Ph Tukar Lagi Waktu Operasi Utc Kisah Gembala Kambing Penipu


Saya rasa tiada orang boleh ambil serius dengan apa-apa pengumuman Kerajaan hari ini.

Sebab apa? Biasanya keputusan mereka hanya boleh pakai seminggu dua. Lepas itu mereka tukar pula.

Waktu operasi UTC bertukar lagi. 

Lim Guan Eng terima kritikan saya dan rakyat akhirnya agar UTC masih beri perkhidmatan sehingga malam.

Baca : PH PENIPU? Anda tentukan

Dia buat hanya untuk 7 UTC sahaja, yang lain masih tutup pukul 5 petang.

Tapi dia buat keputusan tutup UTC pada pagi pula, buka mulai pukul 1pm sahaja.

Aduh. Bijak betul Menteri Kewangan kita. Mesra rakyat sungguh.

Baca : #Lencun50 :Masih ingat kah FITNAH sebelum PRU14 negara akan bangkrap?

Yang paling jelas terjejas ialah Sabah dan Sarawak, hanya boleh pergi ke UTC pada masa orang bekerja.

Kerajaan hari ini seolah-olah mendiskriminasi dan menghukum Sabah dan Sarawak dengan dasar-dasarnya, semakin jelas.

Kerajaan PH mesti anggap mereka yang duduk di Kangar, Melaka, Kuantan dan Ipoh tidak kerja pada siang hari.

Baca: Hutang Negara: BN & Penarafan Dunia:RM688b, LGE:RM1trilion, Mat Sabu:LEBIH Rm1trilion diSembunyi Takut M'Sia MUFLIS

Bila orang ramai mengadu mengapa masa operasi UTC dikurangkan dari 10pm kepada 7pm bulan lepas, mereka pendekkan lagi kepada 5pm.

Urusan kerajaan dan perkhidmatan kepada rakyat semakin kucar-kacir dibuatnya.

Oleh : Najib Razak       #CelahGelegar
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Baca : KERJASAMA PAS-UMNO: 100 FAKTA KUASA MELAYU-ISLAM

-----------------------Kisah Gembala Kambing Yang PenipuDi dalam sebuah kampung tinggal seorang penternak kambing dengan anaknya. Setiap hari, dia menyuruh anaknya mengembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput dekat dengan kampung mereka.
Anak penternak kambing itu sangat malas. Dia sering tertidur semasa menjaga kambing-kambingnya sehingga tidak sedar yang beberapa ekor kambingnya telah masuk ke dalam hutan. Apabila dia pulang, dia dimarahi oleh ayahnya kerana cuai. Akibatnya, dia terpaksa masuk ke dalam hutan untuk mencari kambing-kambing yang hilang.
Pada suatu hari, semasa dia menjaga kambing-kambingnya, dia terfikir hendak mempermainkan orang-orang kampung kerena dia bosan menjaga kambing-kambing kepunyaan ayahnya.
Budak itu menjerit meminta tolong."Tolong, tolong! Ada harimau yang makan kambing-kambing saya!"
"Siapakah yang menjerit meminta tolong?" tanya seorang peladang apabila terdengar teriakan budak gembala kambing itu berulang-ulang kali.
"Saya rasa suara itu datang dari arah padang rumput di sana . Kalau saya tidak silap, itu suara anak penternak kambing yang mengembala kambing-kambingnya di situ," balas seorang lagi peladang.
"Ayuh semua! Mari kita ke sana . Bawalah apa sahaja senjata yang kita ada untuk membunuh harimau itu," teriak peladang itu kepada peladang-peladang yang lain.
Tanpa berlengah lagi, mereka pun segera datang untuk membantu budak gembala kambing itu. Mereka membawa pelbagai jenis senjata seperti lembing dan parang.
Apabila budak gembala kambing itu melihat peladang-peladang itu berlari ke arahnya, dia tertawa terbahak-bahak. "Ha…ha…ha…kamu semua tertipu. Tiada harimau yang ada di sini." kata budak gembala kambing itu. Dia berasa geli hati melihat gelagat peladang-peladang itu.
Maka tahulah orang-orang kampung yang mereka telah ditipu oleh anak penternak kambing itu. Mereka pun pulang dengan perasaan yang marah.
Esoknya, budak gembala kambing itu mengulangi perbuatannya. Peladang-peladang itu datang lagi untuk membantunya tetapi berasa sungguh hampa dengan sikap budak itu yang telah menipu mereka sekali lagi.
"Alahai, sungguh kecewa saya dengan sikap budak gembala kambing itu. Adakah patut dia mempermainkan kita berulang kali?" kata salah seorang peladang.
"Sudahlah. Marilah kita pulang. Sikapnya yang suka mempermainkan orang akan mendatangkan kerugian kepada dirinya sendiri," kata seorang peladang lain.
Pada suatu petang,sedang budak gembala kambing itu duduk di tepi padang , dia ternampak dua ekor harimau mendekati kambing-kambingnya. Dia berasa amat takut melihat beberapa ekor kambingnya mati dibaham harimau-harimau itu. Dia menjerit meminta tolong.
"Tolong! Tolong!" jerit budak pengembala kambing itu beberapa kali.
"Saya tidak berbohong. Harimau benar-benar datang!" jeritnya lagi tetapi tiada seorang pun yang datang untuk membantunya. Akhirnya, sehingga tiga ekor kambingnya terkorban.
Apa yang ingin saya katakan di sini adalah betapa besar kesannya terhadap orang pernah kena tipu oleh seseorang yang suka menipu. Sekali anda menipu seseorang individu, selama-lamanya orang di sekelilingmu tidak akan mempercayai kata-katamu. Hari ini mungkin anda menang dengan helahmu, tetapi anda tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Bak kata pepatah melayu, Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/ph-tukar-lagi-waktu-operasi-utc-kisah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Operasi Utc Di Seluruh Negara

Waktu Operasi Utc Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 538 hits
WAKTU OPERASI UTC DI SELURUH NEGARA Actually kecoh dulu yang UTC akan tutup operasinya sehingga 10 malam Ramai yang berdebat dan menyalahkan orang tu dan orang ni Pertanyaan demi pertanyaan kenapa UTC di tutup lebih awal PANDANGAN UMI TENTA...
Waktu Operasi Utc Diubah Jimat Belanja Kerajaan

Waktu Operasi Utc Diubah Jimat Belanja Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 187 hits
Waktu operasi UTC diubah jimat belanja kerajaan Dikemas kini 32 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 12 Jan 2019 4 31PM
Kisah Dihumban Ke Neraka Walaupun Solat 5 Waktu

Kisah Dihumban Ke Neraka Walaupun Solat 5 Waktu

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 345 hits
Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai menuju ke arah api neraka yang menjulang julang Dia menjerit sekuat hati dan tertanya tanya jika ada mana mana orang yang mampu membantunya Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan ya...
7 Buah Utc Di Pusat Beli Belah Akan Dilanjutkan Waktu Operasinya Ke Jam 10 00 Malam Mof

7 Buah Utc Di Pusat Beli Belah Akan Dilanjutkan Waktu Operasinya Ke Jam 10 00 Malam Mof

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 602 hits
Kementerian Kewangan Malaysia terdahulu menetapkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara dari jam 8 pagi hingga 7 petang Bagaimanapun setelah menerima pelbagai maklum balas dari orang awam yang memohon agar waktu operasi...
Azab Kubur Seorang Pegawai Alim Tapi Gaji Sumber Riba Kisah Benar

Azab Kubur Seorang Pegawai Alim Tapi Gaji Sumber Riba Kisah Benar

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 466 hits
Azab Kubur Seorang Pegawai Alim Tapi Gaji Sumber Riba Kisah Benar Kisah selepas kematian seorang pegawai bank yang diakui alim oleh orang orang yang mengenali beliau Mayat dikuburkan kemudian ternyata liang lahadnya salah Mayat tadi yang ba...
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 458 hits
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar MerekaDua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities