Ph Batal Projek Keperluan Asas Rakyat Kata Pemimpin Sarawak


Larissa Lumandan

Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku JaafarKUCHING: Pemimpin Sarawak, yang menempelak pemimpin DAP kerana melabelkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai “anak manja” berhubung pembatalan projek pembangunan berkata, projek terbabit merupakan keperluan asas rakyat seperti bekalan air dan mitigasi banjir.


Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tidak masuk akal bagi pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen membuat perbandingan dengan projek di semenanjung
Katanya, projek di Sarawak kebanyakannya bertujuan memenuhi keperluan asas rakyat.

“Kamu tidak boleh bandingkan projek mega dengan projek mitigasi banjir di Sebuyau, yang menyaksikan seluruh kampung di situ dilanda banjir setiap tahun.
“Kamu juga tidak boleh membandingkannya dengan projek bernilai RM127 juta bertujuan mengatasi masalah bekalan air di kawasan saya di Tasik Biru, Semantan dan Lundu yang dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Air adalah keperluan asas. Semua orang perlukan air.

“Dia (Chong) gelar kami anak manja. Dia duduk di bandar. Dia tidak faham sebab dia tidak lihat rumah dimusnahkan banjir dan hakisan,” kata Wan Junaidi kepada FMT.

Pada Jumaat, Chong menggesa GPS supaya tidak menjadi “anak manja” berikutan pembatalan projek pembangunan di negeri itu dengan berkata, ia perlu dilakukan kerana kerajaan persekutuan mahu menyelamatkan negara daripada bankrap.

“Ia usaha negara. Jika anda lihat angka yang terlibat, potongan peruntukan (bagi projek) di semenanjung adalah jauh lebih banyak daripada potongan bagi projek di Sarawak,” katanya.

Wan Junaidi berkata, peruntukan pembangunan bagi Sarawak dari tahun 2013 hingga 2017 telah berkurang dengan banyak.

“Kita tidak bantah projek pembangunan di negeri lain, tetapi kerajaan persekutuan juga tidak patut batalkan projek di Sarawak,” katanya.

Beliau juga bertanya tentang nasib projek pembangunan batu di Kampung Buntal bernilai RM10 juta yang dijangka siap tahun ini.

“Ada projek bernilai hampir setengah bilion ringgit bagi mencegah hakisan di Sarawak. Kita tidak pasti apakah yang akan berlaku kepadanya,” kata beliau.

Wan Junaidi mengingatkan kerajaan persekutuan bahawa projek berkenaan adalah berdasarkan kajian yang dibuat 2-3 tahun lebih awal bagi melindungi rumah penduduk daripada ditenggelami air.

Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata, DAP tidak perlu melabelkan orang lain.
Katanya, projek pembangunan di Sarawak tidak harus disamakan dengan projek di semenanjung.

“Kita masih jauh ketinggalan dari sudut infrastruktur. Projek yang dibatalkan ini merupakan infrastruktur asas untuk penduduk di luar bandar,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/larissa-lumandan-ahli-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Bintulu Sarawak Dibatalkan

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Bintulu Sarawak Dibatalkan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 331 hits
PENJELASAN Tular di media sosial dakwaan bahawa Program Pemimpin Bersama Rakyat di Lapangan Terbang Lama Bintulu Sarawak yang akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Gobind Singh Deo dibatalkan atau ditun
Jangan Sokong Pemimpin Pro Syiah Kata Rora

Jangan Sokong Pemimpin Pro Syiah Kata Rora

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 427 hits
SOSMED Penyebaran gambar Menteri Pertahanan Muhammad Sabu yang bersolat dengan batu karbala terus mencetuskan perdebatan hangat dikalangan netizens Gambar itu pada mulanya disebarkan oleh pegawai Muhammad Sabu sendiri di akaun Facebooknya s...
Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 411 hits
Lim Kit Siang mengakui ramai mengadu banyak perkara yang dijanjikan PH tidak tercapai dalam tahun pertama menjadi kerajaan Foto oleh Firdaus LatifSANDAKAN 10 Mei Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee meray...
Projek Poemportraits Ingin Menjadikan Gambar Swafoto Anda Dipenuhi Dengan Kata Kata Puisi

Projek Poemportraits Ingin Menjadikan Gambar Swafoto Anda Dipenuhi Dengan Kata Kata Puisi

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 346 hits
Bermula Mei ini Google Arts Culture telah berkerjasama dengan Es Devlin bagi penghasilan projek puisi yang dinamakan sebagai PoemPortraits Apa yang menarik projek uji kaji ini menggabungkan teknologi kecerdasan buatan dan kreativiti manusia...
Islam Dipandang Jijik Jika Pemimpin Tidak Berintegriti Kata Khalid

Islam Dipandang Jijik Jika Pemimpin Tidak Berintegriti Kata Khalid

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 495 hits
Islam dipandang jijik jika pemimpin tidak berintegriti kata Khalid Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 May 2019
Rakyat Makin Akur Islam Tidak Begitu Selamat Bawah Ph Kata Asri

Rakyat Makin Akur Islam Tidak Begitu Selamat Bawah Ph Kata Asri

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 562 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini menjadikan rakyat makin akur Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat bawahnya...
Rakyat Dibenar Mengkritik Pemimpin

Rakyat Dibenar Mengkritik Pemimpin

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 956 hits
Penafian TMJ bagi kes di atas sangat di alu kan Apakah kebebasan ini satu tanda kemajuan NEGARA Apakah ini membantu MEMPERKUKUHKAN perpaduan kaum di NEGARA majmuk seperti Malaysia atau akan menjadi perang kecil yang tiada kesudahan Kritik d...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here