Petang Malam Kami Ikat Perut Ibu 3 Anaknya Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam Selepas Bercerai
Seorang ibu tunggal bersama dengan tiga anaknya yang mengalami kesempitan hidup terpaksa tinggal di reban ayam sejak beberapa bulan lalu di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, berkata, kehidupannya berubah selepas bercerai dengan suaminya tahun lalu dan lelaki itu tidak mampu menampung keperluan anak-anaknya selepas mengalami kecederaan parah susulan terlibat dalam kemalangan.
"Selepas bercerai, pada awalnya bekas suami sewakan rumah dan sediakan keperluan harian anak-anak. Selepas kemalangan, dia tak dapat bekerja dan tak mampu nak tampung keperluan anak-anak lagi
"Jadi, saya buat keputusan untuk balik ke kampung emak tetapi terpaksa duduk dalam reban ayam ini kerana saya tidak mahu menyusahkan mak untuk menumpang kerana rumahnya juga kecil," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
Reban ayam itu yang terletak di sebelah rumah kecil ibunya sudah lama tidak digunakan, dibersihkan dan dijadikan sebagai tempat tinggal Rabiatul dan anak-anaknya.
Kehidupan merka juga tidak terurus terutamanya dalam soal makan-minum dan pemakaian di mana mereka hanya makan nasi sekali sehari untuk mengisi perut.
Bagi menyara anak-anaknya, Rabiatul menjaja kain secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Bukit Abal.
"Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.
"Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari, saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak. Waktu petang dan malam kami ikat perut atau makan makanan ringan," katanya.
Difahamkan, Rabiatul mempunyai seorang lagi anak yang diserahkan kepada kakaknya untuk dijaga, sebaik anak keempat itu dilahirkan awal tahun lalu. Rabiatul terpaksa berbuat demikian walaupun hatinya terasa berat, kerana dia tidak mampu. Dia redakan juga kerana anak itu dijaga oleh kakaknya sendiri.
Kisah hidup Rabiatul dan anak-anak sebelum ini viral di media sosial. Sejak viral itu, ramai individu dan pihak yang datang menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan makanan, malah bahan untuk membina rumah juga dihantar ke tempatnya.
"Hari ini ada orang parti politik datang jenguk, saya tak kenal. Ada orang lain daripada NGO, mereka ada bagi sumbangan bekalan makanan dan duit.
"Selain itu ada yang mula menghantar barang-barang untuk membina rumah. Katanya rumah akan dibina tidak lama lagi untuk menggantikan reban ayam ini," katanya.
Rabiatul berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat yang sudi membantu keluarganya itu.
Kepada mereka yang mahu membantu, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-9689519
Sumber: MalaysiaKini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2019/04/petang-malam-kami-ikat-perut-ibu-3.html