Ph Kalah Di Rantau Sebab Tak Faham Kerisauan Rakyat


Haspaizi Zain  
   
Kegagalan Pakatan Harapan (PH) menangani masalah rakyat seperti kos sara hidup menjadi punca kekalahan gabungan itu dalam PRK Rantau, kata beberapa penganalisis.

Selain itu, mereka juga menyatakan faktor calon - bagi PH dan juga BN - turut menyumbangkan keputusan Sabtu lalu.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata di mata pengundi, masalah seperti kos sara hidup dan subsidi lebih utama berbanding reformasi institusi.

Beliau memberikan penstrukturan semula Bantuan Sara Hidup (dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebagai contoh.

"Kerajaan PH gagal menyelesaikan perkara yang membabitkan kehidupan rakyat. Kos sara hidup masih tidak turun...Rakyat tidak peduli isu besar, reformasi itu dan ini misalnya.

"Apa yang mereka tahu adalah survival. Apabila membabitkan soal ekonomi, rakyat tak boleh bertahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mazlan AliSelain itu, katanya, BN dan PAS dilihat masih berjaya memainkan naratif kedudukan Islam dan Melayu serta Raja-raja terjejas di bawah pentadbiran PH.

Teras pertama Manifesto PH adalah berkenaan meringankan beban kehidupan rakyat, antaranya melalui pemansuhan GST dan kutipan tol (yang belum dilaksanakan).

Selain itu PH juga berjanji untuk memperkenalkan subsidi petrol bersasar - yang kini dalam perancangan - dan menyamaratakan gaji minimum sebelum meningkatkannya

Semalam bekas menteri kewangan Daim Zainuddin turut mengatakan keputusan PRK Rantau adalah susulan kemarahan rakyat berkenaan isu kos sara hidup tersebut.

Menurut Astro Awani, beliau berkata kekalahan itu adalah cabaran kepada kerajaan untuk berdepan sentimen rakyat namun berpandangan keadaan akan menjadi lebih baik dalam masa enam bulan lagi.
Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MYRISS) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Mohd Mizan Aslam juga membangkitkan apa yang menurutnya "keutamaan kerajaan" sebagai punca kekalahan.

"Sebelum berkuasa mereka mempuyai hala tuju perjuangan yang jelas, namun, bila sudah ada kuasa tidak boleh fokus kepada perjuangan.

"PH tidak lagi meletakkan keutamaan untuk selesaikan masalah-masalah ataupun keresahan masyarakat umum. Kedudukan Islam dan Melayu juga dilihat semakin terhakis," katanya.

Katanya, kebebasan bersuara pada masa ini boleh menjadi "senjata makan tuan" kepada kerajaan.
Seorang lagi penganalisis politik Dr Azmi Hassan daripada UTM pula menyifatkan calon PH Dr S Streram bukan lawan calon BN Mohamad Hasan

Katanya, pemilihan Streram sebagai calon sebenarnya telah menandakan kemenangan buat BN.
"Apatah lagi ada pihak dalam PKR sendiri yang pada mulanya tidak setuju dengan langkah itu," dakwanya lagi.

Sabtu lalu, Mohamad kekal sebagai wakil rakyat Rantau apabila mendapat 10,379 undi, menewaskan Streram yang meraih 5,887 undi serta dua calon bebas, R Malar (83) dan Mohd Nor Yassin (79).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/ph-kalah-di-rantau-sebab-tak-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

Ph Kalah Teruk Di Rantau Bukan Bermakna Rakyat Akan Tolak Ph Pada Pru Akan Datang Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 432 hits
PULAU PINANG 14 April Kekalahan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau semalam tidak bermakna majoriti rakyat menolak kepemimpinan PH Sambil menerima keputusan itu dengan hati terbuka Setiausaha Agung Par...
Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

Rakyat Marah Harga Barang Naik Punca Ph Kalah Prk Daim

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 485 hits
Kerajaan Pakatan Harapan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan deng...
Kalah Di Rantau Buat Janji Enam Bulan Pula Cara Nak Panjangkan Hayat Kerajaan

Kalah Di Rantau Buat Janji Enam Bulan Pula Cara Nak Panjangkan Hayat Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR 16 April Berjanji adalah penyakit Pakatan Harapan untuk menipu rakyat dan terbaru Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin dipetik berkata memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih
Adakah Isu Felda Pink Diamond Akan Senyap Lepas Ph Kalah Di Rantau

Adakah Isu Felda Pink Diamond Akan Senyap Lepas Ph Kalah Di Rantau

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 350 hits
Din Pagoh Muhyidin Yassin menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengelirukan rakyat dalam soal pelaburan Felda dalam Eagle High Plantation dan KL Vertical City Project Tuduh Din Pagoh lagi Najib menggunakan calculated statement untuk meng...
Bn Menang Rantau Bukti Rakyat Dah Muak Dgn Kebodohan Pembohongan

Bn Menang Rantau Bukti Rakyat Dah Muak Dgn Kebodohan Pembohongan

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 528 hits
Tahniah Datuk Seri Mohammad Hassan yang menang cemerlang di PRK Dun Rantau sebentar tadi Sekalipun tak sama cemerlang dengan majoriti pilihanraya DUN Rantau terakhir yang beliau menang pada tahun 2013 lebih 8 ribu undi tapi dalam keadaan se...
Bakti Jadi Saksi Tiada Alasan Rakyat Rantau Tidak Mengundi Tok Mat

Bakti Jadi Saksi Tiada Alasan Rakyat Rantau Tidak Mengundi Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 295 hits
TEMPOH berkempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau akan melabuhkan tirai tepat pada jam 11 59 malam ini Parti parti yang bertanding menjalankan kempen dengan pelbagai gaya dan bentuk baik bertemu pengundi di rumah rumah walka
Penyokong Ph Tumbuk Seorang Datuk Selepas Streram Kalah Prk Rantau

Penyokong Ph Tumbuk Seorang Datuk Selepas Streram Kalah Prk Rantau

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 478 hits
PRK RANTAU Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Bandar Ekar tegang berikutan rasa tidak puas hati sesama penyokong berketurunan India selepas kekalahan calon mereka Dr S Streram Insiden itu bermula apabila seorang penyokong dari Kuala Lum...
Statut Rom Gelombang Besar Boleh Wujud Jika Rakyat Faham

Statut Rom Gelombang Besar Boleh Wujud Jika Rakyat Faham

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 392 hits
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media mengenai Bantahan Statute Rome di Bangunan UMNO Selangor Shah Alam Selangor foto IQBAL BASRI SHAH ALAM Badan Perhubungan UMNO Selangor tidak...
Lautan Rakyat Rantau Sokong Tok Mat Tolak Kerajaan Ph

Lautan Rakyat Rantau Sokong Tok Mat Tolak Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 809 hits
Lautan rakyat RANTAU hadir malam ini ke Ceramah Perdana di Taman Angsamas boleh dikatakan sebagai signal kuat menyokong Calon BN pada 13hb ini Jika dibanding dengan ceramah PKR jelas mood rakyat Rantau masih tetap kenangkan jasa Tok Mat sel...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar