Ph Janji Tiada Rundingan Terus Bukan Bn Najib


PRK SLIM | Bekas perdana menteri, Najib Razak memberitahu bahawa BN tidak pernah berjanji untuk menggunakan sistem rundingan terus bagi projek atau perolehan kerajaan.
Sebaliknya, kata Najib, janji tersebut dibuat oleh Pakatan Harapan (PH).
“Yang jadi isu sekarang bukan zaman kita, yang jadi isu zaman PH.
“Dia janji tapi kita tahu sebaliknya ia berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pengundi India anjuran MIC pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim, di Bandar Baru Slim River, petang tadi.
Terdahulu, Anggota Parlimen Pekan itu diminta mengulas cabaran bekas menteri kewangan Lim Guan Eng agar penggantinya menyenaraikan semua projek kerajaan yang dianugerahkan melalui proses rundingan terus semasa era BN dan kerajaan Perikatan Nasional ketika ini.
Ini selepas Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan senarai 101 projek tender secara langsung bernilai RM6.61 bilion yang menurutnya diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), dengan Lim sebagai menteri kewangan pada ketika itu.
“Zafrul harus dedah projek rundingan terus zaman BN dan penting sekali yang dilulus beliau sendiri dalam PN.
“Buktikan semua projek rundingan terus yang diluluskan beliau sendiri adalah teratur dan berkepentingan awam. Biar rakyat nilai sendiri,” kata Lim.
Bagaimanapun Lim mengakui RM352 juta (5.3 peratus) perolehan baru daripada RM6.61 bilion projek yang dilaksanakan oleh kerajaan PH adalah melalui proses rundingan terus.
Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri pula mengakui isu rundingan terus dalam kementerian bukan satu masalah namun ia bercanggah dengan manifesto PH.
Bagaimanapun semakan mendapati janji 23 dalam manifesto PH berkaitan perolehan kerajaan berbunyi:
 
“Untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan baik, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mereformasi sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan, demi memastikan ia lebih berdaya saing dan menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat. Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.”
Untuk rekod pada 22 Mei 2018, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali yang baru dilantik ketika berkata kerajaan baru PH tidak akan lagi menggunakan sistem rundingan terus dan tender terhad bagi projek-projek kerajaan.
Kata Azmin, janji dalam manifeso Pakatan Harapan telah dibincangkan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).
Pada Sept 2019, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak menafikan keperluan untuk mengadakan rundingan terus bagi beberapa perolehan atau pembelian, khususnya untuk keperluan penting seperti pembelian senjata.
Mengulas lanjut Najib berpendapat isu rundingan terus pada zaman BN tidak sepatutnya menjadi masalah kerana BN tidak pernah berjanji untuk tidak mengadakan rundingan terus melibatkan projek dan kontrak berkaitan kementerian.
“Sebab PH kata dia janji tidak ada rundingan terus. Bukan BN. Itu pokok dia,” katanya lagi selepas berkempen bagi calon BN Mohd Zaidi Aziz di PRK Slim itu.
The post PH janji tiada rundingan terus, bukan BN – Najib appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/28/ph-janji-tiada-rundingan-terus-bukan-bn-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikan Senarai Tender Itu Pinta Lim Guan Eng Mof Tunaikan Tunjuk 101 Projek Rundingan Terus Di Zaman Ph

Berikan Senarai Tender Itu Pinta Lim Guan Eng Mof Tunaikan Tunjuk 101 Projek Rundingan Terus Di Zaman Ph

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 668 hits
Berikan senarai tender itu Pinta Lim Guan Eng MOF tunaikan tunjuk 101 projek rundingan terus di zaman PHIsnin lalu Tengku Zafrul pada persidangan Dewan Rakyat memberitahu rekod menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim sebelum i...
Cabaran Disahut Mof Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus

Cabaran Disahut Mof Dedahkan Senarai Penerima 101 Projek Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 459 hits
CYBERJAYA Menteri Kewangan Senator Tengku Dato Seri Zafrul Aziz mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6 61 bilion yang diperolehi secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan mentadbir Tengku Zafrul merujuk persoalan mengenai pers...
Siasat Rundingan Terus Di Bawah Bn Dan Pn Juga Guan Eng Beritahu Sprm

Siasat Rundingan Terus Di Bawah Bn Dan Pn Juga Guan Eng Beritahu Sprm

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 348 hits
Bekas menteri kewangan itu menggesa agensi anti rasuah itu jangan hanya menyiasat PH
Senarai 101 Projek Bernilai Rm6 61 Bilion Yang Diperoleh Kerajaan Secara Rundingan Terus

Senarai 101 Projek Bernilai Rm6 61 Bilion Yang Diperoleh Kerajaan Secara Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 355 hits
1 477 total views 1 477 views today Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu siaran media terkini mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6 61 bilion melalui perolehan kerajaan secara rundingan terus Siaran M...
Rundingan Terus Dibenar Walaupun Bertentangan Manifesto Ph Kata Timbalan Menteri

Rundingan Terus Dibenar Walaupun Bertentangan Manifesto Ph Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 309 hits
August 26 2020 12 11 PMAbdul Rahim Bakri berkata rundingan terus dilarang dalam manifesto PH KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri berkata pemberian projek secara rundingan terus dibenarkan walaupun ia bertentangan manife...
Rundingan Terus Boleh Pulihkan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

Rundingan Terus Boleh Pulihkan Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 262 hits
Pada 26 Ogos 2020oleh PENTADBIRProjek rundingan terus boleh diluluskan untuk memulihkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang dengan segera kata mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata perolehan masa krisis atau bencana alam peroleh...
Senarai 101 Projek Rundingan Terus Bernilai Rm6 61 Billion

Senarai 101 Projek Rundingan Terus Bernilai Rm6 61 Billion

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 888 hits
Menteri kesayangan korang ada sekali tak https www facebook com tzafrulaziz posts 172024864447268
Kebanyakan Daripada 101 Projek Rundingan Terus Di Tandatangani Pada Zaman Bn

Kebanyakan Daripada 101 Projek Rundingan Terus Di Tandatangani Pada Zaman Bn

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata kebanyakan daripada 101 projek rundingan terus yang kononya diluluskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan dibuat semasa pentadbiran Barisan Nasional sebelum itu Dalam sidang m...
Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman Ph Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan

Umumkan Senarai Rundingan Terus Zaman Ph Di Buat Atas Dasar Mendokong Ketelusan

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menegaskan bahawa tindakan mengumumkan senarai projek projek perolehan kerajaan secara runding terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan dibuat atas dasar mendokong ke...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Happy Chinese New Year 2025

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Senarai Chord Lagu Ajl 39 2024


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Sarapan Di Kopiloco Lagi

Apa Lagi Walaun Ajak La Latih Jadi Guru Pasti Sembang Walaun Malaysia Ni Pemalas Ja Tak Dak Kerja

Asal Untung

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan