Cara Mudah Tanam Tomato Di Rumah Dengan Hanya Menggunakan Bijinya
As Salam,
Cara Mudah Tanam Tomato Di Rumah Dengan Menggunakan Biji- Sungguhlah.Saya sangat bersyukur apabila minat terhadap dunia perkebunan menjadikan saya semakin serius belajar dan mendalami pelbagai ilmu menanam sayuran dan tanaman lain.Kadang-kadang gigih bukak Youtube atau follow mana-mana grup berkebun di FB,semata-mata nak dapatkan tips dan tengok cara orang lain berkebun.Gembira tengok tanaman kawan-kawan yang subur dan menjadi
Tomato adalah sayuran jenis berbuah yang sering digunakan dalam masakan di Malaysia
Gambar ini saya pinjam dari SINI
Pagi tadi, saya sempat buat sedikit aktiviti menyemai biji benih tomato dengan merujuk kepada cara menanam yang dikongsikan di Youtube.Memang mudah sangat dan hasilnya pokok tomato tumbuh hijau dan subur.Tak perlu kita beli biji benih di nursery, Shopee atau Lazada.Best kan
Cara Mudah Tanam Tomato Di Rumah Dengan Menggunakan Biji
Sebelum kita nak mula tanam tomato dari bijinya, kita kena sediakan bekas semaian dan juga tanah yang sesuai.Saya gunakan tanah hitam yang dibeli di Tesco.Bekas biru itu, saya panggil tapis.Guna bekas jenis ni sebab dah sedia berlubang-lubang bagi memudahkan pengaliran air.Saya alas dengan kitchen tissue sebab ia lembut dna mudahkan air mengalir.Selain itu, tujuannya supaya tanah tak bersepah keluar dari bekas
Okey, saya dah masukkan tanah dalam bekas semaian.Cukup letak tanah separuh dari aras bekas.Kemudian siram tanah dalam bekas semaian dengan air supaya tanah menjadi lembut dan mudah untuk digemburkan
Ini benih biji tomato yang sudah saya potong nipis kepada beberapa bahagian.Hirisan tomato inilah yang akan kita tanam dalam bekas semaian bersama dengan biji tomato yang terdapat dalam hirisan tomato. Sebiji tomato tu adalah saiz buah tomato yang saya beli.Jadi, saya buat anggaran, jika ada rezeki, buah tomato saya nanti akan sebesar itu saiznya.aamin
Orait, beginilah caranya kita semai benih tomato melalui hirisan tomato yang sudah masak
Hirisan tomato tadi saya dah kambus atau timbus dengan tanah hitam sekali lagi.Tujuannya supaya benih tomato tadi dapat tumbuh dan menjadi anak pokok tomato.Kemudian, saya spray dengan sedikit air atas tanah tu
Kalau ikut jadual penanaman pokok tomato, ia akan mulai tumbuh dan mengeluarkan daun selepas 7 hari atau 10 hari.Saya letakkan di tempat yang mudah mendapat cahaya matahari secara minima dahulu. Katanya selepas 3 bulan, kita sudah boleh menuai hasil daripada tanaman tomato ini.Okey, kita tunggu dan lihat ya:)
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya cuba menanam tomato dengan kaedah ini.Selalunya, saya hanya mampu tengok je pokok tomato orang lain hidup subur.hihi
Ini adalah antara cara saya mengisi masa tatkala kita semua dalam PKP.Mudah-mudahan saya ada rezeki untuk menjaga pokok tomato ini sehingga besar dan membuahkan hasil.aamin
Thanks reading this entry, Selamat berkebun kepada readers-readers saya yang berminat dengan tanaman dan sayuran seperti saya, semoga Allah jadikan kesukaan dan minat kita ini sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan keluarga kita.aamin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/cara-mudah-tanam-tomato-di-rumah-dengan.html