Aliran Keluar Bersih Dana Asing Susut Kepada Rm394 34 Juta




KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus keluar dari Bursa Malaysia bagi tempoh 18-21 Mei, merekodkan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM394.34 juta, ketika negara memasuki minggu ke-3 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, jumlah itu lebih rendah berbanding 2 minggu berturut-turut sebelum ini, pada 12-14 Mei dan 4-7 Mei, yang masing-masing merekodkan RM734.18 juta dan RM736.28 juta jualan asing bersih.
Seorang penganalisis memberitahu Bernama penurunan nilai penjualan asing bagi minggu ini mungkin disebabkan oleh pelaksanaan PKPB, yang membenarkan ekonomi dibuka beransur-ansur dan membantu meningkatkan ekonomi negara serta membina semula keyakinan pengguna serta pelabur.
“Barangkali, pada masa depan, kita akan melihat dana antarabangsa kembali semula ke Bursa Malaysia, jika penularan Covid-19 terus terkawal dan kapasiti penjagaan kesihatan kekal kukuh,” katanya.
PKPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyaksikan kebanyakan aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei, susulan keputusan positif daripada 2 hingga 6 strategi untuk memerangi Covid-19 – langkah ketat untuk membendung penularan pandemik itu dan membina daya tahan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Pada 1 Mei, Muhyiddin berkata Malaysia kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari disebabkan PKP dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM63 bilion pada masa itu.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata purata penyertaan dana asing berjumlah 14.59% semasa 4 hari pertama minggu yang baru berakhir ini berbanding 15.86% pada minggu sebelumnya.
“Institusi tempatan mencatatkan belian bersih rendah sebanyak RM389.29 juta antara 18 Mei dan 21 Mei berbanding RM611.27 juta sebelumnya, manakala belian bersih pelabur runcit tempatan pada minggu ini susut kepada RM5.04 juta daripada RM122.91 juta sebelumnya,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal di atas paras 1,400 mata pada minggu ini bagaimanapun, indeks petunjuk pasaran turun sebanyak 15.35 mata pada Jumaat untuk ditutup pada 1,436.76, seiring dengan penurunan indeks-indeks utama di Asia dan Amerika Syarikat.
“Pembukaan semula beransur-ansur ekonomi serta perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19 nampaknya memberi sedikit sokongan kepada pasaran.
“Bagaimanapun, angka ekonomi terus kekal lemah, selain kemungkinan ketegangan antara AS-China berhubung undang-undang sekuriti terbaru di Hong Kong,” katanya.
Afzanizam berkata China dilihat semakin meningkatkan kawalannya ke atas Hong Kong dan ini membawakan reaksi negatif daripada penggubal undang-undang AS.
“Sebelum itu, kritikan berterusan para pegawai AS terhadap China kerana gagal mengawal penularan pandemik dari negara itu boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
“Ia ibarat seperti tarik tali antara keyakinan membuka semula ekonomi dan risiko geopolitik dan pada satu tahap, peningkatan berselang seli kes jangkitaan baru serta data ekonomi lemah yang akan menyebabkan sentimen kekal berhati-hati,” katanya.
Justeru itu, katanya, sentimen pasaran dijangka berhati-hati minggu depan dan juga susulan minggu dagangan yang singkat pada minggu depan bermakna jumlah dagangan yang kurang di bursa.
“FBM KLCI dijangka berada dalam jajaran kecil dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti sambutan Aidilfitri yang jatuh pada Ahad. Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 27 Mei.
Sepanjang minggu ini, pasaran diniagakan kebanyakannya tinggi dengan jumlah dagangan mencecah paras tertinggi pada 11.21 bilion unit, disokong oleh minat belian menggalakkan daripada peserta pasaran susulan Kadar Dasar Semalaman yang rendah pada 2.0%.
Pada Isnin minggu lepas, Agong dalam titah semasa istiadat pembukaan mesyuarat penggal ke-3 Parlimen ke-14, menggesa kerajaan untuk mencari jalan membantu syarikat dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/aliran-keluar-bersih-dana-asing-susut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cek Fakta Hoaks Pemerintah Beri Dana Bantuan Dampak Covid 19 Rp2 Juta

Cek Fakta Hoaks Pemerintah Beri Dana Bantuan Dampak Covid 19 Rp2 Juta

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 281 hits
Faktanya pemerintah tidak pernah mengeluarkan program bantuan untuk masyarakat senilai Rp 2 juta dan pendataan atau registrasi penerima bantuan melalui instansi resmi seperti Kementrian sosial Dinas sosial kelurahan dan RT RW setempat
Naik Dua Kali Lipat Aliran Modal Asing Masuk Ri Tembus Rp6 15 Triliun

Naik Dua Kali Lipat Aliran Modal Asing Masuk Ri Tembus Rp6 15 Triliun

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 207 hits
Perry mengatakan peningkatan aliran modal asing masuk ini akibat meredanya kepanikan global terhadap Covid 19 Apalagi langkah langkah ditempuh pemerintah dan juga BI dalam penanganan Covid 19 memberikan kepercayaan kepada investor
Pkr Akan Saman 2 Adun Kedah Rm10 Juta Kerana Keluar Parti

Pkr Akan Saman 2 Adun Kedah Rm10 Juta Kerana Keluar Parti

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 417 hits
Dua Adun Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasarudin mengumumkan penarikan diri daripada PKR pada sidang media hari ini ALOR SETAR PKR Kedah berkata ia akan menyaman 2 Adun yang keluar parti RM10 juta setiap seorang kerana mengkhianati parti dan...
Safawi Dinasihat Jgn Jadi Mcm Ronaldinho Ada Harta Rm428 Juta Tapi Bila Bersara Tinggal Rm26 Dlm Bank

Safawi Dinasihat Jgn Jadi Mcm Ronaldinho Ada Harta Rm428 Juta Tapi Bila Bersara Tinggal Rm26 Dlm Bank

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 766 hits
Kisah pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid yang mengaku membeli kereta mewah hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu Lebih mencuri tumpuan gambar yang dikongsikan Safawi bersama kereta sport barunya itu turut mendapat reaksi Tunku...
Pengguna Malaysia Menyumbang Hampir Rm1 Juta Kepada Facebook Gaming Pada April 2020

Pengguna Malaysia Menyumbang Hampir Rm1 Juta Kepada Facebook Gaming Pada April 2020

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 309 hits
Facebook Gaming merupakan ciri memfokuskan kandungan permainan video di laman sosial terkemuka Facebook Ia telah memperlihatkan peningkatan yang drastik dari segi penggunaan serta penerbitan kandungan oleh pengguna tempatan sejak kurang 2 t...
Realiti Lebih 86 Juta Kanak Kanak Diancam Kemiskinan Akibat Covid 19

Realiti Lebih 86 Juta Kanak Kanak Diancam Kemiskinan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 346 hits
NEW YORK Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menjangkakan lebih 86 juta kanak kanak akan hidup dalam kemiskinan hujung tahun ini berikutan krisis ekonomi akibat pandemik COVID 19 Menurut kajian bersama Pergerakan Save The Children dan Tabung K...
Wahyu Setiawan Disebut Terima Rp 500 Juta Dari Gubernur Papua Barat

Wahyu Setiawan Disebut Terima Rp 500 Juta Dari Gubernur Papua Barat

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 215 hits
Uang Rp 500 juta itu diberikan melalui transfer antar bank Wahyu meminjam rekening istri dan sepupunya bernama Ika Indrayani
Peruntukan Rm58 Juta Kepada Utar Pas Terdiam

Peruntukan Rm58 Juta Kepada Utar Pas Terdiam

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 387 hits
Oleh Syam Ghaz Waktu Pakatan Harapan memerintah Malaysia diluluskan RM6 juga untuk 3 buah kolej Riuh satu Malaysia dimainkan oleh pemimpin parti politik UMNO PAS dll Kononnya PH mesra Cina tidak mesra Kolej Melayu Kononnya Lim Guan Eng seba...
Aplikasi Selangkah Diakses 8 3 Juta Kali Mb

Aplikasi Selangkah Diakses 8 3 Juta Kali Mb

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 414 hits
SHAH ALAM 28 MEI Aplikasi SELangkah telah diakses sebanyak 8 3 juta kali sehingga semalam kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata sistem dibangunkan Kerajaan Selangor itu bertujuan membantu Jabatan Kesihatan negeri menjejak...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator