Petua Rumah Kekal Bersih Dan Wangi
Petua Rumah Kekal Bersih Dan Wangi. CH ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Hanya peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut. Ada yang terbuat dan ada yang tak terbuat. So, CH kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi
Petua Rumah Kekal Bersih Dan Wangi
Tak guna produk mahal-mahal pun. Hanya bahan bahan yang ada dalam rumah kita ja.. Senangkan? Petua ni banyak dapat dari mak-mak yang duduk rumah dan ada anak kecil tapi rumah sentiada bersih dan wangi. Tiada pembantu rumah tapi rumah sentiasa bersih, wangi dan kemas. I is jelouse. Disebabkan kejelesan yang melampau, CH sanggup tanyakan rahsia. Bila dah dapat tips tersebut, rupanya ramai yang dah apply. Malunya
So, nilah tips yang digunakan untuk rumah kekal bersih dan wangi.
Petua Rumah Kekal Bersih Dan Wangi
Petua #1 : Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bab paling malas adalah nak lap perabot. Nasiblah rumah tak banyak perabot... Tapi still kena lap sebab tak mahu rumah berhabuk dan anak-anak pun alah pada habuk. Habuk sikit saja anak-anak akan bersin tak berhenti dan paling teruk siap pakej selsema dan batuk. Tak mahu anak-anak kena bersin, selesema dan batuk, kenalah cuci perabot walaupun seminggu sekali. Inilah caranya..
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
Petua #2 : Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit dan berbekas pelbagai jenis tumpahan memang buat rasa tak selesa dan sakit hati. Lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
2 sudu besar Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba
Petua #3 : Wangikan Rumah
Rumah ibarat syurga. Jadi kenalah sentiasa wangi supaya ahinya berasa tenang dan damai.
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
1 Sudu besar Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi
Petua #4 : Segarkan Bilik Air
CH paling pantang kalau anak-anak guna bilik air tapi bila keluar still ada bau hancing atau tak sepatutnya. Bukan apa, takut ada tetamu menyinggah dan guna toilet tapi tuan rumah tak sempat nak cuci. So, CH memang sediakan campuran ini untuk menyahkan bau yang tak sepatutnya. Sekaligus menyenangkan kerja-kerja mencuci.
Bahan-Bahan:
1 Penutup sabun cuci lantai/ pencuci pinggan/Soflan
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Lepas sembur, bilas dengan air. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum
Selamat Mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2020/02/petua-rumah-kekal-bersih-dan-wangi.html