Ph Beringatlah Kuasa Rakyat




PENAT rakyat melayani kerenah dan gelagat pemimpin yang asyik berpolitik memanjang.
Diakui tanpa isu-isu dan cabaran politik, kerajaan adalah hambar dan legap, tanpa keseronokan dan keghairahan untuk kebaikan. Tanpa kesediaan mengakui kesilapan, ia juga membawa padah kerana sebuah kerajaan itu secara demokratiknya bergantung kepada sentimen-sentimen dan sokongan rakyat.
Sesekali Tumpang akur juga dengan ingatan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disebutkannya Jumaat lepas.
Kata Perdana Menteri, semua anggota parti Pakatan Harapan (PH) tidak boleh biarkan diri terganggu dan hilang fokus dengan perkara-perkara sampingan yang tidak ada nilai sama sekali dengan pembangunan dan hala tuju negara.
Jika berterusan bertelagah kerana berebut kuasa tanpa sedar, dek kerana berebut-rebut itulah PH akan hilang kuasa, kata Dr. Mahathir lagi.
Tumpang tidak mahu campur tangan sangat hal-hal PH ini. Apa pun kena beringatlah yang memberi kuasa kepada mereka adalah rakyat.
Lagi pula PH menangpun tempoh hari 9 Mei 2018 kata sebahagian penganalisis kerana sentimen rakyat, sama ada tulen berpendirian teguh, terpengaruh atau termakan hasut hendak jatuhkan individu tertentu. Ini sekali gus mengakibatkan parti yang menjadi tonggak lebih 10 parti komponen tumbang setelah enam dekad berkuasa.
Tapi cuma ada dengarkah parti tonggak itu ranap atau setidak-tidaknya cawangan parti itu dibubarkan dalam setahun dua bulan ini? Barangkali Tumpang terlepas pandang. Boleh sesiapa kemukakan tak satu dua cawangannya yang terbubar? Meskipun ada ketua bahagian dan ahli Parlimen melakukan pengkhianatan besar keluar melompat ke parti lawan, tidak ada pula kedengaran bahagian parti tutup.
Bahkan, lebih ramai pula menghadiri mesyuarat cawangan dan persidangan perwakilan bahagian setiap hujung minggu seolah-olah parti berkenaan, yakni UMNO masih berfungsi parti kerajaan.
Hairannya PKR, parti terbesar dalam PH yang memiliki 50 kerusi Parlimen masih mahu terus berlaga antara ‘dua singa di atas satu bukit’. Padahal, baru Mac lepas sahaja Dr. Mahathir meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi setahun menteri-menteri PH. Rating yang diberi hanya lima markah dari 10.
Dan walaupun PH memiliki seorang Perdana Menteri berwibawa yang berpengalaman luas,
bahkan tersenarai dalam kalangan 50 tokoh dunia paling berpengaruh 2019, namun jika visinya sukar ‘dibawa’ oleh sebahagian besar menteri yang masih lagi `bertatih’, akibatnya kelak kuasa rakyat akan kembali menghukum.
Apa lagi dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia – yang kini banyak pula cabaran berkisar soal ras, kaum, agama dan belum lagi dengan turun naik momentum ekonominya.

Siapa makan cili, …
Tumpang sejak remaja hingga diizin-Nya mencecah umur separuh abad hari ini, gemar menghayati mesej dan kata-kata hikmah dari peribahasa atau pepatah Melayu lama.
Tak pasti ada tak anak muda sekarang menggunakan bahasa kiasan dalam kehidupan harian?
Tetapi dalam menyorot senario politik semasa tanah air hari ini, Tumpang perturunkanlah juga mesej penuh bermakna `siapa makan cili dia terasa pedasnya’ yang pernah diungkapkan oleh individu atau pemimpin tersohor berikut.
* Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.
Stahl P.J

* Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Confucius

* Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
La Roche

*Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadab.
Al-Ghazali Bayruni

* Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
Samuel Johnson

* Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
Lao Tze

* Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
Richard Brinsley Sheridan
* Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak mempercayai orang.
Frank Crane

* Komunikasi adalah sesuatu yang mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yang mudah.
T.S Matthews

* Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul, maka semua masalah akan dilihat seperti paku.
Maslow

* Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat.
Beng Tju

* Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara.
Abraham Lincoln
Pelompat parti patah balik?
APA khabar Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) ? Apa cerita Datuk Dr. Latiff Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Sabak Bernam)?
Apa kisah empat, lima orang lagi bekas ahli parlimen UMNO yang lompat parti tempoh hari?
Tumpang pasti bukannya mudah untuk membiasakan diri duduk di rumah orang.
Apatah lagi bila kita dulunya berjawatan menteri atau ketua bahagian. Jawatan? Barangkali sebelum menyeberang, dijanjikan macam-macam. Kena tunggulah. Takkanlah secepat itu mahu dilantik, waima jawatan menteri. Andai ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, maka kena tanyalah pucuk pimpinan bekas parti boleh diterima balik atau tidak. Tapi janganlah beri syarat dikembalikan jawatan dulu.
Zulkifli Jalil
Utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/25/ph-beringatlah-kuasa-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersalin Dihospital Kerajaan Doa Rakyat Mengiringi Che Puan Khaleeda Anggun Selepas Melahirkan

Bersalin Dihospital Kerajaan Doa Rakyat Mengiringi Che Puan Khaleeda Anggun Selepas Melahirkan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 636 hits
Menyambut kelahiran putera kedua berita menggembirakan ini telah pun dikongsikan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail di Instagram rasmi baginda View this post on Instagram A ...
7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1065 hits
Rosalinda Marimar Arabella Grace Garcia Maria Mercedes antara nama watak drama telenovela yang cukup mendapat tempat di hati rakyat Malaysia suatu masa dahulu Tidak kiralah yang tua atau muda mereka disukai kerana miliki raut wajah yang sed...
Speaker Dewan Rakyat Sahkan Anaknya Kakitangan Lim Guan Eng

Speaker Dewan Rakyat Sahkan Anaknya Kakitangan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 487 hits
Pembangkang hari ini mempersoalkan sikap tidak memihak Mohamad Ariff Md Yusof selepas speaker Dewan Rakyat itu mengakui bahawa anak lelakinya merupakan setiausaha akhbar Menteri Kewangan Lim Guan Eng Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob be...
Ini Misi Kemanusiaan Ella Ke 2 Untuk Rakyat M Sia Pula

Ini Misi Kemanusiaan Ella Ke 2 Untuk Rakyat M Sia Pula

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 233 hits
MENDALAMI kesengsaraan penduduk di Syria dan Palestin yang terjejas akibat peperangan membuatkan Ella semakin bersemangat menyertai misi bantuan kemanusiaan bagi membantu golongan memerlukan HALAMAN HIBURANSELEPAS menyertai misi kemanusiaan...
Pendaftaran Pengundi Atas Talian Rakyat Malaysia Boleh Mendaftar Bermula Hari Ini

Pendaftaran Pengundi Atas Talian Rakyat Malaysia Boleh Mendaftar Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 572 hits
Hi dan Salam semua netizen Harini Abg Zul nk kongsi berkaitan dengan masa depan negara kita Baru baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan umur rakyat Malaysia yang berhak mengundi diturunkan kepada umur 18 tahun Oleh itu Suruhanjaya Pil...
Speaker Bans Usage Of The Word Robber In Dewan Rakyat

Speaker Bans Usage Of The Word Robber In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 257 hits
PARLIAMENT Dewan Rakyat speaker Mohamad Ariff Md Yusof today ruled that the word robber commonly used by parliamentarians in reference in the 1MDB scandal is unparliamentary This followed opposition lawmakers pressing for a ruling on whethe...
Dewan Rakyat Meluluskan Ruu Undi 18 Tahun

Dewan Rakyat Meluluskan Ruu Undi 18 Tahun

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Sejarah baharu Malaysia tercipta apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang undang Perlembagaan 2019 bagi menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga Yang di Pertua D
Dr M Tables Voting Age Bill Ahead Of Show Of Unity In Dewan Rakyat

Dr M Tables Voting Age Bill Ahead Of Show Of Unity In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 266 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad tables the bill to lower the age for voting and election candidacy to 18 in the Dewan Rakyat today KUALA LUMPUR The much awaited constitutional amendment to lower the age for voting and election candidacy ...
Guan Eng Fitnah Dan Berbohong Dalam Dewan Rakyat

Guan Eng Fitnah Dan Berbohong Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 239 hits
Lim Guan Eng terbukti menfitnah dan berbohong dalam Dewan Rakyat Ini perkara serius dan dibuktikan melalui Laporan PAC yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat semalam 15 7 2019 Malah rumusan Audit menyatakan hanya RM5 06 bilion yang telah disa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya