Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup
Kalau dapat goreng ikan rangup tidak meletup ataupun tidak melekat ni rasa bahagia sangat. Dulu-dulu saya pun sama tak berapa tahu cara nak goreng ikan supaya tidak meletup dan rangup. Lagi satu masalah ialah kalau goreng je mesti kulit ikan melekat.
Lepas itu kulit ikan akan tertanggal semasa nak angkat keluar.
Antara perkara yang tak seronok kalau nak goreng ikan ni mesti minyaknya meletup-letup. Kalau baru nak belajar memasak boleh lari keluar dapur kan?
Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup
1- Pastikan Minyak Betul-Betul Panas
Sebelum masukkan minyak ke dalam kuali, pastikan kuali dalam keadaan sedikit panas. Hidupkan api dapur terlebih dahulu. Kemudian panaskan minyak sehingga nampak seperti berbuih-buih kecil di bahagian tepi minyak
2- Ikan Telah Dibersihkan Daripada Lendirnya
Anda boleh gunakan asam jawa untuk bersihkan ikan. Ini akan bantu hilangkan lendir-lendir yang terdapat ikan. Lendir inilah yang akan membuatkan minyak meletup ketika ikan digoreng. Selain asam jawa, boleh juga gunakan limau nipis atau limau kasturi ketika membersihkan ikan
3- Masukkan Asam Keping Ke Dalam Minyak
Antara petua yang ibu saya gunakan ialah masukkan satu asam keping ke dalam minyak panas. Tunggu dalam beberapa minit setelah asam keping digoreng keluarkan dari minyak.
Kemudian barulah ikan tersebut digoreng dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api
4- Salutkan Ikan Dengan Tepung
Selain daripada salut atau perap ikan dengan garam anda juga boleh guna tepung. Tepung yang digunakan untuk salut ikan adalah seperti tepung jagung dan tepung beras.
Salutan tepung akan menjadikan ikan goreng rangup dan tidak melekat di kuali. Selain itu ianya juga memberikan rasa ikan goreng yang lebih sedap
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit
Goreng rangup cicah air asam
Ikan Talapia Merah Goreng Kunyit Kosong
Ikan talapia ni saya biasanya goreng kosong macam tu sahaja. Anak-anak sangat suka makan ikan goreng kosong rangup macam ni. Kalau saya pula suka makan ikan cicah kicap asam.
Kicap manis tu campur dengan sedikit air asam jawa dan juga cili potong. Makan pula dengan nasi panas dan juga ulam ulaman. Sedap !
Anda macam mana pula? Teknik menggoreng ikan ini biasanya lama-kelamaan anda akan kuasai juga jika selalu berlatih menggoreng. Jangan risau kalau tidak pandai sekarang
Semoga teknik dan petua di atas dapat membantu anda menggoreng ikan tanpa letup.
Jadi anda suka ikan goreng rangup kosong atau campur sambal
The post Petua Goreng Ikan Rangup Tidak Meletup appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://eksplorasilea.com/2022/02/24/petua-goreng-ikan-rangup-tidak-meletup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=petua-goreng-ikan-rangup-tidak-meletup