Ph Tak Akan Jadi K Jaan Sepenggal Kata Menteri


Kow Gah Chie Diterbitkan Hari ini 9:09 pagi 

WAWANCARA | Dengan pelbagai kritikan ditujukan kepada kerajaan PH yang sudah memerintah selama 11 bulan namun gagal memenuhi janji manifesto, selain beberapa keputusan 'pusingan-U', serta kekalahan dalam tiga siri pilihan raya kecil (PRK), terdapat pandangan yang melihat gabungan itu hanya akan berkuasa selama sepenggal.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan Kini TV, Menteri Industri Utama Teresa Kok maklum dengan ketidakpuasan hati rakyat terhadap PH namun percaya gabungan itu mampu meyakinkan rakyat selepas menunjukkan perbezaan dalam pentadbiran.

Jelas Teresa, sesetengah penyokong PH tidak senang kerana mereka menjangkakan perubahan dalam waktu yang singkat.

"Mereka tidak faham bahawa kita mewarisi syarikat (kerajaan) yang mempunyai hutang besar dan banyak masalah, termasuk masalah struktur.

"Jika rakyat salahkan (kerajaan) kerana ekonomi tidak baik, kita tidak boleh lupa bahawa ekonomi dunia sedang dalam situasi buruk susulan perang dagangan AS-China yang menyebabkan negara lain turut terjejas," katanya.

Timbalan setiausaha agung DAP itu juga berkata, sesetengah penyokong lain tidak senang dengan PH berhubung pinjaman pendidikan dan cukai.

"Saya bagaimanapun tak percaya kita akan menjadi kerajaan sepenggal," katanya, dengan memetik pengalaman Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor pada 2008 dan terus mempertahankannya dalam pilihan raya umum selepas itu.

Kata ahli parlimen Seputeh itu, kerajaan negeri berkenaan turut berdepan masalah sama yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat Pakatan Rakyat tidak dapat bertahan untuk memerintah negeri.

"Di Selangor, kita berdepan banyak masalah dan demonstrasi diadakan hampir setiap bulan. Tapi kita tetap dapat bertahan tiga penggal," katanya.

Bagaimanapun, jelas Teresa, untuk berkuasa lebih dari sepenggal, PH perlu mendengar maklum balas daripada rakyat dan mengembangkan agenda pembaharuan.

"Kita faham situasi ketika ini tidak berapa baik untuk orang berniaga dan orang biasa, dan kita sedang cuba perbaiki.

"Kita bukan kerajaan yang sempurna, kita ada kelemahan. Beberapa pemimpin mungkin bertindak tidak bijak sebelum ini, tapi kita tidak sempurna.

"Namun saya yakin kita akan memperbaiki ekonomi, membawa perubahan kepada institusi dan menunjukkan kita serius dalam menangani rasuah. Rakyat Malaysia termasuk dari kalangan orang Melayu akan menyokong kita.

"Saya rasa rakyat akan lihat dalam lima tahu, kita merupakan kerajaan yang lebih ideal berbanding BN," katanya.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/ph-tak-akan-jadi-kjaan-sepenggal-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 432 hits
PULAU PINANG 14 April Kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam tidak bermakna majoriti rakyat menolak kepemimpinan PH Sambil menerima keputusan itu dengan hati terbuka Setiausaha Agung Par...
Belum Ada Keputusan Penghapusan Had Paras Harga Ron95 Kata Menteri Viralhancing

Belum Ada Keputusan Penghapusan Had Paras Harga Ron95 Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 355 hits
Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga petrol RON95 yang kini ditetapkan pada paras RM2 08 seliter kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail Me...
Malaysia Sedia Ambil Alih Pengendalian Ruang Udara Selatan Johor Kata Menteri

Malaysia Sedia Ambil Alih Pengendalian Ruang Udara Selatan Johor Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 298 hits
Malaysia sedia ambil alih pengendalian ruang udara selatan Johor kata menteri Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pa
Tempoh Skim Kawalan Harga Akan Dilanjutkan Kata Menteri

Tempoh Skim Kawalan Harga Akan Dilanjutkan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 329 hits
Tempoh skim kawalan harga akan dilanjutkan kata menteri Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Apr 2019 8 36PM
Kerajaan Ph Yang Berhak Tentukan Siapa Mb Baru Bukan Sultan Johor Kata Perdana Menteri Viralhancing

Kerajaan Ph Yang Berhak Tentukan Siapa Mb Baru Bukan Sultan Johor Kata Perdana Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 401 hits
Dr Mahathir Mohamad bertegas parti pemerintah yang berhak melantik menteri besar Johor baru dan bukannya sultan susulan kritikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Pakatan Harapan dalam isu itu semalam Ini adalah hal p...
Hebat Ph Berjaya Selamatkan Hampir Setengah Bilion Ringgit Kata Menteri Wilayah Viralhancing

Hebat Ph Berjaya Selamatkan Hampir Setengah Bilion Ringgit Kata Menteri Wilayah Viralhancing

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 522 hits
Kerajaan Pakatan Harapan telah dapat menyelamatkan hampir setengah bilion ringgit wang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini Beliau berkata ini dilakukan melalui rundingan semula 97 transa...
Tutup T Haji Tak Wajar Kata Pengrusi Mpsbnm K Jaan Kena Bantu

Tutup T Haji Tak Wajar Kata Pengrusi Mpsbnm K Jaan Kena Bantu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 269 hits
TH merupakan institusi contoh kepada negara Islam lain dari sudut pengurusan jemaah haji dan kewangan Tak wajar cadang tutup Tabung HajiSHAH ALAM Cadangan supaya Tabung Haji ditutup disebabkan kelemahan pengurusan adalah tidak wajar kerana ...
Selepas Saya Jadi Perdana Menteri Tahun Depan Saya Tidak Akan Lupa Rantau Kata Anwar Viralhancing

Selepas Saya Jadi Perdana Menteri Tahun Depan Saya Tidak Akan Lupa Rantau Kata Anwar Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 406 hits
REMBAU 11 April Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan tidak akan melupakan Rantau setelah beliau menjadi Perdana Menteri kelak Gambar Astro AwaniJelasnya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson yang terletak bersebelahan Ranta...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia