Kenapa Pengeluar Peranti Perlu Menggunakan Api Camerax Dari Google


Google Pixel 2 dan Huawei P20 telah mengubah dunia fotografi pada telefon pintar. Pixel terkenal dengan kemampuan mengambil gambar bokeh yang hebat lagi cantik dengan satu lensa. Manakala Huawei pula kemampuan fotografi waktu malam dengan kecerdasan buatan sahaja. Sejurus selepas dua peranti ini memperlihatkan kemampuan fotografi hebat mereka, ramai pengeluar peranti lain mula mengikut jejak langkah Google dan Huawei – untuk menggunakan perisian lebih, perkakasan kemudian pada fotografi.
Jika anda lihat, banyak peranti pintar sekarang tidak kira peranti mercu ataupun tidak – pasti akan ada pasca proses yang lama selepas mengambil gambar dan akan ada banyak pilihan mod atau penuras yang dikatakan telah dioptimasikan atau dikuasakan oleh sistem kecerdasan buatan. Dalam artikel ini, saya akan lebih fokuskan kepada Google dan Google Pixel. Ini kerana, aplikasi kamera Google Camera atau GCam banyak diubahsuai dari peranti Pixel agar boleh digunakan pada peranti lain. Untuk menggunakan GCam ini pula, sesebuah peranti itu perlu mempunyai API kamera Camera2API diaktifkan.
Apa itu Camera2API?Untuk pemahaman anda semua, secara ringkasnya – ia adalah satu sumber kod yang tersedia dalam AOSP. Bergantung kepada pembangun sistem operasi, sama ada ingin menggunakannya ataupun tidak. Kebanyakan peranti Android yang dijana Snapdragon dan menjalankan Android 9.0 Pie dan ke atas, sudah mempunyai Camera2API ini aktif. Manakala lain-lain perlu diaktifkan secara manual atau pengeluar peranti sudah pun mengaktifkannya. Kerana API ini mula diperkenalkan pada Android 5.0 Lollipop.

Camera2API ini adalah kod yang mengaktifkan beberapa ciri dan fungsi tambahan pada aplikasi kamera yang terdapat pada peranti. Antaranya adalah kawalan manual atau kawalan profesional. Dengan Camera2API aktif pada peranti, pengguna boleh kawal kelajuan pengatup (ISO, shutter speed), fokus, mengambil gambar RAW, dan menambah pelbagai fungsi lain. Bukan itu sahaja, Camera2API ini juga mempunyai had berbeza. Berikut adalah jenis-jenisnya;
Legacy: Ciri-ciri dari Camera1API dikekalkan, tetapi fungsi Camera2API yang ditambah adalah terhad.Full: Semua ciri dan fungsi Camera2API diaktifkan.Camera2API Level 3: Lebih kurang macam Full, tetapi ia adalah versi yang lebih dita,bah baik dengan kemampuan tambahan seperti mengambil gambar RAW dan lain-lain.Pada Google I/O 2019 tahun lepas, Google telah memperkenalkan pula API kamera baru yang diberi nama CameraX.
Apa pula CameraX?CameraX adalah API yang mengaktifkan fungsi mod potret, HDR, mod malam dan lain-lain fungsi/ciri moden. Kita sudah lihat selama dua tahun, 2017 dan 2018 melalui siri Pixel 2 dan Pixel 3 – kemampuan kamera Google Pixel adalah hebat. Walaupun bukan yang terbaik tetapi cukup hebat. CameraX masih dibangunkan berasaskan Camera2API, tetapi Google telah menambah beberapa kemampuan untuk pembangun sertakan ciri dan fungsi unik aplikasi kamera dari pengeluar ke dalam extension atau pemalam.
Pemalam ini adalah seperti mod potret , mod malam seperti Night Sight, fungsi HDR, atau juga fungsi-fungsi pembelajaran mesin. Maksud pemalam di sini adalah, ia bukan dari Google. Contoh, jika pengeluar ada fungsi penuras kecantikan AI – ia hanya boleh digunakan daripada aplikasi kamera terbina dalam peranti sahaja. Jika anda muat turun aplikasi kamera pihak ketiga, fungsi penuras tadi tidak boleh digunakan. Jadi jika pengeluar peranti menggunakan CameraX dan sertakan fungsi unik mereka ke dalam pemalam tersebut, mana-mana aplikasi kamera pihak ketiga turut boleh menggunakan fungsi dan ciri tambahan dari aplikasi kamera terbina.

Masih tidak faham? Misal kata anda gemar menggunakan mod potret pada peranti OnePlus, ada kemampuan ubah jenis kabur ada fokusnya yang tersendiri dan sebagainya. Tetapi anda tidak menggemari aplikasi OnePlus Camera dan lebih gemar menggunakan GCam atau Open Camera. Jika OnePlus sertakan mod potret mereka dalam CameraX, mana-mana aplikasi kamera pihak ketiga akan menggunakan mod potret dari OnePlus.
Perkara ini turut tertakluk kepada kemampuan peralihan lensa, seperti dari lensa zum ke lensa sudut ultra lebar. Jika pengeluar menggunakan CameraX tidak dinafikan aplikasi Instagram boleh menggunakan pelbagai lensa berbeza dari sesebuah peranti.
MasalahSemua pengeluar peranti Android adalah berlagak. Mereka fikir mereka terlampau hebat, sehinggakan setiap peranti ada API kamera tersendiri. Ada pengkodan mereka tersendiri. Sistem kamera pada peranti-peranti Android tidak mempunyai rangka kerja (framework) yang selari. Perkara ini menjadikan pembangun aplikasi kamera pihak ketiga sukar mengimplementasikan fungsi-fungsi menarik. Contoh sekarang adalah Samsung. Sejak Galaxy S1o dan ke atas, Instagram ada terbina pada bahagian kamera (kini diganti dengan Single Take). Ia memudahkan pelbagai mod rakaman digunakan untuk terus terbit ke Instagram. Tetapi Instagram perlu sertakan kod-kod tertentu dalam aplikasi mereka, agar hanya peranti Samsung dapat akses seperti ini. Tiba sahaja peranti Android lain, ia tidak berfungsi.

Google pula dalam panduan pembangunan Android berdasarkan AOSP, tidak mewajibkan pengeluar peranti gunakan CameraX. Disebabkan itu, pengeluar bebas membangunkan apa jua jenis aplikasi kamera.
Jika anda ada baca artikel di Amanz sebelum ini, Moment iaitu syarikat yang menghasilkan lensa modular untuk pelbagai peranti Android dan iOS telah menghentikan pembangunan aplikasi Pro Camera mereka untuk Android. Ini kerana banyak fungsi dalam aplikasi mereka tidak disokong oleh banyak peranti Android. Contoh; paparan histogram warna, perpisahan fokus, kawalan manual pendedahan cahaya, ISO, dan banyak lagi. Moment hanya akan terus bangunkan untuk iOS sahaja kerana rangka kerja kamera iOS adalah selari untuk semua peranti iPhone dan iPad.
Penyelesaian Bergantung Kepada Pengeluar!Semua pengeluar WAJIB! Mengimplementasikan fungsi dan ciri aplikasi mereka ke CameraX. Dengan melakukan perkara sedemikian, pembangun aplikasi kamera pihak ketiga tidak perlu kerap mengemaskini aplikasi kamera untuk disokong oleh peranti tertentu. Sebaliknya, semua peranti Android akan menyokong aplikasi tersebut. Oppo baru-baru ini telah menyertakan mod kecantikan dan mod HDR mereka ke dalam CameraX. Jadi mana-mana aplikasi kamera pihak ketiga sepatutnya akan menyokong mod-mod ini.

CameraX turut menyokong peranti-peranti lama sehingga Lollipop, jadi ada kemungkinan besar peranti-peranti lama dengan kemampuan kamera yang lemah boleh mencuba fungsi menarik Oppo. Sudah tentu, ia adalah untuk Oppo sahaja. CameraX ini bukan memberi semua peranti Android fungsi yang Oppo tawarkan.
Google sebelum ini pernah mengeluarkan senarai peranti yang menggunakan CameraX pada peranti mereka. Huawei telah menyertakan mod HDR dan mod potret pada siri Mate 20, siri P30, Honor Magic 2 dan Honor View 20. Tetapi Huawei dan Google ada masalah sekarang, jadi tidak pasti jika mereka masih menggunakan API yang sama ataupun tidak. Disebabkan peranti Huawei yang terkini masih menjalankan Android, ada kemungkinan API yang sama masih digunakan. Samsung pula telah menyertakan fungsi HDR, mod malam, mod kecantikan dan mod auto mereka pada siri Galaxy Note 10.
Tetapi, sudah berbulan lamanya Google tidak kemaksini senarai ini. Mereka sudah minta dari pengeluar-pengeluar, tetapi masih tidak menerima maklum balas. Menurut Google beberapa peranti baru Samsung, LG, OPPO, Xiaomi, dan Motorola ada menyertakan pemalam-pemalam tertentu pada CameraX tetapi tiada spesifik pemalam apa yang digunakan.
Jika pengeluar semua menggunakan CameraX, kelak IG Story, video-video di Facebook atau Snapchat akan mempunyai kualiti yang tinggi seakan iPhone. Jika tidak, selama-lamanya akan mempunyai kualiti CCTV atau 3gp. Pixel dan Samsung telah memperlihatkan kualiti IG Story yang lebih baik. Pengeluar lain bila lagi?
Kemudian, pengguna yang masih menggunakan peranti Android lama turut akan mempunyai faedah ini jika pengeluar menggunakan CameraX. Jika mereka sudah bosan dengan aplikasi kamera terbina, boleh sahaja menggunakan aplikasi kamera lain dengan kekal mempunyai pelbagaui fungsi dan ciri sama dari aplikasi kamera asal.
Harapnya suatu hari nanti, Google akan mewajibkan penggunaan CameraX jika ingin menggunakan AOSP Android. Sepertimana yang Google wajibkan setiap pengeluar menyertakan fungsi pengecasan pantas Power Delivery pada semua peranti Android.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/04/kenapa-pengeluar-peranti-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Dilaporkan Meminta Pengeluar Menyertakan Label Sokongan Aplikasi Google Pada Kotak Jualan

Google Dilaporkan Meminta Pengeluar Menyertakan Label Sokongan Aplikasi Google Pada Kotak Jualan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 371 hits
Google sedia mempunyai beberapa tetapan kepada pengeluar peranti dalam membolehkan mereka menggunakan sistem operasi Android dan juga Google Play Services Terbaru hadir beberapa laporan memperlihatkan Xiaomi telah mengatakan yang maana Goog...
Kenapa Google Tidak Akan Hadir Dengan Peranti Mercu Tahun Ini

Kenapa Google Tidak Akan Hadir Dengan Peranti Mercu Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 247 hits
HTC Samsung Motorola LG Huawei dan Asus pernah bekerjasama dengan Google untuk hasilkan peranti Nexus Nexus pada suatu ketika dahulu adalah satu satunya peranti yang menjalankan sistem operasi Android asli dengan kemaskini pantas dari Googl...
Kereta Api Wilayah Sumsel Dihentikan Sementara Karena Sepi Penumpang Lrt Dikurangi

Kereta Api Wilayah Sumsel Dihentikan Sementara Karena Sepi Penumpang Lrt Dikurangi

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 179 hits
Kepada calon penumpang yang sudah membeli tiket pihak PT KAI akan mengembalikan biaya sepenuhnya alias tanpa potongan
Gerabak Kereta Api Jadi Wad Isolasi

Gerabak Kereta Api Jadi Wad Isolasi

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 135 hits
New Delhi Gerabak kereta api di India diubah suai kepada wad isolasi susulan peningkatan pesakit Covid 19 di negara itu Lapor Gulf News pekerja membuat semburan nyahkuman di gerabak kereta api yang akan digunakan sebagai wad bagi menempatka...
Mufti Apa Ni Khalid Samad Dakwa Mufti Perlis Bakar Api Perkauman

Mufti Apa Ni Khalid Samad Dakwa Mufti Perlis Bakar Api Perkauman

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad membidas Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainal Abidin yang disifatkan cuba bermain sentimen perkauman Khalid melalui ciapan di laman Twitter sebentar tadi mempertikaikan kenyataan Asri b...
Cegah Corona Kepala Daerah Bisa Minta Kereta Api Tak Singgah Di Daerahnya

Cegah Corona Kepala Daerah Bisa Minta Kereta Api Tak Singgah Di Daerahnya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 181 hits
Tidak adanya larangan mudik menjadi salah satu hal yang menjadi perhatian dalam upaya pencegahan penyebaran Covid 19
Bmw Memperlihatkan Tren Kuasa Untuk Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen

Bmw Memperlihatkan Tren Kuasa Untuk Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 205 hits
Ramai percaya kenderaan elektrik ialah evolusi seterusnya untuk kelangsungan industri automotif Tetapi kekurangan yang nyata kenderaan elektrik pada waktu ini ialah jarak operasi yang terhad kapasiti bateri yang kecil dan waktu pengecasan y...
Nantang Ni Kerja Dia Nak Kritik Aje Nak Api Rakyat Aje Bodoh Dok Tepat

Nantang Ni Kerja Dia Nak Kritik Aje Nak Api Rakyat Aje Bodoh Dok Tepat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 245 hits
Pakej rangsangan hanya berkesan bantu rakyat 2 bulan kata PH PETALING JAYA Pakatan Harapan mengalu alukan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion untuk menangani impak Covid 19 tetapi inisiatif yang diumumkan pada Jumaat hanya dapat ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip