Ph Perlu Hati Hati Laksana Strategi Khemah Besar Hassan Karim




Pakatan Harapan (PH) yang memutuskan untuk bersama parti parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Muda menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berhati hati dalam melaksakan strategi 'khemah besar'.



Menurut mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Hassan Abdul Karim, PH terpaksa mencuba strategi khemah besar setelah kalah dalam tiga siri PRN iaitu Sabah, Melaka dan Sarawak yang menyebabkan strategi dilaung laungkan oleh DAP dan Amanah itu menjadi popular.


"Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terbubar pada 22 Januari lalu dan PRN akan diadakan, maka Mohamad Sabu dari Amanah melanjutkan strategi pemimpin-pemimpin DAP yang melaungkan tuntutan supaya PH membina “Khemah Besar”.


"Kita sebenarnya tidak tahu apa yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 24 Januari di Ibupejabat KEADILAN di Petaling Jaya.

"Yang kita ketahui di akhir mesyuarat itu dikeluarkan kenyataan media ditandatangani oleh Presiden KEADILAN, Presiden Amanah, Setiausaha Agung DAP dan Presiden UPKO yang antara lainnya menyebut PH memutuskan untuk mengadakan persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang lain.


"Bagaimanapun di dalam kenyataan media itu tidak disebut logo apa yang akan digunakan oleh PH di dalam PRN. Walaupun kemudian terbit kenyataan di media sosial menyatakan PH akan memutuskan soal logo dalam masa dua hari," katanya.


Namun menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, strategi khemah besar amat tidak popular dalam kalangan anggota KEADILAN dan tidak tahu bagaimanakah penerimaan mereka, selepas khemah yang sama pernah dirobohkan oleh Bersatu yang berkhianat pada Februari 2020 lalu.


Begitu juga, katanya, anggota KEADILAN mahu logo parti itu digunakan sebagai logo bersama PH menghadapi PRN Johor.


Semua itu, kata Hassan ditanggung oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengimbangi di antara desakan dalaman dan juga desakan rakan rakan komponen PH.


"Anwar amat tahu sikap dan pendirian anggota KEADILAN dalam isu khemah besar yang sering dibawa oleh Liew Chin Tong dari DAP dan kini dijeritkan pula oleh Mohamad Sabu, Presiden Amanah.


"Bukan satu rahsia lagi bahawa anggota dan penyokong KEADILAN mendesak supaya logo parti itu digunakan oleh PH dalam PRN Johor


"Anwar cukup memahami perasaan aktivis-aktivis KEADILAN yang semakin lantang bersuara “bukan kita tidak sayangkan PH tetapi kita lebih utamakan kemenangan KEADILAN”," katanya.


Walau apa pun, menurut Hassan, hal yang paling utama perlu dipertimbangkan secara rasional ialah berhati hati menghadapi cabaran dua parti baharu yang mahu dijadikan sekutu oleh PH.


Katanya, PH perlu menimbang dengan cermat semua perkara dalam merangka strategi kali ini agar tidak menimbulkan penolakan rakyat di Johor.


"Saya amat ngeri membayangkan KEADILAN dan PH kalah dalam PRN Johor kerana strategi yang salah.


"Pertanyaan saya sebagai anggota KEADILAN yang minta Anwar Ibrahim fikirkan ialah persoalan adakah PH dengan strategi khemah besar itu menguntungkan KEADILAN?


"Saya percaya Umno dan BN boleh dikalahkan dalam PRN Johor. Dengan KEADILAN yang memimpin PH dan menjadi tulang belakang, disertakan strategi yang betul, kita boleh mengulangi kejayaan pada PRU-14 lalu iaitu menewaskan BN dan berjaya mengambil alih kerajaan pusat di Putrajaya," katanya lagi.


Sejak pengumuman dibuat kelmarin, strategi khemah besar mendapat sokongan dan bangkangan dalam kalangan anggota KEADILAN.


Namun kebimbangan utama adalah mengenai pembahagian kerusi, adakah Pejuang dan Muda mempunyai jentera yang kuat di Johor?


Pada pendapat anggota KEADILAN sekiranya dua parti itu tidak mempunyai cawangan yang signifikan, tentu sahaja kerusi yang boleh diberikan kepada mereka terhad dalam jumlah kecil.


Tidak mungkin seperti pembahagian dalam PRU 14 lalu, Bersatu yang tidak diketahui kekuatannya mendapat kerusi sama banyak dengan DAP dan KEADILAN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/ph-perlu-hati-hati-laksana-strategi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Khemah Besar Perlu Hati Hati Nanti Ph Rugi

Strategi Khemah Besar Perlu Hati Hati Nanti Ph Rugi

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 207 hits
Pakatan Harapan yang memutuskan untuk bersama parti parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Muda menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor perlu berhati hati dalam melaksakan strategi khemah besar Menurut mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Nege...
Jaga Jaga Dok Jaja Khemah Besar Khemah Besar Menang Dapat Jawatan Lepas Tu Belah

Jaga Jaga Dok Jaja Khemah Besar Khemah Besar Menang Dapat Jawatan Lepas Tu Belah

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 167 hits
Pengerusi PH Johor YB Aminolhudatelah menerima sijil pengesahan Pakatan Harapan Negeri Johor dari Presiden PH DS Anwar Ibrahim di Tropicana selepas Mesyuarat Khas PRN Johor semalam Pilihanraya negeri yg dipaksakan terhadap bangsa Johor akan...
Idea Khemah Besar Selepas Kalah 2 Prn Iswardy Bantai Idea Mat Sabu P

Idea Khemah Besar Selepas Kalah 2 Prn Iswardy Bantai Idea Mat Sabu P

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 285 hits
IDEA KHEMAH BESAR SELEPAS PH KALAH 2 PRN ISWARDY BANTAI IDEA MAT SABU PH SEDANG MENUJU PERPECAHAN
Khemah Besar Penyelesaian Kemenangan Ph

Khemah Besar Penyelesaian Kemenangan Ph

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 227 hits
Khemah Besar Penyelesaian Kemenangan PH Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa PH untuk kembali kepada gagasan khemah besar yang digunakan sewaktu menghadapi PRU14 sehingga membawa kepada kemenangan mereka Menyentuh mengenai PRN Johor yang b...
Buat Abang Mat Sabu Khemah Besar Tidak Semudah Lafaz Dibibir

Buat Abang Mat Sabu Khemah Besar Tidak Semudah Lafaz Dibibir

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 180 hits
NORMAN RADZUANBuat Abang Mat Sabu KHEMAH BESAR TIDAK SEMUDAH LAFAZ DIBIBIR Mat Sabu adalah pemimpin yg mempunyai pemikiran tipikal Melayu yg mengamalkan jalan pintas Sepatutnya dia perkuatkan parti di mana partinya adalah parti yg dilihat d...
Beri Pinjam Syarikat Judi Jangan Sampai Berulang Skandal Bmf Hassan Karim

Beri Pinjam Syarikat Judi Jangan Sampai Berulang Skandal Bmf Hassan Karim

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 179 hits
Pemberian pinjaman didakwa tanpa cagaran kepada syarikat Genting Hong Kong yang kini muflis menimbulkan tanda tanya mengenai kawal selia institusi kewangan Malaysia Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Menteri Kewangan Datuk S...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

5 Sebab Untuk Rebut Peluang Memiliki Kediaman Di Laman Sendayan 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Petua Bawang Kisar Supaya Tak Cepat Rosak

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

Goreng Sekali Elok Gebu Tak Merekah Ini Tip Buat Bergedil Paling Menjadi

Danar Widianto Feat Gloria Jessica Nuansa Romansa Chord