Ph Boleh Gunakan Lambang Pakatan Harapan


 
June 5, 2021 7:55Logo pilihan DAPSY dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah, tidak lain tidak bukan, logo Pakatan HARAPAN. Usul membawa cadangan untuk menggunakan logo PKR, adalah sesuatu yang ditolak oleh DAPSY sebulat suara.
Cadangan ini sememangnya – tanpa kira apa-apa niat di sebaliknya – adalah sesuatu yang tidak wajar serta mempunyai nada untuk mengkhianati para penyokong serta parti-parti komponen Pakatan Harapan. Kami tidak boleh terima retorik yang boleh memutuskan silaturahim, mencacatkan persaudaraan, dan membunuh kesepakatan antara pendukung Pakatan Harapan; dan cadangan ini adalah suatu contoh yang mengundang ke arah pemecahbelahan itu.
Penggunaan Pakatan HARAPAN tidak diharamkan, tidak dilarang pemakaiannya, dan masih disokong oleh para penyokong dan rakyat majmuk Malaysia. Mengapa barisan calon Pakatan Harapan beriya sangat hendak menggunakan logo PKR sedangkan logo PAKATAN HARAPAN masih ada? Apa gunanya kekal nama dan wadah PAKATAN HARAPAN itu sekiranya lambang PKR pula yang diguna ganti?
Perkara ini adalah sesuatu yang sepatutnya dibahaskan secara dalaman dan di peringkat tertinggi, iaitu Majlis Presiden Pakatan Harapan. Saudara Akmal dan Saudara Syazni, Ketua Pemuda AMANAH merangkap Ketua Pemuda HARAPAN, sama juga seperti saya, merupakan anggota-anggota Majlis Presiden.
Kehadiran saya dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut jelas dimaklumkan tentang konsensus menggunakan ‘Lambang Bersama’ yang diputuskan dengan kecenderungan tinggi ke arah penggunaan lambang Pakatan Harapan.
Malah, konsensus yang dicapai ini kini diperincikan, diperhalusi dengan usaha lanjutan perbincangan yang mendalam, tanpa mana-mana pihak mengutarakan komen umum, supaya pengumuman sepakat dapat diuar-uarkan pada waktu dan masa yang sesuai.
DAPSY berpendirian bahawa Pakatan Harapan menang pada pilihanraya yang lepas atas nama PAKATAN HARAPAN. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sendiri menang PRK Port Dickson menggunakan Logo Pakatan HARAPAN. Satu-satunya lambang yang boleh dan akan menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat, bukanlah logo DAP, bukanlah logo AMANAH, bukanlah logo PKR, TETAPI LOGO PAKATAN HARAPAN.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/ph-boleh-gunakan-lambang-pakatan-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Realiti Yang Telah Pun Jatuhkan Barisan Nasional Pakatan Harapan Dan Bakal Jatuhkan Kerajaan Lagi

Realiti Yang Telah Pun Jatuhkan Barisan Nasional Pakatan Harapan Dan Bakal Jatuhkan Kerajaan Lagi

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 443 hits
The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Pengakuan Bodoh Bermakna Mahiaddin Tidak Boleh Disandarkan Apa Apa Harapan Lagi

Pengakuan Bodoh Bermakna Mahiaddin Tidak Boleh Disandarkan Apa Apa Harapan Lagi

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 240 hits
Selepas kerajaan PN pimpinannya ditanggapi sebagai kerajaanbodoh oleh wargamaya berhubung SOP PKP yang celaru dan mengelirukan Mahiaddin Md Yasin semalam dengan terbuka mengakui beliau tak kisah dianggap bodoh oleh rakyat Bolehlah nak salah...
Pakatan Harapan Tolak Cadangan Tubuh Mageran

Pakatan Harapan Tolak Cadangan Tubuh Mageran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 454 hits
PH menolak candangan penubuhan Majlis Gerakan Negara seperti pada 1969 yang dibawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad PH sebaliknya sekali lagi menggesa penguatkuasaan darurat ditamatkan dan Parlimen kembali bersidang Sebagai parti y...
Sebenarnya Boleh Jer Merayap Selepas Jam 8 Malam Kan

Sebenarnya Boleh Jer Merayap Selepas Jam 8 Malam Kan

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 324 hits
Kerajaan menjelaskan tiada perintah berkurung selepas pukul lapan malam ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan 3 0 Ia menurut seorang jurucakap Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi Malaysiakini hari ini susulan beberapa ins...
Fragattacks Penggodam Boleh Menyerang Wifi Anda

Fragattacks Penggodam Boleh Menyerang Wifi Anda

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 383 hits
Terdapat kerentanan WiFi yang bukan sahaja memberi kesan terhadap telefon pintar bahkan juga tablet laptop dan apa juga jenis peranti yang menggunakan teknologi sambungan wayarles untuk masuk ke internet Pengkaji keselamatan siber Mathy Van...
Nak Balik Rumah Pun Tak Boleh Kami Juga Ada Anak Keluarga Doktor Merayu Supaya Masyarakat Buat Self Lockdown

Nak Balik Rumah Pun Tak Boleh Kami Juga Ada Anak Keluarga Doktor Merayu Supaya Masyarakat Buat Self Lockdown

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 416 hits
Disaat angka mangsa Covid 19 meningkat 7 ribu lebih hari ini adanya golongan yang tidak berputus asa memberikan tenaga untuk membantu mangsa mangsa ini Mereka adalah barisan hadapan negara yang banyak bekorban demi kesejahteraan rakyat Buka...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps

Kebiasaannya Ambil Masa 3 Hari Pelajar Ini Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan Sangat Luar Biasa

Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya

Ktmb Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari

Rumah Jagaan Hangus 16 Warga Emas Maut

Rosmah Dismisses Claims She Caused Najib S Downfall Says Focus Is On Family And Prayer