Petua Menghindar Jin Syaitan Dan Sihir



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sambil-sambil aku melayari laman social Facebook, aku terlintas sebuah video dari Dato` Harun Din . Yang menarik perhatian aku adalah sejak kebelakangan ini, sekali lagi temanku mengalami gangguan. AKu sendiri tidak pasti mengapakah dia selalu kena ganggu. Aku sendiri hingga ke hari ini masih menjadi tanda tanya mengapa,??

Namun kali ini dia diganggu, aku sudah tidak dapat membendung lagi gangguan yang sering menganggu temanku ini. Tiba- tiba terlintas dihatiku ada sebuah buku yang aku beli iaitu hasil penulisan dari Dato’ Hj. Ismail Kamus dan diakhir buku tersebut ada beliau memberi petua untuk menghindar jin, syaitan dan sihir. Aku ingin berkongsi bersama:

- Sentiasa berzikir kepada Allah
- Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca “Isti’azah” atau membaca “Basmalah”. Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).
- Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.
- Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah “Basmalah”.
- Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah “Basmalah”.
- Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah “Basmalah”.
- Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin
- Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
- Jangan menyakiti anjing atau kucing.
- Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.
- Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
- Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.
- Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah.
- Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali:

“Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”. maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari).

- Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf (118 – 119) dan surah Taha (69).
- Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari” (Mafhum hadis riwayat Bukhari).
Aisha r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim).


- Isti'azah
Surah Al-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;” “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;” “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;” “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

- Surah Al-Falaq

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

- Surah Al-Nas

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

- Ayatul Kursi

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”


- Surah A’raf (7:118 – 119)

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.”



- Surah Taha (20:69)

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Selalu Amalkan doa ini ;



Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


p/s : semoga apa yang dikongsikan ini dpt diamalkan olehmu temanku.. tak sanggup aku melihat syaitan laknatullah menggangu anak Adam sebegini rupa..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jatbend.blogspot.com/2013/01/petua-menghindar-jin-syaitan-dan-sihir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Ahli Sihir David Copperfield Dengan Jin

Perjanjian Ahli Sihir David Copperfield Dengan Jin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Anda semua sudah kenal manusia ajaib dan misteri seperti ini David Copperfield mula bermain silap mata sejak berusia 12 tahun dan menjadi ahli silap mata termuda diterima sebagai ahli Persatuan Ahli silap mata Amerika og Apabila 16 tahun Ne...
Awas Inilah 6 Tempat Tinggal Jin Yang Diberitahu Oleh Rasulullah Saw

Awas Inilah 6 Tempat Tinggal Jin Yang Diberitahu Oleh Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 131 hits
Zaman moden ni ramai yang bersikap acuh tak acuh dengan makhluk ghaib yang dipanggil nama jin ni Al maklum la kononnya zaman dah berubah Tapi secanggih mana pun teknologi atau zaman berubah kami Khalifah Mail Online ingin menegaskan yang ma...
Bagaimana Jin Masuk Dalam Rumah

Bagaimana Jin Masuk Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 120 hits
Bagaimana Jin masuk ke dalam rumah kita Ini jawapannya1 kita yg bawa sendiri2 kelakuan kita yg boleh menjemput mereka1 Kita bawa sendiri antaranya dengan membawa masuk barang2 dari bomoh seperti tangkal2 wafak senjata lama barang2 yg telah ...
Adakah Manusia Boleh Melihat Dan Membunuh Jin

Adakah Manusia Boleh Melihat Dan Membunuh Jin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 170 hits
Adakah manusia boleh melihat dan membunuh jin Jawapannya ya kerana ada baru baru ini ramai orang yang mendakwa bahawa mereka boleh melihat dan membunuh jin jin jahat yang mengganggu gugat manusia Itu semua atas kelebihan yang didapati secar...
Profil Yeo Jin Goo

Profil Yeo Jin Goo

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 124 hits
Yeo Jin Goo adalah seorang aktor dan model asal Korea Selatan Yeo Jin Goo lahir pada tanggal 13 Agustus 1997 di Distrik Gwanak Seoul Korea Selatan Dia memulai karirnya sebagai aktor pada Klik judul untuk lengkapnya
Jin Goo Dari Drama Descendants Of The Sun Sah Positif Covid 19

Jin Goo Dari Drama Descendants Of The Sun Sah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 222 hits
Pelakon Jin Goo telah disahkan positif COVID 19 Pada 2 November agensi Jin Goo mengesahkan bahawa pelakon itu baru baru ini disahkan positif COVID 19 dan sedang menerima rawatan di kemudahan pengasingan Agensi itu menyatakan Bulan lepas dia...
Ost Jirisan Oleh Jin Bts Catat Rekod Tinggi Itunes Seluruh Dunia

Ost Jirisan Oleh Jin Bts Catat Rekod Tinggi Itunes Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 281 hits
Jin BTS baru sahaja mencipta rekod 2021 untuk penyanyi K pop dengan lagu OST baharunya untuk drama tvN Jirisan Pada 7 November jam 5 30 petang Jin mengeluarkan lagu solo Yours sumbangannya yang sangat dinanti nantikan untuk runut bunyi dram...
Yours Oleh Jin Bts Jadi Ost Korea Pertama Dalam Sejarah Debut Di Carta Global Spotify

Yours Oleh Jin Bts Jadi Ost Korea Pertama Dalam Sejarah Debut Di Carta Global Spotify

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 285 hits
Yours telah dikeluarkan oleh Jin BTS pada 7 November Ia merupakan salah satu runut bunyi buat drama yang kian popular iaitu Jirisan Dalam masa kurang daripada 24 jam sejak dikeluarkan ia memecahkan beberapa rekod di seluruh dunia ARTIKEL BE...
Kenapa Masjid Ini Diberi Nama Masjid Al Jin

Kenapa Masjid Ini Diberi Nama Masjid Al Jin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 89 hits
Masjid Jin atau Al Jin adalah masjid yang terletak di kota Makkah Arab Saudi Tepatnya di kampung Ma la dan tidak jauh dari pemakaman kaum Muslim Masjid Al Jin sering juga dikenal dengan nama Masjid al Bai ah Masjid yang berada 1 5 km di seb...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang