Ph Tumbang Sebab Pilih Anwar Ibrahim Sebagai Pm Tun M




Menurut Tun Mahathir sebab yang benar-benar menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) adalah pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari tahun lepas.
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, sekiranya pada waktu itu pemimpin PH sepakat memilih namanya sebagai Perdana Menteri, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan berlaku.
“Setelah pencalonan depan Yang di-Pertuan Agong gagal menentukan PM baharu, pemimpin PH termasuk Anwar datang jumpa saya dengan cadangan memilih saya sebagai PM. Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak disebut.
“Pada hari esok syarat saya dipersetujui. PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang menyertai kumpulan baru ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong.
“Yang jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 dari wakil rakyat tidak bersama dengan beliau, ” katanya menerusi catatan di blognya pada Jumaat

Berikut apa yang ditulisnya.

LETAK JAWATAN 5 Feb 2021
1. Tommy Thomas dalam bukunya “My Story – Justice in the Wilderness” berpendapat bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri sebagai surrender of power, penyerahan balik kuasa yang sukar difaham.
2. Saya pula tidak faham kenapa peletakan jawatan itu sukar difaham. Parti Pribumi Bersatu yang saya menjadi Pengerusi telah tolak nasihat saya supaya tidak tergesa-gesa keluar dari Pakatan Harapan (PH). Ini bermakna parti saya tidak lagi mempunyai kepercayaan (confidence) kepada saya. Mereka menyokong Muhyiddin dan memutus untuk keluar dari Pakatan Harapan dengan serta merta.
3. Apabila saya tidak lagi memiliki kepercayaan dari parti saya, saya tidak lagi dapat menjadi Pengerusi parti. Saya buat keputusan untuk letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.
4. Saya dilantik jadi Perdana Menteri (PM) kerana saya Pengerusi Bersatu. Apabila saya tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi Perdana Menteri. Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
5. Walaupun saya minta supaya Bersatu tangguh keputusan keluar dari PH, tetapi pada malam 23 Februari 2020 (Ahad) Bersatu telah ada majlis makan malam bersama PAS dan UMNO, iaitu gabungan parti-parti yang dirancang oleh Muhyiddin untuk menjadi Kerajaan apabila PH jatuh.
6. Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi Kerajaan.
7. Kit Siang berpendapat Kerajaan PH jatuh kerana saya letak jawatan. Jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh. PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi Perdana Menteri.
8. Anwar Ibrahim memang berminat untuk jadi Perdana Menteri. Tetapi kerana PH hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti saya.
9. Kemudian semua 222 wakil rakyat diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk cadang calon mereka untuk jadi Perdana Menteri.
10. PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana ia mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.
11. Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar.
12. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya.
13. Jika PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya.
14. Setelah pencalonan depan Yang di-Pertuan Agong gagal menentukan PM baru, pemimpin PH termasuk Anwar datang jumpa saya dengan cadangan memilih saya sebagai PM. Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak disebut. Pada hari esok syarat saya dipersetujui.
15. PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang menyertai kumpulan baru ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong.
16. Yang jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 dari wakil rakyat tidak bersama dengan beliau. Tetapi apabila dilantik sebagai Perdana Menteri beberapa penyokong kumpulan PH ditawar jadi Menteri, oleh Muhyiddin. Maka ia pun memperoleh majoriti.
17. Kit Siang tentu tidak akan mengaku kejatuhan PH bukan kerana saya letak jawatan. Yang benar-benar menjatuh PH ialah pemilihan Anwar untuk jadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Agong. Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang tidak akan berlaku.
Dr Mahathir bin Mohamad http://chedet.cc/?p=3325
Hmmmm.... habis semua dah dia persalahkan..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/ph-tumbang-sebab-pilih-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilih Anwar Sebagai Pm Adalah Punca Ph Tumbang Mahathir

Pilih Anwar Sebagai Pm Adalah Punca Ph Tumbang Mahathir

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 187 hits
PETALING JAYA Punca kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan yang sebelum ini disokong PPBM DAP PKR dan Amanah adalah disebabkan pemilihan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mahathir berkata se...
Anwar Ibrahim Masih Pilihan Dap Sebagai Calon Pm Lim Guan Eng

Anwar Ibrahim Masih Pilihan Dap Sebagai Calon Pm Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 186 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan utama DAP sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam masa terdekat Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan En...
Tun Mahathir Dakwa Ph Jatuh Sebab Namakan Anwar Sebagai Pm

Tun Mahathir Dakwa Ph Jatuh Sebab Namakan Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 247 hits
149 total views 149 views today Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri telah menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpinnya ketika itu Sebali...
Bila Anwar Ibrahim Menganjing Radhi Jidin

Bila Anwar Ibrahim Menganjing Radhi Jidin

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 176 hits
Bob KelanangKita tau la ini semua bukan modal dari Anwar Ibrahim tapi dengan kontek yang Anwar Ibrahim ader dia pergunakan kontek tu untuk membantu rakyat bantu pelajar yang terjejas dengan PdPR Apa dia buat Dia bagi 1000 unit tablet Hahaha...
Hentikan Intimidasi Melampau Ke Atas Anwar Ibrahim Mpn Melaka

Hentikan Intimidasi Melampau Ke Atas Anwar Ibrahim Mpn Melaka

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 170 hits
Ancaman untuk menyiasat Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan cuba menghasut rakyat menolak darurat merupakan intimidasi melampau ke atas Ahli Parlimen yang melakukan proses semak dan imbang dalam sistem demokr...
Putar Belit Anwar Ibrahim

Putar Belit Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 266 hits
Anwar Ibrahim mengutuk Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional kerana pelaburan asing atau FDI jatuh teruk Jumlah penduduk Malaysia tidak sampai 5 dari penduduk ASEAN dan 20 dari perkerja Malaysia adalah pekerja asing Lagi pun gaji ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri