Petisyen Gesa Maszlee Kekal Menteri Raih Lebih 100k Tandatangan


BERITA

Suatu petisyen dalam talian menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan yang baru dilancarkan petang tadi mendapat sambutan hangat.

Setakat berita ini ditulis pada jam 9.20 malam, petisyen tersebut telah meraih sebanyak 114,176 tandatangan dan masih terus menerima sokongan.

Pada petisyen yang dimulakan oleh individu bernama Tuah Kencana dinyatakan,"keputusan (Maszlee) meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.

"Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri pendidikan," kata kenyataan itu.

Menurut petisyen itu lagi, usaha Maszlee sebagai menteri pendidikan "telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan."

"Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat. KPM dibawah kemudi YB (Maszlee) telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan," kata petisyen itu.

Ia turut menyenaraikan sumbangan Maszlee sepanjang tempoh singkat memegang jawatan menteri pendidikan, antaranya,"sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru "suka sama suka", penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan Internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru."

Petang tadi, dalam suatu sidang media khas di Putrajaya, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.
"Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020," katanya.

Dalam ucapannya, bekas pensyarah yang kebelakangan ini kerap menjadi sasaran kritikan itu juga menyenaraikan pencapaian Kementerian Pendidikan sepanjang pengawasan beliau.

Antaranya, hampir 90 peratus projek sekolah daif yang diusahakan siap lebih awal.

"Dasar inklusif yang kita perkenalkan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), warga B40, anak-anak tiada dokumen serta polisi sifar cicir semuanya memberikan makna baharu kepada ratusan ribu anak murid di seluruh negara. Yang mana sebahagian mereka, berada dalam keadaan bahaya kerana tidak berada di sekolah.

"Inisiatif lain, yang sebahagian besar adalah untuk mengurangkan beban guru dan seterusnya memberi semula semangat baharu kepada warga sekolah, gerakan Malaysia Membaca serta bacaan semula Auku di Parlimen juga adalah bukti komitmen Pakatan Harapan melakukan reformasi pendidikan," kata Maszlee.

Sejurus tamat sidang media itu, Maszlee yang kelihatan sebak meninggalkan perkarangan KPM dengan memandu sendiri kenderaan peribadinya, sebuah Perodua Myvi.

Sementara itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada beliau pada hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/petisyen-gesa-maszlee-kekal-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petisyen Kekalkan Dr Maszlee Malik Sebagai Menteri Pendidikan Terus Meningkat Cecah 380k Tandatangan

Petisyen Kekalkan Dr Maszlee Malik Sebagai Menteri Pendidikan Terus Meningkat Cecah 380k Tandatangan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 549 hits
Nampaknya petisyen dalam talian yang menggesa Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan terus mendapat sokongan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa Rata rata rakyat menandatangani petisyen terse...
Lebih 180 000 Tandatangan Minta Maszlee Kekal

Lebih 180 000 Tandatangan Minta Maszlee Kekal

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 351 hits
LEBIH 180 000 tandatangan sudah dikumpul setakat ini melalui satu petisyen dalam talian meminta Dr Maszlee Malik kekal sebagai Menteri Pendidikan Jumlah tandatangan itu diraih setakat jam 11 15 malam ini selepas ia dilancarkan petang tadi y...
Dapat 120 000 Tandatangan Dalam Beberapa Jam Petisyen Gesa Kekalkan Maszlee

Dapat 120 000 Tandatangan Dalam Beberapa Jam Petisyen Gesa Kekalkan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 364 hits
Dr Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa pada 3 Januari 2020 Pengumuman ini sekaligus mengesahkan ura ura yang tersebar di media sosial bahawa beliau akan mele...
Petisyen Sokong Maszlee Melebihi 200 000 Tandatangan

Petisyen Sokong Maszlee Melebihi 200 000 Tandatangan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 218 hits
Petisyen mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan mendapat sokongan kuat dari rakyat Petisyen itu yang dilancarkan individu menamakan dirinya Tuah Kencana dilancarkan petang Khamis d...
Bukan Maszlee Sedozen Menteri Lain Lebih Layak Letak Jawatan Khairy

Bukan Maszlee Sedozen Menteri Lain Lebih Layak Letak Jawatan Khairy

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 452 hits
Astro Awani Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin meninggalkan komen pada gambar Dr Maszlee Malik yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Foto ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamalu...
Lebih 240 000 Rakyat Malaysia Tandatangan Petisyen Desak Haramkan Dong Zong Suara Tv

Lebih 240 000 Rakyat Malaysia Tandatangan Petisyen Desak Haramkan Dong Zong Suara Tv

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR Petisyen dilancarkan Gerakan Pengundi Sedar supaya Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia diharamkan sudah hampir mencapai sasaran apabila meraih 246 459 sokongan setakat jam 12 55 tengah hari ini Petisyen...
Menteri Setuju Sistem Lebih Ketat Ambil Pekerja Bangladesh

Menteri Setuju Sistem Lebih Ketat Ambil Pekerja Bangladesh

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 276 hits
PUTRAJAYA Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran setuju perlu ada sistem lebih ketat untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh Ia susulan laporan akhbar Bangladesh Daily Star pada Ahad lalu yang kerajaan Bangladesh tidak mahu menghanta...
Seni Persembahan Korea Selatan Raih Lebih Rm800 Juta

Seni Persembahan Korea Selatan Raih Lebih Rm800 Juta

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 417 hits
Seni persembahan Korea Selatan raih lebih RM800 juta Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Dec 2019 1 30PM
Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 315 hits
Umum mengetahui semalam Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Perkara itu ternyata mengejutkan rakyat Malaysia sehingga satu petisyen dilancarkan The post appeared first on
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order