Ph Alu Alukan Siasatan Projek Runding Terus Tetapi Mesti Adil Profesional





Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuka kertas siasatan berhubung 101 projek rundingan terus yang bernilai RM6.61 bilion.

Namun bagi bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, siasatan SPRM mestilah dijalankan dengan adil dan tidak dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak mendedahkan senarai penuh projek tersebut.

"Tidak ada masalah jika SPRM mahu menjalankan kajian menyeluruh ke atas 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan PH sekiranya SPRM menjalankannya secara adil dan profesional.

"Lagipun kajian SPRM tidak harus diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghalang prinsip akauntabiliti dan ketelusan, dengan menggunakan kajian SPRM sebagai alasan untuk enggan mendedahkan senarai penuh projek dan syarikat penerimanya," katanya dalam kenyataan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut meluahkan rasa bimbang sekiranya SPRM bersikap berat sebelah kerana tidak melakukan siasatan yang sama kepada kerajaan PN, ataupun ketika zaman Barisan Nasional (BN).

"Kami risau akan wujud masalah "antara dua darjat" di mana kajian SPRM hanya dijalankan ke atas projek runding terus PH dan tidaknya ke atas projek di zaman BN dan PN.

"Kegagalan SPRM membuat kajian ke atas projek runding terus kerajaan BN dan PN boleh menimbulkan persepsi negatif "antara dua darjat" atau double standard.

"Kemelut "antara dua darjat" menjadi kontroversi, di mana Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi melanggari kuarantin kendiri selama 14 hari dan dikompaun "manja" hanya RM1,000, sedangkan mak cik warga emas berumur 72 tahun dihadapkan ke mahkamah dan didenda RM8,000 serta penjara 1 hari.

Semoga SPRM boleh membuktikan bahawa mereka tidak menjadi senjata politik mana-mana pihak dengan turut menjalankan kajian menyeluruh terhadap PN dan BN, sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini," katanya.

Guan Eng juga menjelaskan bagaimana projek runding terus ketika zaman PH dibuat hanya dengan pengecualian tertentu seperti masa krisis atau bencana alam, isu berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara (Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia) dan kepakaran khusus (one of a kind).

"Projek rundingan terus dibenarkan dalam keadaan banjir ataupun penyakit COVID-19 dan untuk menyegerakan kerja pemulihan dan penyelamatan, ataupun membeli suatu produk tersendiri dan khusus seperti Microsoft Word Office, di mana tender terbuka tidak boleh dijalankan.

"Contohnya, Feri Pulau Pinang yang menghentikan perkhidmatan buat kali pertama sejak beroperasi 126 tahun. Projek rundingan terus boleh diluluskan dalam keadaan ini untuk memulihkan perkhidmatan feri dengan segera," katanya.

Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa PH masih berpegang kepada janji Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berhubung projek runding terus.

"Sememangnya Kementerian Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto PRU yang menyatakan dalam Janji 23,"Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar".

"Dalam kata lain, tender terbuka adalah asas perolehan tetapi dalam keadaan perlu, pengecualian boleh diberikan kepada projek rundingan terus. Itulah sebabnya peratusan projek runding terus sebanyak RM6.6 bilion ini hanya 1.4% daripada nilai keseluruhan perolehan di bawah PH.

"Biar bicara fakta. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/ph-alu-alukan-siasatan-projek-runding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Projek Runding Terus Kpkt Dibuat Tanpa Pengetahuan Saya Zuraida

2 Projek Runding Terus Kpkt Dibuat Tanpa Pengetahuan Saya Zuraida

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 326 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menegaskan 2 projek rundingan terus yang diluluskan oleh kementerian itu sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan adalah di luar pengetahuannya Berikutan itu ahli Parlimen Ampan...
Projek Runding Terus 71 Tinggalan Bn

Projek Runding Terus 71 Tinggalan Bn

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 192 hits
Zaidi Yusoff RM4 7b out of RM6 6b is from this project legacy of the BN government 71 dari projek direct nego tsb di award dari Zaman Najib jadi PM lagi Baling boomerang kononnya nak tuju PH rupanya kena kepala sekutu sendiri Kata orang Lon...
Projek Runding Terus Era Ph Hanya Rm352 Juta

Projek Runding Terus Era Ph Hanya Rm352 Juta

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 211 hits
Pendedahan senarai 101 projek runding terus yang diluluskan pada era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan oleh Kementerian Kewangan semalam menjelaskan fakta bahawa angka kelulusan sebelum ini yang didakwa sebanyak RM6 61 bilion sebagai ti...
Tertembak Kaki Sendiri Projek Runding Terus Kementerian Pengangkutan Dilulus Era Bn

Tertembak Kaki Sendiri Projek Runding Terus Kementerian Pengangkutan Dilulus Era Bn

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 254 hits
1 Dalam pendedahan oleh Menteri Kewangan PN pada hari ini Kementerian Pengangkutan semasa pentadbiran PH dikatakan telah meluluskan 4 projek secara rundingan terus dan nilai projek yang paling tinggi ialah dari Kementerian Pengangkutan 2 Sa...
Isu Projek Runding Terus

Isu Projek Runding Terus

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 288 hits
ZAHARIN MAT YASSINBanyak orang tidak mahu menerima perbandingan projek Nego antara Bn dan PH 2 Mereka bertahan dengan sikap bahawa isunya PH tak tepat janji mungkir janji dan melaksana Nego masa PH memerintah 3 Memang dalam video yang Tun D...
Kementerian Azmin Zuraida Masa Ph Turut Tersenarai Projek Runding Terus

Kementerian Azmin Zuraida Masa Ph Turut Tersenarai Projek Runding Terus

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 309 hits
Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan merekodkan jumlah paling tinggi bagi kelulusan projek secara runding terus dengan 13 projek Dalam senarai dikepilkan dalam kenyataan media Menteri Kewangan Te...
Kroni Siapa Dapat Projek Runding Terus Era Kerajaan Ph

Kroni Siapa Dapat Projek Runding Terus Era Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 283 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan di Parlimen sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6 61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Semasa pentadbiran sebelum ini se...
Sila Dedah Siapa Dapat Projek Runding Terus Guan Eng Cabar Tengku Zafrul

Sila Dedah Siapa Dapat Projek Runding Terus Guan Eng Cabar Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 468 hits
YB Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung bernilai RM6 6 bilion dalam tempoh 22 bulan Ataupun RM 65 3 juta secara purata setiap projek Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka tetapi pengecual...
Sprm Kaji Unsur Rasuah Dalam 101 Projek Didakwa Runding Terus

Sprm Kaji Unsur Rasuah Dalam 101 Projek Didakwa Runding Terus

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 337 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan melaksanakan kajian menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung 101 projek dikatakan berjumlah RM6 6 bilion yang diberi secara...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024