STEW → KEEP PRESSURE TIME (KPT) → tekan MIN. sehingga 7 minit → Start.
Selepas sekitar 11 minit, PPC berbunyi beep. Off PPC untuk mengelakkan nasi berkerak dan biarkan tekanan dilepaskan secara automatik. Kalau nak cepat makan, boleh lepaskan tekanan secara manual. Beginilah rupa Nasi Briyani kita. Kacau nasi guna chopstick untuk mengelakkan beras patah
Nasi Briyani saya kali ni dihidang bersama Ayam Masak Merah dan pencuk. Kalau tak buat pencuk, biasanya saya gantikan dengan salad dan tomato. Satu lagi yang kurang - papadom, tak simpan stok pulak|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |