Ph Akui Mn Beri Cabaran Di Selangor


WALAUPUN berlaku pelbagai siri kejutan politik di peringkat Persekutuan dan tindakan beberapa wakil rakyat mengisytiharkan keluar parti, Pakatan Harapan (PH) di Selangor kini masih menguasai 40 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.
Komposisi kerusi di Selangor ketika ini ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai 17 kerusi, DAP (16 kerusi), Parti Amanah Negara (tujuh kerusi), Bersatu (dua), Barisan Nasional (lima kerusi), Bebas (lapan) dan Pas (satu).
Dengan kekuatan PH menakluki majoriti kerusi di Selangor, wujud pertanyaan mampukah pembangkang merampas pentadbiran negeri itu dan menumbangkan kerajaan yang tertubuh sejak 12 tahun lalu.
Sebelum ini, usaha BN merampas pentadbiran kerajaan negeri Selangor bukan sahaja gagal pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) malah dikejutkan pula dengan kemenangan PH di peringkat Persekutuan.
Penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, PH masih kukuh di Selangor kerana PKR masih mendapat sokongan ramai.
Menurutnya, kaum Cina juga masih memberi undi kepada satu lagi parti komponen PH iaitu DAP.
Namun, katanya, dalam suasana perubahan di peringkat pusat, berkemungkinan akan berlaku perubahan sokongan penggundi Melayu daripada PKR-Amanah kepada Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
“Nampaknya sukar bagi PN untuk menguasai waima majoriti mudah di DUN Selangor kecuali sesuatu yang besar berlaku, misalnya sejumlah besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berubah arah dan menyokong PN.
“Jumlah perbezaan kerusi yang besar menjadikan usaha mengambil alih kerajaan Selangor daripada PH amat mencabar. PH masih mempunyai 40 kerusi walaupun Bersatu keluar daripada kerajaan negeri sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Selain itu, Nik Ahmad Kamal berkata, senario selepas PRU14 tidak banyak berubah, namun beliau tidak menolak pelbagai perkara boleh berlaku menjelang PRU15.
Katanya lagi, sentimen di peringkat kerajaan Persekutuan boleh mempengaruhi pola pengundian di Selangor pada PRU15 akan datang.
“Pola perubahan pengundi boleh berlaku. Kerusi-kerusi di luar bandar yang dimenangi oleh PKR dan Amanah juga mungkin tergugat.
“Saya tidak nampak banyak perubahan sokongan untuk DAP di kawasan bandar dan pinggir bandar. Kita mungkin juga akan melihat perubahan undi orang Melayu kepada Amanah dan PKR berdasarkan kedudukan PH secara keseluruhan yang dianggap semakin kurang mantap,” katanya.
Kejutan boleh berlaku
Beliau berkata, PH di Selangor sudah pasti akan mendapat tentangan hebat ketika PRU15 jika kerajaan PN menunjukkan kestabilan.
“Jika kerajaan sekarang menampakkan kestabilan, saya rasa penggundi Melayu dan mereka di atas pagar akan berubah kepada PN di Selangor,” katanya.
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar pula melihat keutuhan MN memungkinkan PH ditumbangkan pada PRU15.
Katanya, MN mampu menumbangkan PH di Selangor jika semangat kebangkitan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih dapat disemarakkan di seluruh negeri.
“Saya melihat peluang untuk PH tumbang di Selangor itu ada. Mengenai cabarannya, tak boleh dinafikan siapa yang mahu rampas Selangor kena dapatkan sokongan daripada bukan Melayu dan tak boleh bergantung kepada satu kaum sahaja.
“Ini kerana bilangan pengundi di Selangor boleh dikatakan 51 peratus Melayu dan 49 peratus bukan Melayu. Jadi kesedaran bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi bukan Melayu diperlukan untuk bersama kalau nak menukar kerajaan PH di Selangor,” katanya.
Beliau berkata, UMNO lebih selesa dengan MN disebabkan permuafakatan yang dijalin sudah dibuktikan ketika sama-sama menjadi pembangkang.
“Semangat MN telah menaikkan semangat kami di Parlimen sehinggalah mencapai kejayaan dalam PRK di Malaysia,” katanya.
Naib Pengerusi DAP Selangor, V Ganabatirau pula berkeyakinan PH akan kekal memerintah Selangor selepas PRU15.
Namun, katanya, pihaknya menjangkakan MN menjadi cabaran besar kepada PH berbanding PRU14.
Menurutnya, walaupun terdapat kegusaran PKR akan berpecah lagi namun beliau percaya pimpinan PKR sedang berusaha dengan baik untuk menyatupadukan mereka yang tinggal dalam parti.
“Mereka cuba memperkuatkan dan memperkasakan hubungan yang intim antara mereka. Mereka cuba selamatkan perjuangan yang mereka asaskan dengan begitu banyak pengorbanan,” katanya.
Dalam pada itu Pas Selangor yakin peluang untuk merampas negeri terkaya di Malaysia itu daripada PH cerah khasnya selepas kejutan dalam PRK DUN Semenyih.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, PH dapat dikalahkan di kerusi milik mereka meskipun ketika itu PH menguasai kerajaan Pusat dan negeri.
“Pas yakin peluang untuk rampas Selangor amat cerah,” katanya.
Menurutnya, UMNO dan Pas sudah pun aktif di Selangor sejak merdeka dan kedua-dua parti memiliki kekuatan akar umbi yang teguh berbanding PH.
“Kerajaan PH Selangor pula makin longgar apabila Timbalan Speaker, dua Exco dan beberapa ADUN meninggalkan kerajaan negeri.
“Dengan tahap keyakinan yang tinggi serta penerimaan rakyat, kami yakin PN lebih mantap di Selangor berbanding PH,” katanya.
Untuk rekod, pada PRU14 lalu, PH menang bergaya di Selangor dengan memperoleh 50 kerusi. Baki lima kerusi lagi milik BN manakala satu dimiliki oleh wakil rakyat Pas.
Bagaimanapun, tindakan beberapa wakil rakyat PH yang keluar parti termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyebabkan gabungan itu kehilangan 10 kerusi DUN.
Pada 24 Februari lalu, ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengisytiharkan keluar PKR manakala ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pula dipecat.
Pada 5 Mac lalu, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula mengumumkan Bersatu bukan lagi dalam komponen PH menyebabkan secara automatik lima wakil rakyatnya bukan lagi di bawah PH.
Tidak terhenti di situ, ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi pula mengumumkan keluar PKR pada 13 Jun lalu.
Pada 29 Jun, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanannya pula bersetuju dengan syor Lembaga Disiplin untuk melucutkan keanggotaan lima ahlinya termasuk ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha.
Sama ada PH Selangor berjaya atau tidak mengekalkan kekuasaan di negeri ini bergantung kepada kekuatan pimpinan tertinggi PH dalam menyelesaikan kemelut politik selain usaha menguatkan kerjasama antara parti komponen.
Tidak mustahil gabungan kerjasama politik MN boleh merampas pentadbiran Selangor pada PRU15 jika PH terus menonjolkan kelemahan. Bersediakah 2.5 juta pengundi di Selangor berubah angin?
The post PH akui MN beri cabaran di Selangor appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/18/ph-akui-mn-beri-cabaran-di-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Zalim Sangat Selangor Robohkan 35 Gerai Melayu

Kenapa Zalim Sangat Selangor Robohkan 35 Gerai Melayu

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 474 hits
YB Tanjung Karang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak meruntuhkan gerai gerai peniaga Melayu dalam keadaan mereka sedang struggle dalam musim PKP ini Beliau juga mempersoalkan jika tindakan itu...
Tak Tahan Ditipu Dan Menipu Rakyat Pemimpin Amanah Selangor Dijangka Sertai Pas Esok

Tak Tahan Ditipu Dan Menipu Rakyat Pemimpin Amanah Selangor Dijangka Sertai Pas Esok

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 355 hits
SHAH ALAM Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Parti Amanah Negara Selangor dijangka menyertai parti itu esok Bagaimanapun Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata buat masa ini identiti pemimpin berkenaan tidak dapa...
Warga Asing 25 Ngo Mohon Campur Tangan Sultan Selangor

Warga Asing 25 Ngo Mohon Campur Tangan Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 270 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS SHAH ALAM Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan memohon campur tangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung lambakan peniaga warga asing yang tidak menghormati undang undang negeri ini Pengerusi Gabu...
Selangor Exco We Ve Acted Against 113 Illegal Waste Disposal Factories

Selangor Exco We Ve Acted Against 113 Illegal Waste Disposal Factories

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 267 hits
INTERVIEW Plastic waste disposal is one of the most persistent environment issues dogging Malaysia Activists charge that whether it s locally generated or imported a of plastic waste in Malaysia is dealt with by unlicensed operators who oft...
3 Pbt Di Selangor Mula Gunakan Body Cam Untuk Pantau Anggota Di Lapangan

3 Pbt Di Selangor Mula Gunakan Body Cam Untuk Pantau Anggota Di Lapangan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 218 hits
Tiga pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dilaporkan telah mula melengkapkan anggota mereka dengan pemakaian body cam atau kamera badan ketika bertugas di lapangan Antara majlis perbandaran yang telah mengambil langkah tersebut adalah...
Selangor Golf Classic 2020 Is Proof Selangor Is The Leading Premier Golf Hub In Malaysia

Selangor Golf Classic 2020 Is Proof Selangor Is The Leading Premier Golf Hub In Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 296 hits
The Selangor State Government through its official Tourism Promotion Agency Tourism Selangor is on gear 5 towards resetting the State s tourism industry post Covid 19 The outbreak has confronted the world and brought forth an unprecedented ...
Mb Selangor Pbt Digesa Dahului Kebajikan Peniaga Kecil

Mb Selangor Pbt Digesa Dahului Kebajikan Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 236 hits
Foto hiasan KUALA LUMPUR Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari harus peka dan mengambil berat masalah ekonomi yang dihadapi rakyat negeri itu pasca pandemik Covid 19 Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia Dr Asmah Razalli berka...
Were Dr Wan Azizah And Azmin Ali Born In Selangor Or Singapore

Were Dr Wan Azizah And Azmin Ali Born In Selangor Or Singapore

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 283 hits
If Raja Bahrin s mentality reflects that of PAN or Pakatan Harapan then Malaysia is doomed They are so tribal feudalistic and parochial They are just like the Taliban tribes in Afghanistan who have been killing each other for hundreds of ye...
Pertemuan Mb Selangor Dan Mbsa

Pertemuan Mb Selangor Dan Mbsa

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 165 hits
AZHAR ARCHILPertemuan Dato Menteri Besar Selangor bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam Timbalan Datuk Bandar dan ADUN Paya Jaras YB Khairuddin Othman Saya gesa agar MBSA membantu peniaga kecil tempatan yang memenuhi syarat untuk ...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Disappointed

Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter