Philips Pressure Cooker Kacang Kuda Rebus


Dah terlalu lama saya tak buat entri masakan menggunakan Philips Pressure Cooker (PPC). Sebabnya, sejak berpindah ke PP ni memang saya jarang memasak macam-macam. Jarang guna PPC. Gaya hidup minimalis - keperluan rumah termasuklah peralatan di dapur tak selengkap seperti di rumah NS. Pinggan & cawan pun cuma untuk beberapa orang saja tau 🤭. Mudahlah bila-bila kami nak berpindah semula ke NS nanti, tak terlalu banyak barang perlu diuruskan

Berbalik kepada tajuk entri, hari ni bermula cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina tetapi saya tak ke mana-mana. Teringat kacang kuda yang dibeli di kedai Shopee masih berbaki sebungkus. Jomlah kita masak…
1 kg kacang kuda mentah dibeli dengan harga RM8.50. Basuh dengan cara lalukan air bersih. Saya tak rendam semalaman sebab nak masak menggunakan periuk tekanan

Terus masukkan kacang kuda ke dalam PPC. Letak air melebihi paras kacang, jangan sikit sangat tau sebab kacang tu perlukan air untuk kembang. Lepas tu saya tambahkan sesudu kecil garam, serbuk kunyit secukupnya dan helaian daun kari. Kacau-kacau sikit supaya mesra bahan yang kita tambah

Garam tu sebaiknya tambah bila hampir siap memasak, bila air rebusan tinggal sedikit. Tapi disebabkan agak leceh kalau nak buat begitu bila memasak guna PPC, jadi saya letak je di awal proses memasak. Serbuk kunyit saya tambah bertujuan memberi sedikit warna kekuningan pada kacang, nampak lebih menarik. Daun kari pula sebagai menambah aroma. Semua ni ikut suka nak letak atau tidak ya, terpulang kepada cita rasa sendiri

Lepas tu bolehlah tutup periuk. Pastikan tombol SEAL - pilih mod BEANS/TENDON - tambah KPT 10 minit - tekan START. Jumlah masa yang saya set adalah selama 40 minit (mod Beans/Tendon 30 minit + KPT 10 minit)

Hampir 60 minit kemudian, PPC berbunyi beep. Dah siap! Walaupun tadi saya set masa memasak 40 minit, tapi masa akan bertambah sebab proses nak memanaskan air rebusan akan mengambil masa

Tekan OFF dan biarkan sekitar 20 minit atau lebih sehingga tekanan dalam periuk dilepaskan secara automatik. Boleh tengok pin pada penutup, kalau dah jatuh ke bawah maksudnya dah boleh buka PPC tanpa sebarang tekanan dalam periuk. Atau kalau nak cepat, gunakan sudip panjang untuk tolak perlahan-lahan tombol ke VENT dan tunggu sehingga pin jatuh barulah buka penutup ya

Keluarkan kacang kuda yang telah direbus dan toskan sebelum dipindah masuk ke bekas simpanan. Inilah hasil daripada kacang kuda mentah sebanyak 1 kg tadi. Cukup banyak buat kudapan kami berdua selama beberapa hari

Kacang kuda rebus. Alhamdulillah memuaskan selera. Saya lebih suka makan semasa masih hangat. Kalau dah sejuk boleh panaskan semula dengan cara mengukus atau guna microwave (percikan air supaya kacang tak terlalu kering)

——————————————————————————-
Khasiat kacang kuda pada kesihatan :Mengawal penyakit kencing manis.Menghalang obesiti.Mencegah penyakit kanser.Mengurangkan risiko penyakit jantung.Menghalang penyakit hiperkolesterolemia.Mengawal penyakit tekanan darah tinggi.Menjaga kesihatan sistem pencernaan.Menghasilkan kesan estrogenik.Membantu pesakit anemia.Menjaga kesihatan kulit.Terbukti bahawa kacang kuda mengandungi kandungi nutrisi dan berkhasiat pada kesihatan. Kacang kuda berupaya dalam membantu mengurangkan risiko penyakit disebabkan oleh kandungan nutrisi dan komponen istimewa yang dijumpai dalam makanan tersebut.
Sumber dipetik dari laman web The Diagnosa. Bacaan lanjut berkenaan khasiat kacang kuda boleh klik DI SINI ya. Saya cuma kongsikan secara umumnya saja buat pengetahuan dan motivasi untuk kita menjadikan kacang kuda sebagai makanan pilihan. Ianya murah dan mudah dimasak.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/01/philips-pressure-cooker-kacang-kuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rebus Telur Guna Periuk Noxxa

Rebus Telur Guna Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 509 hits
Mama Yan punya blog ni betul betul caca marba Langsung takde tema Lifestyle lah kononnya kan Ke sana ke sini Ah lantak Janji berhapedet aje hihihih Hari ni nak cerita tentang telur rebus Selalu MY rebus telur macam biasa lah Rebus guna air ...
Gerai Kakna Mee Rebus Kampung Kedah Pb

Gerai Kakna Mee Rebus Kampung Kedah Pb

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum hai hampa gerai kakna mee rebus sudah mula kembali beroperasi seperti biasa dari pukul 12 tengahari hingga 6ptg jemput mai singgah ramai2 Lokasi gerai sebelah laman pengantin kg Kedah parit buntar perak Harga menu Mee rebus ...
Telur Rebus Tanpa Air Cantik Elok Ikut Teknik Ni Lagi Mudah

Telur Rebus Tanpa Air Cantik Elok Ikut Teknik Ni Lagi Mudah

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 181 hits
Telur rebus selain dijadikan makanan sampingan untuk makanan berkuah seperti mi kari dan sebagainya ia tetap jadi kesukaan anak anak kita Malah ada yang suka makan sebiji sehari kerana terlalu sukakan telur rebus Pun begitu merebus telur te...
Potret Restoran Mewah Terbengkalai Selama 2 Tahun Ada Mobil Jeep Dan Kereta Kuda

Potret Restoran Mewah Terbengkalai Selama 2 Tahun Ada Mobil Jeep Dan Kereta Kuda

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 174 hits
Restoran mewah ini terbengkalai selama 2 tahun sejak pandemi Covid 19 Uniknya di dalam restoran ini masih terdapat mobil Jeep dan kereta kuda Melansir dari akun YouTube Pakde KJ Rabu berikut potretnya
Kacang Buncis Tumis Dengan Udang

Kacang Buncis Tumis Dengan Udang

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 157 hits
Memang masak makan malam suatu perkara yang memeningkan kepala MY Sampai buntu nak masak apa untuk makan malam Kadang tu Malas nak fikir goreng telur kicap dengan bilis goreng je Makan dengan nasi Bukan malas nak masak Tapi malas nak fikir ...
Expanding On Kuda Liar Economic Theories

Expanding On Kuda Liar Economic Theories

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 169 hits
OSTB Yesterday I referred that economy fellow saying best to have economic system where checks and balances between politicians and economists in order to take into account all factorsOSTB Between politicians and economists You mean the fat...
Fighting Anti Palm Oil Lobby With Indonesia Will Put Pressure On Eu

Fighting Anti Palm Oil Lobby With Indonesia Will Put Pressure On Eu

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 276 hits
The strategic cooperation with Indonesia to fight the anti palm oil lobby will be able to put pressure on the European Union said Malaysian Palm Oil Board director general Ahmad Parveez Ghulam Kadir He said the move may be one option that t...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting