Inovasi Philips All In One Series Dan Kreativiti Pereka Fesyen Syomirizwa Gupta Di Pentas Klfw 2024
INOVASI PHILIPS ALL-IN-ONE SERIES DAN KREATIVITI PEREKA FESYEN SYOMIRIZWA GUPTA DI PENTAS KLFW 2024 | Assalammualaikum semua! Pada 30 Julai 2024 yang lalu telah berlangsung pelancaran Philips All-in-One 8500 Series bersempena kolabrasi Philips Garment Care dan pereka fesyen tersohor Syomirizwa Gupta. Philips juga merupakan rakan kongsi penjagaan pakaian rasmi Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024.
Bertepatan dengan minggu fesyen Kuala Lumpur. Kolabrasi ini mendedahkan lagi inovasi produk Philips di pentas peragaan. Pereka fesyen, fabrik dan seterika sememangnya bergerak bersama. Saling memerlukan dan sentiasa melengkapi. Kolabrasi di antara Philips Garment Care bersama pereka fesyen tersohor Syomirizwa Gupta dan KLFW 2024 adalah menepati objektif diantara peranti dan pengguna. Gambaran ini jelas bahawa seterika yang bagus akan memberi hasil yang hebat. Setuju
INOVASI PHILIPS ALL-IN-ONE SERIES DAN KREATIVITI PEREKA FESYEN SYOMIRIZWA GUPTA DI PENTAS KLFW 2024
Apabila bercerita tentang seterika, pasti jenama Philips menjadi tajuk perbualan. Ini kerana kualiti dan teknologi yang diberikan bersesuaian dengan kehendak pengguna. Ia mudah digunakan, jimat masa, harga berbaloi-baloi dan hasilnya juga sempurna
Menjadi pilihan setiap pemilik rumah setelah kejayaan koleksi Philips PerfectCare Iron yang dilancarkan beberapa tahun lalu. Revolusi OptimalTEMP memberi impak setiap saat pengguna menyeterika pakaian. Tiada lagi saat memusing suhu mengikut jenis fabrik. Jika terlalu panas, kain akan terbakar dan berlubang. Jika tidak panas, material fabrik satin atau chiffon akan masih berkedut. Ruby bersyukur membuat pelaburan kepada seterika wap Philips PerfectCare Aqua pada tahun 2019. Kini, tiba masanya untuk upgrade kepada Philips All-in-One 8500 Series
Dari kiri Mr Alvin Koh, Consumer Marketing Lead for Singapore, Malaysia & Emerging Markets, Philips; Mr Syomir Izwa, Creative Director of Syomirizwa Gupta & Mr Liang Kiat Loy, District Leader Singapore, Malaysia & Emerging Markets, Philips
Philips memperkenalkan siri penyelesaian penyeterikaan Philips All-in-One Series. Kelahiran ikon penyelesaian terbaik dengan fleksibiliti, prestasi dan kemudahan yang lebih baik semasa menyeterika
Philips, jenama peralatan elektrik yang terkenal di seluruh dunia mengumumkan pelancaran siri penyelesaian menyeterika iaitu Philips All-in-One Series. Penyelesaian menyeterika yang menggabungkan steaming dan ironing untuk pengendalian yang mudah dan prestasi yang kuat, membolehkan anda kelihatan hebat.
Mr Alvin Koh, Consumer Marketing Lead for Singapore, Malaysia & Emerging Markets, Philips
"Gaya adalah perjalanan yang unik untuk semua orang. Penyelesaian penyeterikaan dari Philips All in-One mengubah cara pengguna kami mengekspresikan gaya mereka, menawarkan pendekatan moden untuk menyeterika. Ia menampilkan teknologi pemanasan dwi yang menyediakan kuasa wap yang dipertingkatkan untuk menghilangkan kedutan daripada mana-mana fabrik yang boleh diseterika. Papan berbilang sudut dan reka bentuk besi ergonomik memastikan pengendalian dan fleksibiliti yang mudah untuk pengguna." kata Encik Alvin Koh, Consumer Marketing Lead for Singapore, Malaysia & Emerging Markets, Philips.
PHILIPS ALL-IN-ONE SERIES SEBAGAI RAKAN KONGSI PENJAGAAN PAKAIAN RASMI KUALA LUMPUR FASHION WEEK (KLFW) 2024
All-in-One Philips Series membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 sebagai rakan kongsi penjagaan pakaian rasmi acara fesyen berperestij itu, di mana jenama Philips memperkenalkan Philips All-In-One Siri 8500 Series baharu.
Philips menggegarkan suasana fesyen apabila fesyen memenuhi teknologi, meraikan kualiti, inovasi, kreativiti dan gaya peribadi yang unik dengan mempersembahkan Syomirizwa Gupta x Shikha Grover - The Secret Garden Bespoke Collection Spring/Summer 2025/26.
SYOMIRIZWA GUPTA X SHIKHA GROVER - THE SECRET GARDEN BESPOKE COLLECTION SPRING/SUMMER 2025/26
Koleksi ini merupakan kerjasama seni, cinta dan persahabatan yang indah dengan Shikha Grover dari Kimkara Design yang terkenal di seluruh dunia dengan seni lukisan asli yang boleh dipakai. Kerjasama ini, merapatkan hubungan baik Malaysia dan India yang disusun oleh Syomir dalam palet warna yang ceria, termasuk lukisan tekstil dan tie-dye yang dijalin dengan kesenian buatan tangan Shikha yang diilhamkan dari Indian-inspired handmade artistry yang menakjubkan.
“Philips All-in-One 8500 Series baharu membantu saya menyediakan koleksi-koleksi rekaan dengan mudah. Inovasi produk yang serba boleh dan mudah digunakan dengan teknologi pemanasan dwi membolehkan saya menyeterika apa sahaja dan dalam keadaan yang saya suka.
The Secret Garden Bespoke Collection Spring/Summer 2025/26 merupakan koleksi dari material fabrik organza, linen kapas, tulle, taffeta, satin berat, sutera dan chiffon. Teknologi OptimalTEMP menjamin tiada kesan terbakar kepada semua jenis fabrik yang boleh diseterika. Malah, koleksi ini mempunyai 70% hiasan yang menggabungkan manik, labuci, zardozi dan sulaman,” tambah Syomir Izwa mengenai koleksi terbarunya
Beliau juga berkongsi bahawa seterika wap Philips All-in-One 8500 Series berkuasa membunuh sehingga 99% bakteria, dan pemanasan pantas hanya mengambil masa 90 saat apabila suiz sudah dihidupkan. Fungsi ini penting kerana ia melancarkan proses sentuhan terakhir sebelum model memperagakan koleksi pakaian di pentas.
Bersama-sama dengan fleksibiliti inovatif produk, termasuk papan berbilang sudut yang berputar mengikut kedudukan keselesaan untuk anda menggosok pakaian. Tangki air yang boleh di tanggal juga membantu menyempurnakan pelbagai tugasan di rumah.
SYOMIRIZWA GUPTA X SHIKHA GROVER - THE SECRET GARDEN BESPOKE COLLECTION SPRING/SUMMER 2025/26
PHILIPS ALL-IN-ONE 8500 SERIES
Philips All-in-One 8500 Series menawarkan beberapa faedah utama iaitu:
TEKNOLOGI PEMANASAN DWI
Ciri inovatif ini menggabungkan stim dan menyeterika untuk memastikan prestasi yang berkuasa. Penembusan wap yang kuat mengatasi prestasi seterika tradisional dengan menghilangkan lipatan pada pakaian anda dengan berkesan, memastikan pakaian anda kelihatan kemas dan hebat
TIADA KESAN TERBAKAR
Philips All-in-One 8500 Series menampilkan teknologi OptimalTEMP, yang memastikan tiada kesan terbakar pada mana-mana fabrik yang diseterika. Oleh itu, anda boleh berasa yakin untuk menyeterika segala jenis material daripada seluar jeans hingga sutera atau organza tanpa bimbang.
KEPELBAGAIAN TUJUAN PENGGUNAAN
Penyelesaian ini sesuai untuk menghilangkan kedutan pada pakaian, menyegarkan upholsteri atau membersihkan mainan lembut. Ia adalah alat serba boleh dengan tangki air boleh tanggal untuk pelbagai tugas rumah.
MUDAH DIKENDALIKAN
Reka bentuk yang padat dan kawalan mesra pengguna menjadikannya mudah untuk digunakan. Ia mudah untuk keperluan menyeterika dan mengukus harian anda, dan roda bersepadu membolehkan anda mengalihkan pengukus ke mana sahaja anda mahu.
🌟 Papan berbilang sudut,🌟 Teknologi pemanasan dwi🌟 Teknologi OptimalTEMP🌟 Kepala Seterika ergonomik🌟 Membunuh 99.9% bakteria🌟 Tangki air 1.2L yang besar 🌟 Pemanasan pantas dalam masa 90 saat🌟 Roda bersepadu untuk pengangkutan yang mudah🌟 Prestasi wap tahan lama 🌟 Tapak boleh tanggal untuk kegunaan fleksibel🌟 Cangkuk atas yang boleh ditarik
PHILIPS ALL-IN-ONE 6000 SERIES
Philips All-in-One 6000 Series adalah penyelesaian pintar anda untuk sentiasa kelihatan terbaik. Gabungan seterika, pengukus dan papan 3-dalam-1 yang fleksibel membantu anda menyeterika fabrik sehingga tidak kelihatan kesan lipatan fabrik dengan cepat dalam sebarang kedudukan menegak, mendatar atau senget
✅️ Papan berbilang sudut bersepadu✅️ Teknologi OptimalTEMP✅️ Butang yang dikendalikan dengan kaki✅️ Kadar stim 45 g/min yang berkuasa✅️ Sehingga 99.9% bakteria* dikeluarkan
DAPATKAN PHILIPS ALL-IN-ONE SERIES SEKARANG!
Philips All-in-One 8500 Series tersedia secara eksklusif di Amway Malaysia. Philips All-in-One 6000 Series dijual pada harga RM1,199 dan boleh didapati mulai Ogos 2024.
www.philips.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2024/08/inovasi-philips-all-in-one-series-dan.html