Peter Marah Tidak Dapat Kontrak Kata Bekas Naib Cancelor Ums


PETER ANthony (kiri) tiba bagi sambungan perbicaraan bagi kes menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Mohd Harun Abdullah, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, beliau dimarahi Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Peter Anthony.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas syarikat milik ahli politik itu, Asli Jati Engineering Sdn Bhd, tidak memperoleh kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem mekanikal dan elektrikal (ME) di universiti berkenaan, lapor Bernama.

Katanya, beliau telah menerangkan kepada Peter selaku Pengarah Urusan syarikat berkenaan, bahawa pemberian kontrak akan dilakukan secara tender terbuka dan keputusan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

"Datuk Peter marah kepada saya kerana syarikat beliau tidak dapat kontrak ME di bangunan Fasa 2B di universiti itu," katanya ketika membacakan penyataan saksi.

Tambah Mohd Harun, beliau turut mengesahkan kontrak itu telah diberikan kepada syarikat REMT Utama Sdn Bhd melalui tender terbuka dan tiada sebarang kerugian dialami pihak UMS atas tindakan itu.

Profesor Datuk Mohd Harun Abdullah Mengenai tandatangannya yang digunakan pada satu surat sokongan UMS kepada Asli Jati bertarikh 11 Julai 2014 jelas Mohd Harun, beliau terkejut apabila mengetahui perkara tersebut.

Surat berkenaan antara lain mendakwa UMS menyokong penuh permohonan Asli Jati untuk kerja-kerja operasi di universiti selama lima tahun secara rundingan terus. "Surat itu merupakan surat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika itu untuk kelulusan.

"Saya sahkan saya tidak pernah mengeluarkan dan menandatangani surat berkenaan walaupun ia menggunakan nama saya selaku Naib Canselor UMS.

"Saya cam ia adalah tandatangan bekas Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS Prof Dr Shariff Abd Kadir Shariff Omang. Saya juga mengesahkan Shariff telah menandatangani surat itu tanpa pengetahuan dan kebenaran saya," katanya lagi.

Ketika menjawab pemeriksaan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Mohd Harun turut menafikan sebarang sokongan daripada pihaknya kerana ia bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang bersidang pada 16 Januari 2014.

Malah beliau terkejut apabila menerima surat kelulusan dari Kementerian Kewangan mengenai permohonan UMS untuk tender kepada Asli Jati pada 9 September 2014. "Saya sahkan rujukan surat itu tidak wujud dan tiada rekod atau didaftarkan dalam fail UMS,” katanya lagi.

Susulan itu, beliau telah meminta seorang pegawai undang-undang UMS untuk berhubung dengan pihak Kementerian Kewangan bagi mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, peguam Datuk Dr Senthinathan memohon sesi soal balas terhadap keempat-empat saksi pendakwaan dikendalikan seorang lagi peguam mewakili Peter, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin selepas beliau tamat cuti sakit pada 2 Ogos ini.

Bagaimanapun Hakim Azura Alwi menolak permohonan itu dan mengarahkan sesi soal balas diteruskan esok. Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd didakwa melakukan sesuatu pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014.

Mengikut pertuduhan dia didakwa memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Bagi pertuduhan pilihan pula, beliau yang juga Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd didakwa telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu di tempat dan masa yang sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/peter-marah-tidak-dapat-kontrak-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

Lepas Tu Marah Kerajaan Dan Kata Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 260 hits
Why are you behaving like this Terengganu health official snaps at errant public With highways getting congested despite a ban on inter state travels Terengganu Health director Dr Nor Azimi Yunus blew up on those still insisting to travel f...
Kabinet Akan Bincang Rayuan Doktor Kontrak Kata Pm

Kabinet Akan Bincang Rayuan Doktor Kontrak Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 192 hits
Perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendengar penerangan daripada Pakar Kecemasan Dr Ahmad Tajuddin ketika meluang...
Teruskan Kontrak Bukan Solusi Tapi Gula Gula Untuk Tutup Mulut Kata Doktor Kontra

Teruskan Kontrak Bukan Solusi Tapi Gula Gula Untuk Tutup Mulut Kata Doktor Kontra

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 361 hits
Gerakan Hartal Doktor Kontrak tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk menerusan mogok pada 26 Julai ini walaupun Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin memutuskan khidmat mereka dilanjutkan untuk tempoh dua tahun selepas m...
Urusan Jenazah Covid 19 Di Selangor Dipercepatkan Kata Mb

Urusan Jenazah Covid 19 Di Selangor Dipercepatkan Kata Mb

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 238 hits
Amirudin berkata inisiatif itu membolehkan masa mengurus jenazah disingkatkan sebaik mungkin bagi mengurangkan kesesakan di ruang simpanan jenazah PETALING JAYA Urusan pengurusan jenazah mangsa Covid 19 di Selangor dipercepatkan melalui ini...
Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 302 hits
freemalaysiatoday com July 18 2021 10 00 AMSeorang veteran Umno percaya jika Muhyiddin Yassin meletak jawatan Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi perdana menteri dalam tempoh singkat iaitu seminggu atau paling lama sehingga Parlimen bersidang...
Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy

Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 193 hits
Sehingga kini negara telah menerima 6 66 juta bekalan vaksin jenis Pfizer BioNTech termasuk kira kira satu juta dos yang disumbangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat baru baru ini PUTRAJAYA Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Progra...
Kata Ph Nak Kerjasama Dengan Kluster Mahkamah Tapi Lihat Banyak Penyamun Yang Dah Bebas

Kata Ph Nak Kerjasama Dengan Kluster Mahkamah Tapi Lihat Banyak Penyamun Yang Dah Bebas

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 186 hits
HAMZAH RIE NATuduh PH nak kerjasama dengan kluster mahkamah Tengok tengok sorang sorang kluster mahkamah bebas dibawah kerajaan PN Kerajaan melayu isley yang haram dah jadi halal SR
Kata Alu Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Untuk Majalah Sekolah Tahun 2021

Kata Alu Aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Untuk Majalah Sekolah Tahun 2021

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 882 hits
KATA ALU ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA UNTUK MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2021 boleh dimuat turun melalui pautan berikut terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubi...
Alhamdulillah Kalau Zahid Tukar Kerusi Sebelah Anwar Kata Pemimpin Pkr

Alhamdulillah Kalau Zahid Tukar Kerusi Sebelah Anwar Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 188 hits
agendadaily com17 7 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ia sangat dialu alukan sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar kedudukan kerusinya di Parlimen untuk duduk sebelah cikgunya Datuk Seri Anwar I...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior

App Inarah

Aktiviti Majlis Mesra Aidilfitri Tnb Peringkat Korporat Ppim 30 04 2024

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pemimpin Muda