Ph Sudah Mula Guna Media Asing Serang Malaysian Dan Agong




Baru-baru ini, New York Times menyiarkan satu rencana yang mendakwa bahawa demokrasi di Malaysia sedang tenat. Tidak banyak hujah untuk menegakkan benang basah ini, kerana telah memetik hujah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah merampas kuasa daripada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri, mengabaikan fakta bahawa krisis ini walaupun hanya mula diketahui apabila bermulanya Langkah Sheraton, kesannya mulai menjadi air bah yang tak terhalang apabila Tun Mahathir tetap dengan keputusannya untuk meletak jawatan. Yang pasti, si penulis itu takkan tahu kerana hanya menulis semula berdasarkan makklumat yang diberikan kepadanya, menulis dari suatu tempat yang jauh. Dalam hal ini, rencana tersebut telah ditulis di Bangkok

Ada antara pembaca yang mengatakan rencana tersebut bersifat objektif, berbeza daripada apa yang saya sedang beritahu anda sekarang

Mereka-mereka ini, saya dapati, termasuklah dalam kehidupan seharian saya, adalah individu yang bijak dan pandai yang telah lama didedahkan kepada ide-ide luar. Jangan terkejut sekiranya anda bertanya kepada mereka mengenai hak-hak di yang termaktub dalam perlembagaan, mereka ini amat petah berbicara mengenai hak-hak ini, cuma, apa yang mereka bicarakan itu bukanlah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 
Apa yang saya nyatakan di sini adalah terlalu ramai rakyat Malaysia tidak memahami bagaimana sistem politik dan pentadbiran Malaysia berfungsi. Mereka tidak memahami kenapa kita mempunyai seorang Yang DiPertuan Agong, dan kenapa kita ada 8 lagi Sultan-Sultan lain. Mereka tidak faham kenapa Yang DiPertuan Agong berubah setiap 5 tahun. Mereka tidak faham pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mereka juga tidak faham apabila mereka mengundi untuk pilihanraya peringkat negeri, ianya tidak memberi kesan ke atas siapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri. Terbaru, mereka tidak memahami seorang Senator, yakni ahli Dewan Negara, tiada kuasa menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri. 
Sebenar-benarnya, demokrasi kita adalah sistem demokrasi berstruktur dan berperingkat. Seorang pengundi di peringkat paling asas membuang undi bagi memilih siapa yang dia percaya adalah terbaik untuk mewakilinya. Undi itu boleh dibuang berdasarkan garis parti, atau keupayaan, atau kepentingan bersama. Selepas seseorang wakil dipilih, dia dan rakan-rakan seangkatannya akan mengundi siapa di kalangan mereka sebagai wakil mereka kepada Pemerintah. Dengan kata lain, Perdana Menteri adalah ketua kepada semua wakil-wakli rakyat bagi mewakili mereka kepada Seri Paduka Baginda. 
Malahan, sistem Raja Berpelembagaan kita adalah unik. Yang DiPertuan Agong, dengan jawatan rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah jawatan yang dilantik dari kalangan anggota tetap Majlis Raja-Raja berdasarkan undi. Anggota Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada 9 orang Sultan-Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Besar berfungsi menjaga kepentingan rakyat-rakyat mereka, yakni kita. Sistem yang menarik ini mendahului penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (dan Malaysia) ini telah ditubuhkan British pada tahun 1897. Tapi akar umbi sistem ini wujud jauh lebih awal

Majlis Raja-Raja kita hari ini adalah mirip kepada sistem monarki yang diamalkan oleh Negeri Sembilan, di mana golongan bangsawan bergelar Undang memilih di antara mereka siapa yang akan menjadi Yang DiPertuan Besar. Sistem itu sendiri diwarisi dari Pagar Ruyung di Indonesia hari ini. 
Dengan kata lain, sistem demokrasi dalam bentuk lain juga diamalkan di kalangan monarki kita

Monarki kita itu sendiri adalah wajah kepada Malaysia. Tanpa monarki kita, Malaysia yang kita kenali hari ini sudah pasti tidak akan dapat wujud. Persekutuan Tanah Melayu mula-mula sekali ditubuhkan pada 1 Februari 1948 setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Adalah daripada penubuhan persekutuan inilah yang mula-mula sekali membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini. Sudah tentu, sebelum itu kita telah melihat penubuhan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu tak Bersekutu

Malahan, sifat masyarakat kita yang berbilang bangsa hari ini wujud atas perkenan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja ketika itu memahami bahawa sifat masyarakat kita yang berbilang kaum dan telah berkenan untuk mengurniakan kerakyatan kepada bukan Melayu. 
Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 hampir tidak berlaku bukan sahaja kerana penubuhan tersebut ditentang oleh Indonesia dan Filipina. Penubuhan tersebut juga hampir gagal kerana Baginda Sultan Kelantan telah murka kerana pandangan Baginda tidak diminta terlebih dahulu. Tetapi memandangkan Sultan-Sultan lain telah bersetuju, Baginda telah menerima seadanya. 
Itu adalah keistimewaan sistem demokrasi kita. Sistem itu berperingkat. Setiap peringkat menjaga segmen tertentu dalam masyarakat. 
Demokrasi bukanlah sistem yang setara dan tidak mungkin setara. Demokrasi Malaysia tidak akan sesekali sama dengan sistem demokrasi Amerika Syarikat, mahupun sistem demokrasi Britain. Kita boleh menerima kaedah terbaik daripada kamu, dan kamu daripada kami, tetapi untuk mengaplikasikan piawaian kamu ke atas kami adalah salah sama sekali

Teras demokrasi kita subur. Kita tidak perlu mengikuti acuan sesiapa, kerana kita bukan republik pisang kepada sesiapa, dan sebagai trivia kecil sebelum saya mengakhiri rencana ini. Frasa republik pisang itu sering digunakan untuk menggambarkan sebuah negara di mana rakyatnya ditindas, adalah rujukan khusus kepada beberapa buah negara Amerika Tengah. Kenapa pisang, ada antara anda mungkin bertanya. Honduras dan Guatemala adalah antara negara yang memperlihatkan kenaikan regim yang menindas rakyatnya sendiri, yang telah mendapat kuasa hasil tajaan syarikat buah-buahan dari Amerika Syarikat agar mereka mempunyai tanah dan sumber tenaga kerja murah untuk menanam pisang untuk dijual di Amerika Syarikat. Dan tidak ada sebarang bantahan pun di Amerika Syarikat. 
Jika difikirkan balik, apakah kepentingan Amerika Syarikat dalam Malaysia adalah kerana demokrasi semata-mata? Atau adakah kerana kedudukan strategik negara kita untuk membendung penguasaan China

Betapa kita tidak suka dengan cara China cuba memaksa kehadiran mereka di Laut China Selatan, kita juga tidak selesa dengan campur tangan Amerika Syarikat dalam sistem kita. Ironik kan, memandangkan kamu sendiri tidak gembira dengan cara Rusia cuba campur tangan dalam pilihan raya kamu sendiri

Biarkan kami kepada cara kami. Jika kamu hendak berbicara mengenai kami secara objektif, pelajari mengenai kami. Dan jangan pandang kami melalui tinta lensa kamu. 
Dan kepada saudara senegara saya, pelajarilah mengenai sistem kita, dan sekiranya anda hendak membawa perubahan, lakukanlah dalam sistem kita ini

Rencana asal ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada 23 Mei 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darulehsantoday.blogspot.com/2020/05/ph-sudah-mula-guna-media-asing-serang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Asing Soroti Kebijakan Jokowi Hadapi Corona Disebut Terburuk Se Asia Tenggara

Media Asing Soroti Kebijakan Jokowi Hadapi Corona Disebut Terburuk Se Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 233 hits
Pandemi virus Corona atau Covid 19 telah menjadi ujian bagi banyak negara termasuk Indonesia Berbagai kebijakan pun dilahirkan oleh Pemerintahan Presiden Republik Indonesia Joko Widodo Kebijakan tersebut rupanya disoroti banyak pihak termas...
Mangsa Buli Siber Bunuh Diri Kerana Berjanji Temu Warga Asing

Mangsa Buli Siber Bunuh Diri Kerana Berjanji Temu Warga Asing

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 518 hits
Predeep Nambiar Thivyaanayagi Rajendran sudah bertunang dengan teman lelakinya selama 3 tahun BUKIT MERTAJAM Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dan seorang rakan seker...
Kecil Lagi Mana Boleh Tidur Asing Seawal 4 Tahun Anak Dah Berani Tidur Sendiri Sebenarnya

Kecil Lagi Mana Boleh Tidur Asing Seawal 4 Tahun Anak Dah Berani Tidur Sendiri Sebenarnya

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 474 hits
Semasa anak masih kecil kebanyakan ibu ayah akan membenarkan mereka untuk tidur sekali bersama kita Sehinggalah mereka sudah besar sedikit baharulah kita melatih mereka untuk tidur dan mempunyai ruang privasi sendiri Sekiranya ibu ayah meng...
Lagi Hasil Laut Negara Dirompak Apmm Tahan Dua Bot Pancing Warga Asing Ceroboh Kawasan Larangan

Lagi Hasil Laut Negara Dirompak Apmm Tahan Dua Bot Pancing Warga Asing Ceroboh Kawasan Larangan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 534 hits
KOTA KINABALU 20 Mei Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan dua bot pancing bersama lima lelaki warga Filipina kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan dalam satu operasi khas di pelantar minyak Malikai d...
34 Warga Asing Pesta Liar Ditahan K Jaan Pn Baru Sila Ambil Perhatian

34 Warga Asing Pesta Liar Ditahan K Jaan Pn Baru Sila Ambil Perhatian

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 406 hits
Seramai 34 individu ditahan ketika leka berparti liar di dua rumah inap desa di Senai Kulai dekat sini awal pagi semalam sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Foto ihsan Polis Johor34 termasuk warga asing ditahan leka b...
Kkm Mahu Tahu Berapa Ramai Penggunting Rambut Warga Asing

Kkm Mahu Tahu Berapa Ramai Penggunting Rambut Warga Asing

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 279 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mahu tahu berapa ramai warga asing yang bekerja sebagai penggunting rambut sebelum membenarkan kedai gunting rambut beroperasi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata data itu perlu didapatka...
Mau Tengok U Sayang Curi Info Dari Buku Daftar Pasaraya Wanita Dedah Diganggu Warga Asing

Mau Tengok U Sayang Curi Info Dari Buku Daftar Pasaraya Wanita Dedah Diganggu Warga Asing

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 468 hits
Sejak pelaksanaan PKPB mereka yang ini membeli barang di mana mana pasaraya perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum dibenarkan memasuk premis tersebut Antaranya prosedur yang perlu dilakukan adalah memeriksa suhu badan mere...
Buat Pertama Kalinya Saintis Melihat Planet Asing Ketika Ia Sedang Terbentuk

Buat Pertama Kalinya Saintis Melihat Planet Asing Ketika Ia Sedang Terbentuk

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 523 hits
WASHINGTON Ahli astronomi melihat apa yang kelihatan sebagai wad bersalin planet memerhatikan buat pertama kalinya di dalam cakera besar gas dan debu padat yang mengelilingi bintang yang baru terbentuk di planet ini dalam proses kelahiran P...
Aliran Keluar Bersih Dana Asing Susut Kepada Rm394 34 Juta

Aliran Keluar Bersih Dana Asing Susut Kepada Rm394 34 Juta

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Pelabur asing terus keluar dari Bursa Malaysia bagi tempoh 18 21 Mei merekodkan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM394 34 juta ketika negara memasuki minggu ke 3 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di tengah t...
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok