Ph Mahu Anwar Ibrahim Sebagai Pm



Keputusan hasil daripada temuduga (pengundian) dari kalangan 221 ahli parlimen yang berlangsung selama dua hari berturut-turut di Istana Negara sudah pun selesai dan diketahui. Yang diPertuan Agong telah pun memperolehi keputusan. Esok Yang diPertuan Agong akan membuat tindakan selanjut berdasarkan keputusan tersebut.

Daripada analis keputusan itu, dengan berasaskan kepada beberapa pergerakan politik sebaik pengundian itu selesai, ia memberi petanda tidak ada mana-mana pihak yang mendapat simple majoriti 1(12) untuk membolehkan bentuk kerajaan.

Anwar Ibrahim sebelum mengadakan sidang akhbar lewat petang tadi menjelaskan soal angka sudah tidak relevan lagi dan begitu juga dengan kenyataan-kenyataan berkaitan yang dibuat oleh berbagai pihak selepas itu. Kenyataan Anwar itu cukup saya fahami. Sikap Anwar itu menjelaskan beliau tidak mendapat undi secukupnya untuk diberi peluang membentuk kerajaan.

Begitu juga apabila Mahathir Mohamad membuat perutusan khas menerusi RTM berupa rayuan dan pujukan, memohon maaf kepada rakyat atas apa yang berlaku, menunjukkan beliau juga tidak mendapat angka yang cukup. Menerusi perutusan khas penuh apologetik itu dima-diam beliau masih berhajat untuk jadi perdana menteri.

BN dan Pas petang semalam lagi sudah menyedari yang mereka tidak mempunyai harapan untuk tubuh kerajaan kerana masalah angka tidak cukup. Sebab itu mereka membuat keputusan meminta agar parlimen dibubarkan. Serentak itu juga BN - Pas menarik sokongan kepada Dr Mahathir.

Dari analisis saya Anwar mendapat sokongan 92 undi, manakala Mahathir 58 dan BN-Pas pula 61 undi. Anwar mendapat undi solid daripada parti-parti PH. Mahathir yang sepatut memperolehi 64 undi mendapat 58 undi sahaja ini bermakna 6 undi tidak mengundinya. Angka inu agak memalukan beliau dan kerana angka inilah beliau membuat perutusan khas.

BN dan Pas yang sepatutnya mendapat undi penuh 63, kurang 2 undi. Ertinya ada dua ahli parlimen dari kumpulan itu tidak menyokong mereka.

Dari 221 yang berhak mengundi, difahamkan terdapat 10 yang tidak mengundi. Apakah mereka ini berkecuali atau undinya rosak?

Dari segi peratusan dan jumlah undi tertinggi berpihak kepada PH, ini bermakna Anwar layak diisytiharkan menang. PH memerlukan 20 undi untuk mendapat majoriti mudah, 112.

Yang diPertuan Agong boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberi kepada mana-mana kumpulan membentuk kerajaan. Bagaimana pun berdasarkan kedudukan itu, besar kemungkinan baginda boleh memilih untuk membubarkan parlimen.

Apa menyebabkan Mahathir maupun Anwar tidak cukup undi adalah kerana perbalahan sesama sendiri. Padan muka. Dan kerajaan PH yang lenyap itu boleh dibangunkan kembali sekiranya Anwar dan Mahathir sedia untuk duduk bersama. - mso

Tun Madey boleh cakap apa saja dalam media. Nak buat kerajaan perpaduan ke. Kerajaan pasola ke. Kerajaan firaun ke. Tapi Tun kena ingat Tun adalah pm sementara sehingga pm baru di lantik oleh Agong.

Tun dah takde power full seperti pm yang di angkat oleh rakyat melalui pilihanraya. Kalau esok pihak istana umumkan nama pm baru atau bubar parlimen. Tun kena terima kenyataan.

Idea kerajaan perpaduan dari Tun sudah di tolak oleh PAS dan UMNO melalui berapa kenyataan pemimpin atasan mereka. Nampaknya Tun tak boleh lari dari perangkap yang Tun pasang sendiri. Nak u-trn ke PH. Ahli gabungan Ph dah menyampah tengok Tun. Rasanya elok Tun undur secara terhormat. - f/bk


Pakatan Harapan today confirmed that its components have nominated PKR president Anwar Ibrahim as the eighth prime minister. During a press conference today at the PKR headquarters after a PH Presidential Council meeting, Anwar said the coalition has been working to defend the mandate given to Pakatan Harapan by the people.

The coalition said this is after Mahathir, who is now serving as the interim prime minister, refused to chair the Harapan presidential council meeting on Tuesday. That meeting was held to restore the previous Harapan-led government led by Mahathir, which has since collapsed.

"Following the attempt to form a government through the backdoor, Mahathir resigned as prime minister.

“The decision by Bersatu to quit Harapan was followed by Mahathir's decision to quit as the Bersatu chairperson.

"Following this, the presidential council invited Mahathir to chair its meeting to revive the Harapan government.

“But Tun (Mahathir) did not agree to attend the meeting which was held on Feb 25."  

"Thus, the presidential council yesterday decided that the prime minister candidate for Pakatan Harapan is Datuk Seri Anwar Ibrahim," PKR president Anwar Ibrahim said, reading from a statement, at the PKR headquarters in Petaling Jaya this evening. - mk

Bolehkah Agong lantik PM tanpa majoriti di Parlimen... 
Setakat malam ini, aku menyimpulkan tiada mana-mana calon dari kalangan ahli Dewan Rakyat memperolehi majoriti untuk menjadi Perdana Menteri yang baru. Mengikut maklumat terkini, bilangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mencalonkan Anwar Ibrahim mengatasi calon-calon lain.‬ Jika, diandaikan dalam konteks pilihanraya pelbagai parti dan calon, Anwar sudah boleh diumumkan sebagai pemenang.‬

‪Namun, kini bukan soal menang sesuatu pilihanraya, tetapi mengenai perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.‬ ‪Terserah kepada Yang di-Pertuan Agong melantik seorang ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri yang pada pendapatnya mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat.‬

‪Persoalannya, bolehkah Agong melantik Perdana Menteri yang tidak bermajoriti semasa di Parlimen, sekalipun ahli Dewan Rakyat itu terbukti mendapat kepercayaan lebih besar berbanding dari calon-calon yang lain?‬ ‪Dengan lain perkataan, bolehkah Agong melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan lebih besar ahli-ahli Dewan, tetapi tidak bermajoriti mutlak di Parlimen?‬

‪Pada pendapat aku, itu tidak menjadi masalah. Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pembentukan sesebuah kerajaan minoriti. Malah, dalam amalan demokrasi Westminster, kerajaan minoriti telah berkali-kali dibentuk tanpa majoriti di House of Commons UK sejak 1900 dan juga diamalkan di lain-lain negara maju berdemokrasi. ‪Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang mengetahui Jemaah Menteri dengan berkerajaan minoriti.

‪Kerajaan minoriti terbentuk dalam sistem demokrasi berparlimen apabila sesebuah parti atau gabungan parti-parti tidak mempunyai majoriti mutlak dalam parlimen.‬ ‪Tanpa majoriti, kerajaan minoriti tentunya akan lebih cenderung menjadi tidak stabil, kerana ia mudah terdedah kepada penolakan rang undang-undang, dan jika pembangkang bersatu dengan cukup bilang bermajoriti, kerajaan boleh ditumbangkan dengan undi tidak percaya di parlimen.‬

‪Jika diluluskan ketetapan undi tidak percaya, Perdana Menteri dan kerajaan minoriti hendaklah meletakkan jawatan selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri kemudiannya boleh meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, dan pilihanraya umum diadakan.‬

‪Mengatasinya, kerajaan minoriti perlu mengambil langkah berunding dengan satu atau dua parti lain untuk membentuk kerajaan campuran yang baru, atau mengekalkan kerajaan minoriti dengan disokong oleh parti-parti pembangkang tersebut dalam bentuk persefahaman yang tertentu, dan mengekalkan mereka sebagai pembangkang.‬

‪Pembentukan kerajaan minoriti bukan suatu yang pelek dalam sistem parlimen, khasnya dalam negara-negara maju berdemokrasi. ‬ ‪Pada masa kini, setakat Februari 2020, terdapat banyak negara maju berdemokrasi mempunyai kerajaan minoriti, antaranya — Belgium, Canada, Croatia, Republik Czech, Denmark, Ireland, Netherlands, New Zealand, Norway, Portugal, Romania, Slovenia, Sepanyol dan Sweden.‬

‪Negara paling siknifikan sentiasa berkerajaan minoriti ialah Denmark. Sejak 1982, Denmark hampir tidak pernah mempunyai kerajaan majoriti. Namun, kerajaan yang silih berganti di Denmark dapat melakukan reformasi ekonomi tanpa masalah di parlimen.‬

‪Pada hari ini Mette Frederiksen, seorang wanita berusia 43, menjadi Perdana Menteri Denmark sejak 27 Jun 2019. Beliau mengetuai parti Social Democrats yang memperolehi cuma 26.8% atau 48 daripada 179 kerusi di Parlimen, tapi mendapat sokongan daripada beberapa parti pembangkang yang lain untuk berkuasa.‬

‪Sekalipun, tanpa kerajaan majoriti, Denmark tak mengalami krisis politik. Malah, Denmark kekal menjadi negara bersih rasuah di dunia sebagai negara No.1 (terbaik) dalam Indeks Persepsi Rasuah mengikut laporan Transparency International 2019 dan negara No.4 terbaik dunia dalam Indeks Mudah Menjalankan Perniagaan mengikut laporan Bank Dunia 2020 selepas New Zealand, Singapura dan Hong Kong.‬ - Abd Malik Husain

Keputusan atas perbincangan dia...Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Tun Mahathir...
Tun Mahathir dalam sidang media khasnya mencadangkan suatu kerajaan campuran dibentuk daripada kalangan individu yang akan dilantik oleh Tun sendiri untuk menganggotai Jemaah Menteri Malaysia.

Inidividu yang dipilih dan dilantik oleh Tun itu hanya akan bertanggungjawab kepada Tun bukannya kepada pengundi atau rakyat yang memilih sedangkan yang memilih individu itu ialah pengundi. Pengundi memilih supaya mereka bertanggungjawab kepada pengundi bukan kepada Tun semata-mata.

Apabila individu dipilih dan dilantik oleh Tun, maka apa saja yang Tun mahukan perlu dipatuhi, jika tidak, mereka juga akan diganti oleh orang lain yang boleh mentaati Tun. Ini Kerajaan Tun Mahathir bukan Kerajaan Malaysia. 

Raja hanya melantik Tun sebagai Perdana Menteri Sementara bukan untuk Tun memilih individu menjadi Jemaah Menterinya dan mentaatinya tetapi sementara Perdana Menteri yang mendapat majoriti Ahli Dewan Rakyat dipilih.

Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat akan memilih dan melantik ahli Jemaah Menterinya bagi membantu Yang diPertuan Agong mentadbir Malaysia. Inilah Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia akan bertanggungjawab kepada Malaysia bukan individu. - f/bk

Dr.M sahkan dia berhasrat untuk mungkiri janji peralihan kuasa...

"Gomen tanpa DAP" kata UMNO/PAS 
- bukan macam dok hisap gam...
Aku hairan dengan cadangan ‘Kerajaan Tanpa DAP’ yang dicadang oleh PAS dan UMNO. Sebab ini adalah perkara yang sangat fundamental dalam demokrasi. MP DAP ialah 42 orang. Nak jadi MP, mereka mesti menang pilihanraya kerusi parlimen. Mereka jadi MP bukan sebab menang undian online (macam yang biasa PAS buat). Tetapi, mereka jadi MP sebab rakyat di Parlimen mereka yang pilih mereka.

Jika tiba-tiba guna jalan belakang nak main gabung-gabung lepas tu nak nafikan 42 kawasan parlimen, memang sangat bodoh la cadangan itu. Sebab tu Tun tak bodoh. Idea tu merepek. Tun tahu yang mengundi 42 MP itu bukan lembu dan kambing, bukan pokok dan sungai, tetapi manusia. Rakyat. 

Tak kisahla kau anti DAP, kau nampak DAP lebih rasis dari MCA (yang kini sangat suci), tetapi Tun tak akan nafikan suara 42 kawasan parlimen yang merupakan suara rakyat dibawah naungan dia.

Setiap MP dari 42 kawasan tu kau ingat 3 orang ke undi diorang? Kau ingat diorang Azwan Ali ke? Kebanyakan MP DAP menang lebih 10K majoriti. Menang yang sangat besar. Ada yang menang lebih 20K majoriti.

Bagaimana kau yang berpencak dalam demokrasi berparlimen boleh keluarkan idea nak nafikan kewujudan 42 kerusi parlimen?

Point aku, bukan aku back up DAP, tetapi aku nak kita berpolitik bukan macam hisap gam. Khayal dengan fantasi dan mitos. Kau boleh benci DAP, memang orang Melayu sangat sensitif dengan DAP. Tetapi kau tak boleh nafikan pengaruh mereka. Lebih dari itu, kau tak boleh nafikan mereka mewakili suara rakyat Malaysia di 42 kawasan parlimen seluruh negara. Mereka 42 kerusi, bukan 18. - Mus'ab Muzahar

Pelik tengok kenyataan, sidang media Anuar Musa dan Takiyyudin Hassan SU UMNO dan PAS.. tiba tiba pulak jadi berprinsip nak bubar Parlimen.. minta rakyat buat pilihan..kalau beprinsip..jangan kata tandatangan SD.. hotel Sheraton tu pun korang tak jejak ikut Azmin..

Takkan lah dah berpuluh tahun jadi Kerajaan tak faham Perlembagaan, Undang2.. nak bubar Kerajaan pertama selepas 3 tahun.. keduanya mesti atas nasihat Perdana Menteri.. sejak bila Pembangkang boleh cadang pada YDP Agong untuk bubar Parlimen..

Kalau betul beprinsip.. apakah depa tak tahu kerajaan hari ini rakyat pilih masa PRU 14 atas nama apa ? Pakatan Harapan.. jadi yang ramai ramai pi Hotel Sheraton..berpakat dengan geng Azmin untuk tubuh Kerajaan perikatan Nasional tu mana pergi prinsip masa tu ?

Masa tu kenapa tak kata, Kami tak boleh tubuh kerajaan.. sebab Rakyat memilih Kerajaan atas nama Pakatan Harapan masa PRU 14.. tiba tiba jadi berprinsip kononnya sebab kerajaan ada DAP.. bawa pulak cerita Israiliyat yang pintu dah takda..rumah dah terbakar.. semua benda nak salah DAP..

Hakikatnya bukan sebab rumah dah terbakar.. tak tahu perlembagaan.. Sebab tuan Rumah(Tun Mahathir) dah kunci korang kat dalam.., korang dah terperangkap kat dalam bilik tu.. dengan pak Imam, dengan Penyamun semua.. lepas tu GPS dan warisan tarik sokongan kepada gabungan PAS dan UMNO.. dok kata ada 130 MP sokong.. Semalam siap siar berita konvoi 129 ahli Parlimen bersama Tun ke Istana Negara.. 

Kalau cukup bilangan comfirm korang akan jatuhkan Kerajaan PH malam tu jugak.. bab cerita rumah terbakar ni semua cerita nak cover malu rampasan kuasa gagal...sebenarnya bukan rumah terbakar.. tapi korang rajin sangat dok nyanyi lagu anak kecil main api(Perkauman dan Ashabiyah).. kalau asyik hari hari main api, mahu tak terbakar rumah..dengan diri sendiri rentung.. - Ipohmali

Mahathir’s Unity Govt May Include Hishammuddin-
Here’s Why UMNO and PAS Are Terribly Upset...
During the Sunday dinner at Sheraton Hotel PJ, about 130 Members of Parliaments were seen laughing and hugging each other like long lost brothers and sisters. Everyone was extremely happy, especially UMNO President Ahmad Zahid Hamidi and UMNO treasurer Tengku Adnan Tengku Mansor – two politicians currently facing corruption and money laundering charges.

People were reading with disgust how the crooks were about to walk free in less than 48 hours upon the forming of a new coalition government called Perikatan Nasional, comprising Bersatu (PPBM), PKR faction aligned with Azmin Ali, Sarawak-based GPS, Sabah-based Warisan and oppositions UMNO and PAS. They were happily counting their chickens before they hatch.

UMNO secretary-general Annuar Musa believed the ruling Pakatan Harapan (PH) coalition was doomed. He said a new coalition (Perikatan Nasional) would most likely take over the government. He admitted that everyone in UMNO was “very happy” with the latest political developments. MIC president Vigneswaran revealed that Azmin was quitting while Bersatu was about to pull out of PH.

However, 48 hours later, not only were those glowing happy faces turned gloomy, they have made a spectacular U-turn. Mahathir had resigned. Their initial undivided support for Mahathir, written clearly in statutory declarations (SD) and submitted to the Agong (King), has been withdrawn. UMNO and PAS wanted a snap election instead. The Opposition no longer supports Mahathir.

With friends like PAS President Hadi Awang, clearly Mahathir doesn’t need enemies. Did not the Islamist party scream their lungs out prior to the failed coup that they would defend and support the 94-year-old (former) PM Mahathir until their last blood? In fact, Hadi’s fetish for Mahathir was so extraordinary that he had even planned a “motion of confidence” for the premier.

Not many moons ago, expressing his admiration on the Twitter platform, the PAS president said – “To save Malaysia, I see Tun M (Mahathir) becoming better with age, proven to be experienced. Can’t be sure of others (having the same experience).” Mr. Hadi had religiously pledged, almost on a daily basis, to support Mahathir’s leadership until the end of his term in 2023.
Zahid Hamidi and Hadi Awang - Gloomy Face
Amusingly, now that 3 remaining parties of Pakatan Harapan coalition – PKR, DAP and Amanah – have pledged their undivided support for interim prime minister Mahathir to become the 8th Prime Minister of Malaysia, PAS isn’t interested to back the same man they had been worshipping anymore. Exactly what type of Islamist holy men is Hadi Awang and his minions?

Apparently, the excitements started after Reuters revealed that Mahathir, who had resigned on Monday (Feb 24) as the country’s 7th prime minister, but appointed by the King as interim prime minister, was proposing a unity government. He had started meeting with leaders of all political parties at his office on Tuesday (Feb 25), his first day as interim PM.

Mahathir met PKR president Anwar Ibrahim, DAP secretary-general Lim Guan Eng and Amanah president Mohamad Sabu. He also talked with oppositions UMNO president Ahmad Zahid Hamidi and PAS president Abdul Hadi Awang, along with Sarawak Chief Minister Abang Johari Openg. He even met with traitors Bersatu president Muhyiddin Yassin and (former PKR deputy president) Azmin Ali.

Initially, there was a perception that the unity government would bring both sides of the political divide together under a single umbrella, creating a political landscape that will see zero opposition parties. However, UMNO and PAS went berserk when Mahathir’s media and communications adviser, Kadir Jasin, revealed that kleptocrats and crooks are not welcome in the new government.

It’s not hard to understand why the Opposition had no issue with the idea of grabbing power through backdoor government, but is now foaming at the mouth protesting the concept of a unity government. UMNO argued that they disagreed with the proposal to form a unity government because it include DAP, a Chinese dominated political party which was part of the now-collapsed PH government.

Since their embarrassing defeat in May 2018, the Opposition, especially UMNO, has been falsely and deliberately stirring up racial and religion sentiments among the Malays that the Muslims and Malay Rulers have lost power to the “Chinese, Christians and Communists”. Their excessive hatred for DAP is due to the fact that up to 95% ethnic Chinese had voted for then-opposition DAP.
 Lim Kit Siang and Mahathir Mohamad
DAP (Democratic Action Party), who won a staggering 42 parliamentary seats, was largely responsible for bringing down the corrupt regime of Barisan Nasional (BN), of which UMNO was the dominant party. Had DAP been a component of BN instead, the racist UMNO-Malays would not call DAP as a racist party. There would be hugs and kisses instead.

In the same breath, UMNO and PAS refused to have DAP in the same unity government for a simple reason that the powerful DAP-Chinese would block, veto and protest any plans to enrich UMNO and PAS warlords with contracts, projects and Mercedes-Benz. UMNO, armed with 39 MPs, prefers to be the dominant party in a new government for obvious reason.

Therefore, the rejection of the so-called “racist DAP” in a new government is actually due to self-interest, greed and dominance desired by the corrupt UMNO-Malays and PAS-Muslims. If DAP was as corrupt as their despicable partner MCA, neither UMNO nor PAS would reject its presence – birds of the same feather flock together. It was just an excuse to accuse DAP of being racist.

Besides incorruptible DAP (in relative to UMNO), the real reason why UMNO and PAS withdrew their support for Mahathir is because big time crooks like Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan, Bung Moktar and Azeez Abdul Rahim will not only be prevented from becoming ministers, their criminal charges will proceed according to the law.

That was why an angry Annuar Musa said Mahathir must accept all MPs en bloc and not cherry pick certain MP individually to form a unity government. Essentially, that would mean crooks like Zahid Hamidi and Tengku Adnan must be made senior ministers in the Mahathir’s new administration. UMNO wanted Mahathir to close one-eye and drop all their criminal charges.

If Mahathir can accept those conditions – let bygones be bygones – then the old man can enjoy the support from UMNO’s 39 MPs and PAS’ 19 MPs. One of the UMNO warlords who received the privilege to meet Mahathir at his office on Tuesday was former UMNO vice-president and cousin to former premier Najib Razak – Hishammuddin Hussein.
Dr.M and Hadi - RM400 mil deal?
It’s safe to predict that Mr Hishammuddin will most likely be roped in to be part of Mahathir’s new cabinet. He used to be one of the most racist UMNO leaders, brandishing his “Keris” (Malay dagger) and threatening minorities Chinese and Indians. However, after the BN did poorly in the 2008 general election, he apologised to all Malaysians for his action.

Hishammuddin was also tainted with alleged corruptions over and swap deals involving the Defence Ministry (Mindef) during his era. To Mahathir, however, Hishammuddin is considered the best of breed and in relative to his cousin Najib’s 1MDB scandal, the corruptions committed by the former defence minister (if there’s any) are minuscule and forgivable.

Mahathir’s cherry picking of the best candidates from across all political parties is arguably a great strategy to divide UMNO and PAS. By having MPs from the oppositions as ministers in a unity government, it would create a tricky situation for UMNO and PAS to condemn the new government unnecessary as it would be seen as a slap on its own face.

Malay Dignity Congress - Azmin Ali, Hadi Awang, Mahathir Mohamad and Annuar Musa

More importantly, a well-balanced composition of ministership from both sides of the political divide could reduce excessive politicking, racism and extremism so that political stability desired by investors can be created. A well run government, thus, will be bad news to opposition parties. Sure, a unity government might not be a cup of tea for everyone.

But based on the latest coup and the climate of radicalisation and extremism experienced by the country since May 2018, a unity government is perhaps the best medicine for the country, at least temporarily. If this recipe is a success, the political landscape will change again. Politicians will increasingly be evaluated and elected largely based on competency and maturity, and not political parties.

A new Pakatan Harapan 2.0 is in the making, and there’s nothing UMNO and PAS can do to stop it. Both Sarawak-based GPS (18 MPs) and Sabah-based Warisan (9 MPs) – the kingmakers – have thrown their support for Mahathir. Even traitor Azmin Ali has repeatedly assured of his gang of 11 traitors’ support for the old man. It’s incredible that even without a political party, Mahathir possesses the support of 63 MPs (including Bersatu’s 25 seats). - FT

cheers.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alditta.blogspot.com/2020/02/ph-mahu-anwar-ibrahim-sebagai-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk Pm Ke 8 Bila Tommy Thomas Letak Jawatan Apa Petandanya

Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk Pm Ke 8 Bila Tommy Thomas Letak Jawatan Apa Petandanya

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 748 hits
Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan Istana Negara lewat petang semalam jelas menunjukkan kemelut politik tanah air masih belum dapat diselesaikan SPB YDP Agong masih lagi belum lagi dapat memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Perda...
Anwar Ibrahim Dedah Intipati Pertemuan Dengan Pm

Anwar Ibrahim Dedah Intipati Pertemuan Dengan Pm

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 370 hits
Anwar Ibrahim Dedah Intipati Pertemuan Dengan PM Seperti yang semua ketahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat pertemuan bersama dengan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Anwar Ibrahim Dedah Intipati Pertemuan Dengan PM Jadi setel...
Anwar Ibrahim The 8th Prime Minister

Anwar Ibrahim The 8th Prime Minister

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 420 hits
After a great showdown yesterday evening by Azmin Ali UMNO and PAS groups it is disclosed that they were unable to get the required numbers to takeover the Federal government With the latest development that Tun Dr Mahathir had tendered his...
Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 385 hits
Presiden Partai Keadilan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim kemarin mengatakan dia dikhianati oleh anggota partai koalisi Pakatan Harapan
Mahathir Hanya Perlu Letak Jawatan Jika Dewan Rakyat Bersetuju Anwar Sebagai Pm

Mahathir Hanya Perlu Letak Jawatan Jika Dewan Rakyat Bersetuju Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 404 hits
Untuk kesejahteraan dan kestabilan kerajaan Anwar perlu mendapatkan terlebih dahulu mandat melalui Dewan Rakyat untuk menerajui negara sebagai PM selepas November 2020 menggantikan Mahathir Tarikh peralihan kuasa JUGA perlu mendapat mandat ...
Pengajaran Untuk Anwar Ibrahim Guan Eng Najib Geng

Pengajaran Untuk Anwar Ibrahim Guan Eng Najib Geng

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 320 hits
PERPECAHAN di dalam Pakatan Rakyat ada HIKMAHnya Akhirnya pemimpin pemimpin politik mendapat PETUNJUK betapa KERDILnya mereka Sekarang baru mereka tahu langit tinggi atau rendah Belajarlah dari PENGAJARAN ini 1 ANWAR IBRAHIM WAN AZIZAH dan ...
Satu Pengkhianatan Kerana Sudah Janji Anwar Ibrahim

Satu Pengkhianatan Kerana Sudah Janji Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 348 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan berlakunya pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang mungkin menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan dalam masa terdekat Menerusi tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Ke...
Three Scripts In Anwar Ibrahim S Succession Dream

Three Scripts In Anwar Ibrahim S Succession Dream

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 282 hits
PHLIP RODRIGUES NEW MALAYSIA TIMES When Anwar Ibrahim stretches out his hand now he can already feel the contour of the seat of power resting in Putrajaya The thrills and excitement that come from the realisation of his ambition to become p...
Khalid Samad Desak Dr Mahathir Sokong Anwar Sebagai Pm8

Khalid Samad Desak Dr Mahathir Sokong Anwar Sebagai Pm8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 420 hits
Dalam satu siri ciapan di Twitter Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad meminta Dr Mahathir Mohamad ke Pakatan Harapan Beliau juga meminta pemimpin berusia 94 tahun itu untuk bersama sama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan isterinya Dr...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik