Philips All In One Series 8500 Diperlihatkan Di Klwf 2024 Gabungan Kolaborasi Syomirizwa Gupta X Shikha Grover
| Philips All-in-One Series 8500 Diperlihatkan di KLWF 2024 | Gabungan Kolaborasi Syomirizwa Gupta X Shikha Grover | Philips, yang cukup terkenal sebagai jenama peralatan domestik di seluruh dunia. Baru-baru ini Philips telah melancarkan satu lagi siri terbaru sterika iaitu Philips All-in-One Series 8500. Produk inovatif ini menggabungkan fungsi stim dan sterika dengan penggunaan yang cukup mudah dan prestasi yang hebat.
Gaya adalah perjalanan unik bagi setiap individu. Penyelesaian menyeterika serba lengkap Philips mengubah cara pengguna kami mengekspresikan gaya mereka, menawarkan pendekatan moden untuk menyeterika. Ia dilengkapi teknologi pemanasan dua kali ganda yang memberikan kuasa wap yang lebih hebat untuk menghilangkan kedutan pada sebarang kain yang boleh diseterika. Papan pelbagai sudut dan reka bentuk seterika ergonomik memastikan kemudahan penggunaan dan fleksibiliti supaya pengguna dapat kelihatan terbaik dengan mudah. - Bicara Mr Alin Koh, Ketua Pemasaran Pengguna untuk negara Singapura, Malaysia & Emerging Markets, Philips.
Buat pertama kali Siri Sterika All-in-One Philips diperlihatkan di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 sebagai rakan kolaborasi pakaian rasmi acara fesyen tersebut dimana jenama ini telah memperkenalkan siri terbaru Philips All-in-One Series 8500 dipentas peragaan.
Inilah antara koleksi Syomirizwa Gupta yang diperagakan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 bertempatkan di KLCC. Koleksi ini melambangkan keindahan seni, kasih sayang dan nilai persahabatan dengan Shikha Grover dari kimkara Design yang bertemakan - The Secret Garden Berspoke Collection Spring/Summer 2025/26. Dimana ia turut terkenal dengan seni lukisan asli yang boleh dipakai di pelusok dunia. Kolaborasi ini turut merapatkan hubungan antara Malaysia dan juga India. Hasil rekaan Syomirizwa Gupta cukup menakjubkan ini dihasilkan menggunakan palet warna yang cukup anggun, termasuklah teknik lukisan tekstil & teknik celup yang direka khas dari tangan Syomirizwa sendiri berinspirasikan dari India
Menurut Syomirizwa Gupta - Philips All-in-One 8500 siri baharu memudahkan saya menyiapkan koleksi saya dengan mudah. Inovasi produk yang serba boleh ini dan mudah digunakan dengan teknologi pemanasan dua kali ganda membolehkan saya menyeterika apa sahaja dan dengan cara yang saya suka. Koleksi ini boleh didapati dalam kain linen kapas, tulle, tafeta, satin berat, sutera, dan sifon. Teknologi OptimalTEMP menjamin tiada kesan terbakar pada semua jenis fabrik yang boleh diseterika, kerana koleksi ini mempunyai 70% hiasan yang menggabungkan kerja manik, labuci, zardozi, dan sulaman'
Syomirizwa turut menjelaskan kuasa wap ini mampu membunuh 99% bakteria, dan pemanasan cepat dalam 90 saat sahaja. Inovasi produk yang serba boleh, termasuk papan pelbagai sudut yang boleh berputar ke mana-mana posisi untuk anda menyeterika pakaian anda mengikut keselesaan anda sendiri.
Antara Ciri Menarik Siri Philips 8500 seperti:-
1. Teknologi Pemanasan Dwi: Ciri inovatif ini menggabungkan stim dan menyeterika untuk memastikan prestasi yang terbaika. Penembusan wap yang kuat mengatasi prestasi seterika wap tradisional dengan menghilangkan lipatan pada pakaian anda dengan berkesan, memastikan pakaian anda kelihatan cantik, tidak berkedut.
2. Tiada terbakar, jangan risau: Siri Philips All-in-One 8500 menampilkan teknologi OptimalTEMP, yang memastikan tiada kesan terbakar pada mana-mana fabrik yang boleh diseterika. Oleh itu, anda dengan yakin boleh menyeterika segala-galanya daripada seluar jeans hingga sutera tanpa rasa bimbang.
3. Versatil: Penyelesaian ini sesuai untuk menghilangkan kedutan pada pakaian, ia adalah alat serba boleh dengan tangki air boleh tanggal dengan mudah.
4. Pengendalian Mudah: Reka bentuk yang ergonomik, kompak dan kawalan mesra pengguna menjadikannya mudah untuk digunakan. Ia mudah untuk keperluan menyeterika dengan adanya roda bersepadu membolehkan anda mengalihkan sterika wap ini ke mana sahaja yang anda mahu.
Siri Philips All-in-One 8500 tersedia secara eksklusif di Amway Malaysia. Siri Philips All-in-One 6000 dijual pada harga RM1,199 dan boleh didapati di seluruh negara mulai Ogos dan seterusnya.
Untuk makluman lanjut boleh terus layari https://www.philips.com.my/, Facebook di @philipshomeliving, Instagram di @philipshomelivingmy dan Tik-tok di @philipshomeliving_my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2024/08/philips-all-in-one-series-8500.html