Ph Perlu Pegang Teguh Agenda Malaysia Baharu


Oleh Lim Kit Siang





Pakatan Harapan perlu menggunakan formula yang telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi melawan serangan terbaharu UMNO-PAS yang memainkan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan.

Jika Pakatan Harapan dapat menewaskan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dimainkan Barisan Nasional dan PAS, sekalipun dilakukan secara berasingan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh sekali lagi digunakan untuk menyerang balas kempen pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dibawa UMNO-PAS.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO mendabik dada bahawa mereka akan memperolehi kemenangan ekoran yakin dengan kempen pembohongan, berita palsu, kebencian dan ketakutan yang dimainkan mereka antaranya seperti berikut:
bahawa DAP kononnya merupakan parti dominan dalam Pakatan Harapan, dan bahawa tiga parti lain dalam Pakatan Harapan, iaitu PKR, Amanah dan Bersatu hanyalah “budak suruhan” DAP;bahawa kononnya pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Mohamad Sabu kononnya hanyalah boneka pemimpin Cina DAP;bahawa kononnya saya akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14;bahawa kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik, dan akan pupus, merempat di negara sendiri di bawah kerajaan Pakatan Harapan;bahawa kononnya saya adalah musuh kepada orang Melayu dan Islam, malah dituduh mengetuai demonstrasi jalanan anti-Melayu di Kuala Lumpur yang mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 di ibu kota sedangkan saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada waktu itu; danberulang kali, saya dituduh sebagai seorang komunis (malah difitnah kononnya mempunyai pertalian darah dengan Setiausaha Agung PKM Chin Peng), malah saya dituduh mahu menjadikan Malaysia sebagai negara kristian sedangkan saya bukan penganut kristian dan paling mengarut saya dituduh sebagai agen kuasa asing!Namun pembohongan, fitnah dan berita palsu ini tidak mampu menahan kemaraan Pakatan Harapan dalam meraih sokongan satu pertiga pengundi Melayu bagi menumbangkan Barisan Nasional dan membetulkan semula 60 tahun dasar pembinaan negara.

Harapan untuk melihat sebuah Malaysia Baharu seperti yang termaktub dalam manifesto pilihan raya adalah kunci yang telah membawa Pakatan Harapan ke Putrajaya, bagi mentrasformasi Malaysia daripada negara kleptokrasi global kepada negara yang berintegriti; mengembalikan semula kedaulatan undang-undang; mengukuhkan demokrasi; mereformasi sistem pendidikan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia; merapatkan jurang antara golongan miskin dan kaya serta menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya serta memanfaatkan aset kepelbagaian kaum, agama, dan budaya yang teradun di Malaysia bagi membina sebuah tamadun global baharu.

Sepanjang 10 bulan lalu, rakyat Malaysia sudah mula tertanya-tanya sama ada mereka telah meletakkan harapan palsu kepada Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, malah semua masyarakat dan kumpulan di Malaysia.

Jika dalam tempoh empat tahun akan datang, Pakatan Harapan menggunakan formula yang telah membawa kemenangan bersejarah dan keputusan 9 Mei 2018 bagi membina sebuah Malaysia Baharu dan tidak terkeluar daripada landasannya akibat daripada serangan bertali arus dalam bentuk pembohongan tidak berasas, kebencian dan ketakutan yang dimainkan UMNO dan PAS, sokongan popular untuk Malaysia Baharu akan meningkat.

Dengan kekuatan, ketekunan, dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu, tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat sokongan yang lebih besar daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, termasuk meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu ke tahap majoriti. – Roketkini.com

*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ph-perlu-pegang-teguh-agenda-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Dendam Terhadap Najib Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia Baharu Tun Viralhancing

Kerana Dendam Terhadap Najib Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia Baharu Tun Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 592 hits
Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr Mahathir Mohamad apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong golongan lesbian gay biseksual ...
Permohonan Pengambilan Guru Pelatih Baharu Di Ipgm Seluruh Malaysia

Permohonan Pengambilan Guru Pelatih Baharu Di Ipgm Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 876 hits
as salam Mohon viralkanPermohonan pengambilan guru pelatih baharu di IPGM seluruh Malaysia www moe gov my dan perlu beli nombor pin online saja permohonan scr online bermula 8 Mac 2019 ambilan 6000 orang hanya perlu keputusan SPM sekurang n...
Ngos As Puppets In Malaysia Baharu

Ngos As Puppets In Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 263 hits
Is everything a numbers game that people are so desperate to include any random organizations Brian Lee On 25th February 2019 Malaysiakini published an article covering the joint statement made by 42 NGOs NGOs criticise Johor government s l...
Bukankah Lgbt Sebahagian Daripada Malaysia Baharu Isma

Bukankah Lgbt Sebahagian Daripada Malaysia Baharu Isma

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 462 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Apa erti menteri agama kata LGBT ditolak di Malaysia BANGI Kalau hidangan sudah bercampur najis bagaimana hendak asingkan sewaktu ingin makan Itulah yang boleh digambarkan oleh Amir Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Abd...
Malu Apa Bossku Cabar Semangat Malaysia Baharu

Malu Apa Bossku Cabar Semangat Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 238 hits
FENOMENA ldquo bossku rdquo ini telah menghujani media sosial kebelakangan ini Tiga perkataan ini telah menjadi bahan kempen sosial media untuk bekas pengerusi Barisan Nasional yang giat berkempen di pilihan raya kecil dalam strategi menafi...
Malaysia Baharu Haru Biru Akibat Dosa Politik Tun M

Malaysia Baharu Haru Biru Akibat Dosa Politik Tun M

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 358 hits
Rakyat khususnya orang Melayu berhak bertanya Tun Dr Mahathir Mohamad apa sudah jadi dengan Malaysia Baharu Dari semasa ke semasa semakin bercelaru dan haru biru Ada pihak mempertahankan perhimpunan menyokong LGBT di Putrajaya ahli politik ...
Telekom Malaysia Ke Arah Tm Baharu Menjelang 2021

Telekom Malaysia Ke Arah Tm Baharu Menjelang 2021

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 220 hits
Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka bagi suku tahun berakhir 2018 yang lepas dan pada masa yang sama berkongsi sejumlah strategi syarikat mereka untuk bergerak ke hadapan Menurut TM untuk tahun 2019 ini merek...
Sultan Brunei Adakan Lawatan Kerja Kke Malaysia Esok

Sultan Brunei Adakan Lawatan Kerja Kke Malaysia Esok

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan berangkat mengadakan lawatan kerja ke Malaysia esok sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke 22 antara Malaysia dengan Brunei Kementerian Luar memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moh...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang