Mb Selangor Pbt Digesa Dahului Kebajikan Peniaga Kecil


Manzaidi Mohd Amin Foto hiasan KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari harus peka dan mengambil berat masalah ekonomi yang dihadapi rakyat negeri itu pasca pandemik Covid-19.
Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli berkata, ketika ini kebanyakan rakyat yang terjejas mata pencarian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sedang berusaha untuk membina semula ekonomi mereka dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Namun, katanya, malang bagi mereka yang berniaga di sekitar Sungai Buloh, apabila penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika ini menjalankan penguatkuasaan ketat sehingga mengganggu golongan B40 mencari rezeki halal.
Ini ujarnya, berikutan tindahan pengasas Hot Burger Malaysia yang dikenali sebagai Asri Janggut mendedahkan berlaku aktiviti judi dan warga asing berniaga secara haram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh baru-baru ini.
“Akibatnya, MBSA dan polis menjalankan penguatkuasaan secara besar-besaran membanteras aktiviti haram itu sehingga turut terkena tempiasnya oleh peniaga kecil yang tidak berdosa.
“Kita harap Menteri Besar menyedari masalah ini. Rakyat baru nak mula berniaga, tiba-tiba aktiviti mereka terhalang oleh penguatkuasaan MBSA.
“Kita puji tindakan MBSA, tetapi pada masa sama pertimbangkan nasib rakyat B40 dan M40 yang mencari makan di situ,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Menurut Dr. Asmah, Wirawati memahami bahawa undang-undang tidak sesekali boleh diperkotak-katikkan, malah penjaja perlu memiliki lesen supaya lebih mudah untuk mendapatkan bantuan kerajaan negeri.
Dr. Asmah RazalliBagaimanapun, kerajaan negeri harus membimbing mereka, dengan menyediakan kemudahan fasiliti yang lebih baik dan memberikan mereka lesen untuk berniaga secara sah, tanpa diganggu penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berharap, PBT di Selangor memandang berat masalah itu dan meniru contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memudahkan urusan birokrasi dalam pemilikan lesen perniagaan kepada rakyat miskin.
“Harap PBT Selangor lebih serius membantu golongan penjaja yang teruk terjejas selepas Covid-19, dan memudahkan urusan mereka mencari sesuap nasi demi keluarga dalam  menjana lebih banyak program ekonomi, penempatan khas penjaja serta lain-lain lagi.
“Kita juga berharap, gerai peniaga kecil yang disita dikembalikan dan PBT menyediakan lokasi yang lebih spesifik dan terancang untuk mereka meneruskan kehidupan mencari rezeki melalui perniagaan kecil-kecilan.
“Wirawati bimbang jika golongan yang terjejas ini hilang punca pendapatan kali kedua selepas Covid-19, mendorong berlakunya masalah sosial serta jenayah,” ujarnya.
Kata Dr. Asmah, tidak rugi untuk kerajaan negeri dan PBT di Selangor mengambil berat permasalahan rakyat terutama dari sudut ekonomi dengan membantu mereka menjana pendapatan, kerana mereka juga turut menyumbang kepada ekonomi negara.
“Kasihani kepada peniaga kecil terutama Bumiputera. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jangan buat mereka hidup berkelana di negara sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/mb-selangor-pbt-digesa-dahului.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Selangor Zalim Roboh Premis Peniaga Kecil Noh

Kerajaan Selangor Zalim Roboh Premis Peniaga Kecil Noh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 554 hits
Noh Omar KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar menyifatkan kerajaan Selangor sebagai zalim apabila mendakwa merobohkan premis peniaga kecil di kawasan Sungai Buloh Menyuarakan mengenai perkara itu di Dewan Rakyat beliau...
Jadikan Ngo Perantara Pbt Dengan Peniaga Kecil

Jadikan Ngo Perantara Pbt Dengan Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 345 hits
Yusmizal Dolah Aling PIHAK Berkuasa Tempatan perlu membuka ruang kepada pertubuhan bukan kerajaan untuk menjadi perantara kepada permasalahan yang berlaku kepada peniaga kecil dan penjaja di negara ini Presiden Pertubuhan Usahawan Islamiah ...
Hiburan Saya Bukan Diva Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

Hiburan Saya Bukan Diva Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 679 hits
Mendedahkan dirinya langsung tidak kisah untuk makan atau membeli makanan daripada peniaga kecil di tepi jalan usahawan penuh kontroversi Safiey Illias akui sudah terbiasa dengan perkara seperti itu kerana beliau juga berasal daripada kelua...
3 Pbt Di Selangor Mula Gunakan Body Cam Untuk Pantau Anggota Di Lapangan

3 Pbt Di Selangor Mula Gunakan Body Cam Untuk Pantau Anggota Di Lapangan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 268 hits
Tiga pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dilaporkan telah mula melengkapkan anggota mereka dengan pemakaian body cam atau kamera badan ketika bertugas di lapangan Antara majlis perbandaran yang telah mengambil langkah tersebut adalah...
Sedia Jalan Keluar Bagi Peniaga Kecil

Sedia Jalan Keluar Bagi Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 440 hits
Ipohmali Semalam ada baca post Ds Anwar Ibrahim Dia minta Dato Menteri Besar Selangor dan telah menasihatkan beliau untuk mengambil tindakan tegas melibatkan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di majlis bandaraya Kalau Boleh Ds Anwar janga...
Peniaga Gagal Henti Operasi Lepas 10 Malam Bakal Ditarik Balik Lesen Mbks

Peniaga Gagal Henti Operasi Lepas 10 Malam Bakal Ditarik Balik Lesen Mbks

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 210 hits
KUCHING 2 Ogos Majlis Bandaraya Kuching Selatan memberi amaran akan menarik balik lesen peniaga di bandar raya ini sekiranya mereka dikenakan denda oleh pihak penguatkuasa kerana gagal mematuhi arahan menghentikan operasi perniagaan selepas...
Sebelum Diwajibkan Ini 5 Langkah Mudah Untuk Peniaga Nak Buat Kod Qr Mysejahtera

Sebelum Diwajibkan Ini 5 Langkah Mudah Untuk Peniaga Nak Buat Kod Qr Mysejahtera

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 657 hits
Menteri Kanak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media baru baru ini menyatakan semua premis perniagaan akan diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk merekod kehadiran pelanggan dan tak perlu lagi menggunakan kaedah m...
Cara Mudah Buat Qr Code Check In Mysejahtera Buat Peniaga Pamer Depan Premis

Cara Mudah Buat Qr Code Check In Mysejahtera Buat Peniaga Pamer Depan Premis

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 625 hits
Apabila kita pergi ke sesuatu premis perniagaan terdapat premis yang menggunakan Kod QR Selangkah ada juga yang menggunakan MySejahtera App bagi tujuan mengesan rekod log pelanggan Sesuai tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang berwibawa ...
Pasangan Mata Wang Eur Usd 3 Ogos Laporan Cot Spekulator Terus Membuka Kontrak Belian Namun Secara Umum Peniaga Menaik

Pasangan Mata Wang Eur Usd 3 Ogos Laporan Cot Spekulator Terus Membuka Kontrak Belian Namun Secara Umum Peniaga Menaik

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 379 hits
Pasangan Mata Wang EUR USD Carta 1 Jam Salam sejahtera pedagang Pada 31 Julai pasangan mata wang EUR USD dilihat telah membuat pembalikan yang memihak kepada mata wang AS dan memulakan proses penurunan ke arah garis arah aliran menaik yang ...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri