Strategi Khemah Besar Perlu Hati Hati Nanti Ph Rugi



Pakatan Harapan (PH) yang memutuskan untuk bersama parti parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Muda menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berhati hati dalam melaksakan strategi ‘khemah besar’.
Menurut mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Hassan Abdul Karim, PH terpaksa mencuba strategi khemah besar setelah kalah dalam tiga siri PRN iaitu Sabah, Melaka dan Sarawak yang menyebabkan strategi dilaung laungkan oleh DAP dan Amanah itu menjadi popular.
“Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terbubar pada 22 Januari lalu dan PRN akan diadakan, maka Mohamad Sabu dari Amanah melanjutkan strategi pemimpin-pemimpin DAP lainnya yang melaungkan tuntutan supaya PH membina “Khemah Besar”.
“Kita sebenarnya tidak tahu apa yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 24 Januari di Ibupejabat KEADILAN di Petaling Jaya.
“Yang kita ketahui di akhir mesyuarat itu dikeluarkan satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Presiden KEADILAN, Presiden Amanah, Setiausaha Agung DAP dan Presiden UPKO yang antara lainnya menyebut PH membuat keputusan untuk mengadakan persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang lain.
“Bagaimanapun di dalam kenyataan media itu tidak disebut logo apa yang akan digunakan oleh PH di dalam PRN Johor. Walaupun kemudian terbit kenyataan di media sosial menyatakan PH akan memutuskan soal logo dalam masa dua hari,” katanya.
Namun menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, strategi khemah besar amat tidak popular dalam kalangan anggota KEADILAN dan tidak tahu bagaimanakah penerimaan mereka selepas khemah yang sama pernah dirobohkan oleh Bersatu yang berkhianat pada Februari 2020 lalu.
Begitu juga, katanya, anggota KEADILAN mahu logo parti itu digunakan sebagai logo bersama PH mengahdapi PRN Johor.
Semua itu, kata Hassan ditanggung oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengimbangi di antara desakan dalaman juga desakan rakan rakan komponen PH.
“Anwar amat tahu sikap dan pendirian anggota KEADILAN dalam isu khemah besar yang sering dibawa oleh Liew Chin Tong dari DAP dan kini dijeritkan pula oleh Mohamad Sabu, Presiden Amanah.
“Bukan satu rahsia lagi bahawa anggota dan penyokong KEADILAN mendesak supaya logo parti itu digunakan oleh PH dalam PRN Johor
“Anwar cukup memahami perasaan aktivis-aktivis KEADILAN yang semakin lantang bersuara “bukan kita tidak sayangkan PH tetapi kita lebih utamakan kemenangan KEADILAN”,” katanya.
Walau apa pun menurut Hassan, hal yang paling utama perlu pertimbangan secara rasional ialah berhati hati menghadapi cabaran dua parti baharu yang mahu dijadikan sekutu oleh PH.
Katanya, PH perlu menimbang dengan cermat semua perkara dalam merangka strategi kali ini agar tidak menimbulkan penolakan rakyat di Johor.
“Saya amat ngeri membayangkan KEADILAN dan PH kalah dalam PRN Johor kerana strategi yang salah.
“Pertanyaan saya sebagai seorang anggota KEADILAN yang minta Anwar Ibrahim fikirkan ialah persoalan adakah PH dengan strategi khemah besar itu menguntungkan KEADILAN?
“Saya percaya Umno dan BN boleh dikalahkan dalam PRN Johor. Dengan KEADILAN yang memimpin PH dan menjadi tulang belakang, disertakan strategi yang betul, kita boleh mengulangi lagi kejayaan pada PRU-14 lalu iaitu menewaskan BN dan kita berjaya mengambil alih kerajaan pusat di Putrajaya,” katanya lagi.
Sejak pengumuman dibuat kelmarin, strategi khemah besar mendapat sokongan dan bangkangan dalam kalangan anggota KEADILAN.
Namun kebimbangan utama adalah mengenai pembahagian kerusi, adakah Pejuang dan Muda mempunyai jentera yang kuat di Johor?
Pada pendapat anggota KEADILAN sekiranya dua parti itu tidak mempunyai cawangan yang signifikan, tentu sahaja kerusi yang boleh diberikan kepada mereka terhad dalam jumlah kecil.
Tidak mungkin seperti pembahagian dalam PRU 14 lalu, Bersatu yang tidak diketahui kekuatannya mendapat kerusi sama banyak dengan DAP dan KEADILAN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33942

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Perlu Hati Hati Laksana Strategi Khemah Besar Hassan Karim

Ph Perlu Hati Hati Laksana Strategi Khemah Besar Hassan Karim

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 160 hits
Pakatan Harapan yang memutuskan untuk bersama parti parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Muda menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor perlu berhati hati dalam melaksakan strategi khemah besar Menurut mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Nege...
Buat Abang Mat Sabu Khemah Besar Tidak Semudah Lafaz Dibibir

Buat Abang Mat Sabu Khemah Besar Tidak Semudah Lafaz Dibibir

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 149 hits
NORMAN RADZUANBuat Abang Mat Sabu KHEMAH BESAR TIDAK SEMUDAH LAFAZ DIBIBIR Mat Sabu adalah pemimpin yg mempunyai pemikiran tipikal Melayu yg mengamalkan jalan pintas Sepatutnya dia perkuatkan parti di mana partinya adalah parti yg dilihat d...
Jaga Jaga Dok Jaja Khemah Besar Khemah Besar Menang Dapat Jawatan Lepas Tu Belah

Jaga Jaga Dok Jaja Khemah Besar Khemah Besar Menang Dapat Jawatan Lepas Tu Belah

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 148 hits
Pengerusi PH Johor YB Aminolhudatelah menerima sijil pengesahan Pakatan Harapan Negeri Johor dari Presiden PH DS Anwar Ibrahim di Tropicana selepas Mesyuarat Khas PRN Johor semalam Pilihanraya negeri yg dipaksakan terhadap bangsa Johor akan...
Khemah Besar Penyelesaian Kemenangan Ph

Khemah Besar Penyelesaian Kemenangan Ph

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 199 hits
Khemah Besar Penyelesaian Kemenangan PH Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa PH untuk kembali kepada gagasan khemah besar yang digunakan sewaktu menghadapi PRU14 sehingga membawa kepada kemenangan mereka Menyentuh mengenai PRN Johor yang b...
Idea Khemah Besar Selepas Kalah 2 Prn Iswardy Bantai Idea Mat Sabu P

Idea Khemah Besar Selepas Kalah 2 Prn Iswardy Bantai Idea Mat Sabu P

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 251 hits
IDEA KHEMAH BESAR SELEPAS PH KALAH 2 PRN ISWARDY BANTAI IDEA MAT SABU PH SEDANG MENUJU PERPECAHAN
Fitri Haris Ikut Misi Ke Syria Cekalkan Hati Tinggal Anak Usia 8 Bulan

Fitri Haris Ikut Misi Ke Syria Cekalkan Hati Tinggal Anak Usia 8 Bulan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 158 hits
Fitri Haris ikut misi ke Syria cekalkan hati tinggal anak usia 8 bulanSource https www mstar com my spotlight hiburan 2022 01 20 fitri haris ikut misi ke syria cekalkan hati tinggal anak usia 8 bulan FitriHaris ikut misi Syria cekalkan hati
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy