Ph Perlu Kaji Semula Perjanjian Anwar Sebagai Pm




BUKAN tidak simpati dengan insan bernama Anwar Ibrahim. Beliau pernah berada di kemuncak dan hanya selangkah lagi untuk menjadi perdana menteri.
Tiba-tiba kesemua itu direnggut begitu sahaja dan tidak cukup itu, beliau kehilangan kehidupan selama puluhan tahun.
Jadi apabila beliau dibebaskan daripada penjara selepas mendapat pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong tempoh hari ia menjadi satu fenomena lantaran segala pertuduhan sebelum ini dikatakan satu konspirasi politik.
Kini beliau berada di dalam arus perdana politik negara kembali. Tapi Anwar bukan lagi pemimpin yang suatu ketika dahulu orasi politiknya bisa memukau sejuta umat. Dengan menonton video ucapan beliau di youtube sahaja sudah bisa membangkitkan semangat perjuangan.
Anwar tidak lagi menjulang isme perjuangan sebagaimana ketika beliau sedang meroket naik di dalam arena politik.
Kini isme beliau terlampau tertumpu kepada merealisasikan impian menjadi perdana menteri.
Justeru kerana terlalu beria-ia untuk menampilkan diri sebagai orang yang paling layak menggantikan Dr. Mahahtir Mohamad, Anwar semakin layu personalitinya.
Pergerakan Anwar pula mudah ditebak, tidak seperti Dr. Mahathir yang sukar dijangka.
Kes Yusoff Rawther yang mendakwa telah diserang Anwar secara seksual songsang hinggakan dia melakukan ujian poligraf untuk membukti dakwaan yang dibuat adalah benar, telah meletakkan Anwar dalam keadaan sangat tidak selesa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador akan membentangkan siasatan kes itu kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Apakah Tommy yang selama ini konsisten menyatakan pendakwaan dan sabitan Anwar bagi kes lampau sebagai konspirasi politik akan mengubah pendirian jika mendapati Yusoff lulus ujian poligraf?
Ataupun beliau akan kekal menyatakan ia tetap bermotifkan politik dan jika itu berlaku maka orang politik akan lebih kebal daripada mana-mana makhluk di dunia ini.
Tetapi jika Yusoff gagal, maka ambil tindakan dan bersihkan nama Anwar dan itulah yang mahu didengar oleh majoriti rakyat. Rakyat sudah jelak dengan kenyataan berunsurkan politik. Rakyat mahukan kebenaran.
Bagi Haniff Khatri Abdulla iaitu peguam Yusoff, Peguam Negara Tommy Thomas tidak wajar terlibat di dalam kes berkenaan kerana selama ini beliau konsisten menganggap semua pertuduhan dan sabitan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik.
Menarik juga untuk dilihat dapatan kaji selidik Merdeka Center yang dibuat di antara 22 November sehingga 29 November 2019 yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.
Kajian ini mendapati Anwar hanya mendapat 32 peratus sokongan responden sebagai PM berbanding 42 peratus sokongan yang diperolehi oleh Dr Mahathir.
Lebih signifikan ialah dapatan hanya 13 peratus responden Melayu memilih Anwar sebagai PM berbanding 58 peratus responden Melayu yang memilih Dr Mahathir.
Anwar bagaimanapun mendapat sokongan padu responden bukan Melayu dengan 58 peratus responden Cina dan 62 peratus responden India memilih beliau sebagai PM.
Bagaimana agaknya Anwar mahu menjadi PM yang baik dengan sokongan hanya 13 peratus responden Melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini?
Justeru jika peratusan itu terus tidak berubah atau menurun maka wajib Pakatan Harapan mengkaji semula perjanjian untuk menjulang Anwar sebagai PM.
Sokongan orang Melayu menurun adalah mudah difahami sudah tentu berkait rapat dengan soal moral dan aqidah. Kisah songsang yang terus melingkari Anwar menyebabkan mereka mulai tawar hati.
Orang Melayu beragama Islam tidak akan memilih pemimpin yang jika disahkan terlibat dengan kegiatan tidak bermoral, apatah lagi seksual songsang.
Apakah Anwar mahu melakukan sumpah laknat sebagaimana bekas perdana menteri, Najib Razak yang dituduh membunuh Altantuya dan turut melakukan ujian poligraf sebagaimana Yusoff, itu terserah kepada beliau.
Jika kedua-dua perkara itu dilakukan dan beliau lulus sokongan orang Melayu akan kembali. Tidak perlu penyokong beliau berdemonstrasi dan mendesak dan menggesa setiap hari supaya Dr. Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.
Ini demi masa hadapan negara bukan masa hadapan Anwar. Saya sendiri tidak berminat untuk menulis tentang Anwar jika beliau seorang penoreh getah di kampung kerana kesan kepada pembangunan negara bangsa adalah minimum.
Tetapi ini soal kepimpinan negara masa hadapan.
Suara Merdeka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/07/ph-perlu-kaji-semula-perjanjian-anwar-sebagai-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Wajib Dipatuhi Jangan Gunakan Video Semburit Untuk Menggagalkan Kemaraan Anwar

Perjanjian Wajib Dipatuhi Jangan Gunakan Video Semburit Untuk Menggagalkan Kemaraan Anwar

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 487 hits
Dalam Islam sebarang perjanjian hendaklah dipatuhi hatta perjanjian dgn musuh atau orang kapir sekalipun selagi mereka tidak khianat dgn perjanjian yg telah dipersetujui bersama Ini yang Nabi ajar di dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah Ap...
Anwar Gesa Pemansuhan Elaun Khidmat Kritikal Dibincang Semula

Anwar Gesa Pemansuhan Elaun Khidmat Kritikal Dibincang Semula

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 334 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kabinet membincangkan semula keputusan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada penjawat awam profesional yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan Beliau berkata ia b...
Anwar Gesa Kerajaan Bincang Semula Keputusan Hapuskan Elaun Kritikal Perkhidmatan Awam

Anwar Gesa Kerajaan Bincang Semula Keputusan Hapuskan Elaun Kritikal Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 479 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat mahu kerajaan mempertimbangkan semula keputusan menghapuskan elaun perkhidmatan kritikal bagi 33 skim perkhidmatan awam tahun hadapan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Anwar yang juga merupakan ah...
Pengakuan Anwar Dan Setpolnya Kes Video Haziq Azmin Dibuka Semula

Pengakuan Anwar Dan Setpolnya Kes Video Haziq Azmin Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 650 hits
Kumpulan pro Anwar Ibrahim tidak puas hati dengan keputusan Tommy Thomas untuk tidak mendakwa mana mana pihak yang terlibat dengan video semburit yang dikaitkan dengan Azmin Ali Mereka anggap ianya sebagai melucukan Kami tidak percaya dan t...
Menteri Pendidikan Baharu Diminta Kaji Semula Penggabungan Umt Dan Unisza

Menteri Pendidikan Baharu Diminta Kaji Semula Penggabungan Umt Dan Unisza

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA TERENGGANU 5 Januari Individu yang bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik diminta mengkaji semula cadangan penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu Menteri Besar ...
Anwar Pm Ambil Semula Mazlee Malik

Anwar Pm Ambil Semula Mazlee Malik

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 353 hits
Mazlee Malik tidak ikut Tun M ke hulu ke hilir Mazlee Malik tidak lakukan adegan semburit Mazlee Malik bukan menteri yg buat perjumpaan di rumahnya waktu malam tawarkan projek kepada MP MP dari Umno Mazlee Malik bukan menteri yg berpoya2 be...
Isis Puji As Karena Bunuh Qassim Sulaimani Dan Menyebutnya Sebagai Tindakan Tuhan

Isis Puji As Karena Bunuh Qassim Sulaimani Dan Menyebutnya Sebagai Tindakan Tuhan

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 248 hits
Organisasi teroris ISIS memuji Amerika Serikat atas pembunuhan Panglima Pasukan Garda Revolusi Iran Qassim Sulaimani Bahkan ISIS menyebutnya sebagai tindakan Tuhan yang mendukung perjuangannya mendirikan kekhalifahan
Raising Alarm On Potential Repercussions Anwar Urges Scrapping Jawi Meet

Raising Alarm On Potential Repercussions Anwar Urges Scrapping Jawi Meet

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 215 hits
Anwar Ibrahim is concerned that the controversy surrounding the teaching of Jawi khat to Standard Four pupils in both national and vernacular schools could further inflame the political and racial situation Therefore he urged all quarters t...
Sering Keliru 3 Penyakit Ini Kerap Disalahpahami Hanya Sebagai Demam

Sering Keliru 3 Penyakit Ini Kerap Disalahpahami Hanya Sebagai Demam

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 288 hits
Salah satu masalah kesehatan yang kerap kita alami sehari hari adalah demam Pada dasarnya kondisi ini merupakan infeksi virus yang terjadi pada saluran pernapasan atas
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization