Petua Orang Tua Tentang Kecantikan



Petua Orang Tua Tentang Kecantikan | Assalamualaikum, dekat nak raya ni, muka dah jadi serabai, lagi-lagi penat seharian siapkan biskut raya, nak buat facial, kedai belum beroperasi lagi, kos pun agak mahal kalau nak buat facial, jangan risau entry kali ini dengan sha sendiri akan amalkan, lagi-lagi nak cantik dipagi raya cuma guna barang dapur saja..jimat duit husband hihi..tapi kena amalkannya secara berterusan untuk hasil yang bagus
Melicinkan dan Memerahkan Kulit MukaAmbil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali

Menegangkan Kulit MukaAmbil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar

Menyerikan WajahWanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba

    
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit

Menghilangkan Bau BadanPotongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari

Merawat Kulit BerkedutParut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan

Melentikkan Bulu MataAmbil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut


Awet MudaSemasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang

Kulit Cerah dan LicinAmbil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum

RambutSetelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut

Baca : 19 Tips Untuk Kempiskan Perut Selepas BersalinMengempiskan Perut1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit

Mengekalkan KecantikanKalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman

Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang JerawatRebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada

Menyegarkan Mata Gatal dan LetihAmbil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya

Menyegarkan MataAmbil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu
Baca : 8 Khasiat Lemon yang Menakjubkan
Menaikkan Seri MukaBasuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya

Menghilangkan Parut di KulitTumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah

Menghilangkan Bau KetiakAmalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak

Menghilangkan KelemumurPerahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala

Menghilang Ketumbit MataGesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang

Menurunkan Berat Badan1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam

Mengatasi Tumit PecahGosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi

Awet Muda 21) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Menghilangkan JerawatCampur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang

Meluruskan Rambut KerintingPerah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit

Menghaluskan Kulit MukaBancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas

Memerahkan BibirSapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu

Memutih dan Mengilatkan GigiAmbil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat

Menghaluskan Kulit MukaDidihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih

Mengembalikan Seri Muka Selepas BersalinRebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. 
Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka

Menghilangkan Bau MulutTumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali

Menghilangkan Lebam MataTeh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur

Selamat mengamalkan yaaa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.opzzpinky.my/2020/05/petua-orang-tua-tentang-kecantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Lembutkan Daging Cara Orang Tua Dulu Dulu Tak Perlu Susah Nak Rebus Lama

Petua Lembutkan Daging Cara Orang Tua Dulu Dulu Tak Perlu Susah Nak Rebus Lama

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 440 hits
Bila nak memasak menu yang menggunakan daging pasti mak mak akan berada di dapur lebih lama Iyalah nak pastikan daging betul betul lembut memerlukan masa yang lama untuk merebusnya Kadang kadang dah hampir 2 jam daging di masak tapi masih l...
5 Pelajaran Hidup Tentang Pernikahan Dan Kasih Sayang Orang Tua Dari K Drama Hi Bye Mama

5 Pelajaran Hidup Tentang Pernikahan Dan Kasih Sayang Orang Tua Dari K Drama Hi Bye Mama

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 464 hits
Kasih sayang dan pengorbanan ibu sepanjang masa tergambar jelas di drama ini Para ibu pasti relate banget nih
Kkm Bimbang Tentang Pergerakan Dan Perjalanan Individu Rentas Negeri Kp Kesihatan

Kkm Bimbang Tentang Pergerakan Dan Perjalanan Individu Rentas Negeri Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 292 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan kebimbangan dan kekhuatiran tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bimbang dan khu...
Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta Menarik Tentang Emas

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 427 hits
Tidak kisahlah apa yang orang kata tentang EMAS Hakikatnya EMAS itu 1 Aset Fizikal Yang Mudah DibeliTidak perlu dokumen kelayakan seperti slip gaji dan sebagainya Hatta orang bankrupt pun boleh beli Budak pun boleh beli selagi ada duit dita...
Tak Sangka Neelofa Balik Ke Meletop Respon Dari Nabil Ahmad Bila Dapat Tahu Tentang Hal Itu Sangat Mengejutkan Warganet

Tak Sangka Neelofa Balik Ke Meletop Respon Dari Nabil Ahmad Bila Dapat Tahu Tentang Hal Itu Sangat Mengejutkan Warganet

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 563 hits
Istimewa sempena sambutan Syawal tahun ini Neelofa bakal kembali mengendalikan program hiburan Meletop di samping Nabil Ahmad Perkara itu disahkan Pengurus Saluran Astro Ria Astro Citra dan Tayangan Hebat Emarina Kamal Tak sangka Neelofa ba...
Thomas Sahkan Tulis Tentang Penyelesaian Riza Tapi Tak Mahu Khianah Amanah Ph

Thomas Sahkan Tulis Tentang Penyelesaian Riza Tapi Tak Mahu Khianah Amanah Ph

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 249 hits
PETALING JAYA Bekas peguam negara Tommy Thomas hari ini mengesahkan beliau beritahu timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram bahawa beliau sedia mempertimbangkan representasi bagi Riza Aziz untuk menggugurkan pertuduhan terhadap penerbit ...
Cerita Tentang Kita

Cerita Tentang Kita

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 282 hits
Assalammualaikum wbtCERITA TENTANG KITA Hidup manusia ini ada banyak versinya Ada pelbagai babaknya Ada berjenis liku dan warnanya Sedari dalam rahim si ibu sebenarnya sudah bermula kisah kisahnya sehinggalah kembali menghadap Allah SWT Leb...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut