7 Aktres Telenovela Cantik Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia
Rosalinda, Marimar, Arabella Grace Garcia, Maria Mercedes – antara nama watak drama telenovela yang cukup mendapat tempat di hati rakyat Malaysia suatu masa dahulu. Tidak kiralah yang tua atau muda, mereka disukai kerana miliki raut wajah yang sedap mata memandang, disamping hebat berlakon sama ada menerusi watak antagonis atau protagonis
Wanista kumpulkan beberapa aktres yang pernah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
ThaliaBaik lelaki atau perempuan, semua orang mengenali Rosalinda yang dimainkan oleh Thalia. Sehingga kini kecantikan Thalia diperkatakan walau sudah mencecah 40-an, beliau selamanya forever young.
Masih lagi awet muda. Foto – Arkib Wanista
Kristine HermosaBeliaulah ratu telenovela dari Filipina sekitar awal tahun 2000. Kristine Hermosa yang kini sudah bergelar isteri dan ibu kepada empat orang anak. Beliau terkenal menerusi gandingannya bersama Jericho Rosales menerusi telenovela Pangako Sa ‘Yo, Sana’y Wala Nang Wakas dan Dahil May Isang Ikaw
Kristine berkongsi potter keluarga pada 1 Januari 2019 di Facebook. Foto – FacebookMarian RiveraSeorang lagi aktres Filipina yang namanya sentiasa menjadi siulan. Terkenal menerusi drama Marimar bersama Dingdong Dantes yang juga merupakan suaminya. Rata-rata orang kita menyukai Marian kerana visual beliau cukup sempurna – raut wajah jelita, kulit putih melepak disamping tubuh badan yang seksi menggoda. Khabarnya Marian sekarang sedang hamil anak kedua
Bersama suami dan puteri kesayangan. Foto – ABS-CBN NewsAna María OrozcoNamanya mungkin tidak dikenali tapi lakonannya sebagai Beatriz Pinzón Solano dalam drama terhangat awal 2000 “Yo soy Betty, la Fea” pernah jadi kegilaan. Drama ini boleh dianggap sebagai pelopor untuk tema percintaan luar biasa antara si hodoh dan kacak. Yo soy Betty, la Fea sangat terkenal dan telah disiarkan ke seluruh dunia, kejayaannya telah melahirkan remake dari beberapa negara luar. Siapa sangka sekarang Ana Maria aka Betty sudah 45 tahun
Zaman Betty vs Sekarang. Foto – Las2orillasGabriela SpanicKisah dua beradik kembar bernama Paola dan Paulina dalam telenovela La Usurpadora yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu sekitar awal 2000. ? Selepas La Usurpadora, Gabriela muncul dalam beberapa telenovela yang ditayangkan di Malaysia seperti La Intrusa, Por Tu Amor, Emperatriz dan Prisionera
Sadisnya sekarang beliau banyak terlibat dalam skandal pembedahan plastik. Transformasi dari awal debut sehingga kini. Foto – cellcode.usScarlet OrtizDrama favorite penulis! Mis Tres Hermanas menceritakan abang bersama tiga adik perempuan yang berlainan sikap dan kisah. Ikoniknya watak Lisa Estrada lakonan jelitawan Scarlet Ortiz, seorang jururawat yang baik hati telah memukau penonton Malaysia. Penulis teringat akan rupa paras yang ayu serta rambut panjang hitam berkilat merupakan trademark.
Sudah mendirikan rumahtangga dan dikurnia seorang puteri. Tak sangka “Lisa” masih kekal dengan rambut lurus hitam berkilat. Foto – FacebookBarbara MoriPasti pernah menonton telenovela Rubi? Apa tidaknya Rubi lakonan Barbara Mori pernah membuat satu Malaysia benci dengannya, Rubi adalah satu-satunya telenovela yang mengangkat watak antagonis sebagai heroin. Berbekalkan wajah yang jelita serta gaya yang seksi, sikap tamakan harta serta merampas kekasih kawan baiknya sendiri telah memberikan satu kelainan dari segi penceritaan telenovela yang sering ditayangkan di Malaysia
Barbara bersama anak lelakinya yang kacak Sergio
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/07/7-aktres-telenovela-cantik-pernah-jadi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29